kita sudahi majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. kata itu selalu kita dengar di akhir suatu program mahupun perjumpaan.
Aku rasa setakat ini sahaja perjalanan blog memo of life ni aka sailormoon-s.blogspot.com. hmm byk respons positif dan kurang positif dari sekelilingku. Niatku hanyalah satu, satu perkongsian kehidupan agar ia tidak luput dari memoriku. Selepas ini tiada lagi post di blog ini. InsyaAllah di blog2 yang private. Biarlah hanya keluargaku yang tahu kisah coretan kehidupan kami.
thanks for everything. jika tersalah bahasa mahupun terkasar kata, mohon diampuni
hehe kami baru je sampai airport KLIA dari Narita Airport. Sume cerita-cerita menarik boleh la didapati di ..........@blogspot.com
assalamualaikum
Thursday, July 1, 2010
akhir kata
akaun dunia itu
ting tang
hoho lama sangat-sangat tak mengupdate. tidak berkesempatan sejak beberapa bulan lalu. banyak benda yang berlaku and banyak benda perlu diseleraskan especially perjalanan hidupku. Dahulu every planning cume mengambil kira faktor diriku, tapi sekarang jika merancang apa-apa sahaja perkara, family is my priority
aku pun mungkin tidak stay berada di tempat yang sama. I need to explore more. berkemungkinan beralih kerjaya, ataupun sambung belajar PhD. Dahulu aku terlalu berharap, aku perlu dapatkan PhD. umpama tiada tujuan lain. Syukurlah melalui permuhabahan diri sendiri, sebenarnya banyak lagi benda yang boleh aku capai. Apalah sangat nilai PhD itu jika keluargaku diabaikan, apalah sangat nilai PhD itu jika menjadikan menjadikan hidupku mengikut telunjuk orang, dan apalah sangat nilai PhD itu jika akhirnya aku hanya menjadikan hubunganku dengan Pencipta kurang memuaskan..
Sometime aku terfikir, untuk apa semua ini, adakah dengan adanya title "dr", aku dapat segala-galanya?? perkongsian dengan seorang teman bicaraku ketika kursus BTN yang lalu, katanya nilai PhD ini begitu subjektif. Ada orang menganggapnya puncak segala kejayaan, ada juga orang menganggap nilai PhD itu sebagai suatu alat menaikkan "imej" diri walhal tiada quality value pun di dalamnya, ada juga orang menganggap suatu halangan yang perlu ditempuhi agar TANGGA GAJI meningkat. Tapi pernahkah kita terfikir "kuasa" PhD itu kadangkala memerangkap kehidupan kita??? Tidakkah kita fikir perjalanan mendapatkan PhD itu mampu menjadikan kita insan luar biasa??
Bagiku biarlah setinggi mana PhD seseorang itu, jika ia tidak memberi kredit dalam hunbunganku dengan Allah, x memberi kemanisan hidup berkeluarga, malah menjadikan masa depanku kelam diselaputi kabus, aku sanggup kehilangan PhD itu. Huhu aku lebih menyanjung tinggi orang yang bekerja sebagai pemotong daging di pasar dari orang yang berbangga dengan bekalan hidup PhD, sekurang2nya tanpa PhD dia mampu mengawal kehidupannya dunia akhirat
`
`
`