SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Wednesday, December 30, 2009

kete





alhamdulillah, setelah penantian penuh duka dan lara, akhirnya pada 12 deember yang lalu, dapatlah aku angkat kete satu. marah sama itu dealer keta yang lama. ada ke patut, senyap je dia bila de masalah. kol la orang bagitau ada dis and dis problem. hangin aku seketika. last2 aku kasi batal wat ngn dia, then cari dealer lain. then memang rezekiku murah, tak sampai dua minggu aku udah dapat kete. ok tempat pertama yang aku nak g adalah ZOOOOO NEGARA, yuhuuu
`
`
`

kawanku kawin



last two weeks, aku menghadiri majlis kawin kawan sekolah teknik. dia wat majlis kat restoran tu, masa pulak malam ahad, nasib baik aku ni rajin, kalo x memang malas datang,,almaklumlah esok keje.Tema majlis dia kaler putih n biru muda.



woooo wa cakap lu..air dia kaler biru huhuu..dasat deh...selalunya masa lukis dan kalerkan gambar, camner nak letak warna air. so far from my experience, letak je kaler biru. la ni memang ada air kaler biru. biasale tema majlis putih biru muda




ni la dia kawan aku. kitaorang panggil az*ar poyo. memang poyo pun dia hahaha. dulu time sekolah dia jadi kelas rep kitaorang. suka sangat bergaya sepanjang masa. ni bini dia pun rakan sekolah aku. ok bro, congrate,




bergambar beramai2 bersama pengantin. aku tgk tak ramai dari kelas kitaorang datang. kebanyakan rakan sekerja dia. time kita orang datang td, sorang pun xde. aku rasalah sebab dia wat majlis ni malam ahad. esok orang da nak keje huhuhu




members kamcing skolah menengah. ada sorang lagi yg agak rapat, tapi dia tak dapat datang sebab komitmen keje.
`
`
`

result ielts





hohoho cuti last week aku g amik result ielts kat british council..huhu ok la band yang aku dapat, tapi aku rasa cam nak amik lagi sebab tak puas hati, geram tul masa jawab soklan comprehension. salah teknik dowh..aku g abiskan masa kat article susah tahap sastera..patutnya jawab soklan kat article senang paham..huhu xpe insyaAllah da rezeki la lepas ni. gambatteee
~
~
~

aku demam




hari ni sepatutnya aku masuk keje. tapi entah macam mana pagi tadi, tak leh bangun. huhu badan cramp, kepala berat, tekak sakit, suara da garau tahap gaban..huhu tahulah aku bahawasanya aku sudah masuk fasa sakit.

harini minta el, da tak larat sangat pagi tadi, jalan pun terhuyung hayang. risau plak aku kalo aku g keje bwk kete..mau tak mcm formula one punya style..la ni da ok sikit, makan ubat, minum nestum and tido secukup rasa. Alhamdulillah kurang la sikit sakit bbanding pagi tadi. tokmo sakit2..x dpt bersukaria seperti biasa
``
`
`
`

Thursday, December 24, 2009

Interview SL*B

Arini aku de interview scholarship SL*B. yela sbb aku nk continue phd kena la mintak mana2 scholarship. sepatutnya smlm intw, tp candidate yg apply ini scholarship ramai sangat sampai terpaksa sambung ke hari ini. isnin lepas pun ada sesi intvw gak but for candidate electrical engineering.

For me bukan intw ni yg aku hargai, tapi connection n network yg aku dapat b4 intvw tu. baru aku tau dis gurls..dis guys wat apa..berkenalan2 dan berkongsi tips sebelum nama masing2 kena panggil intvw. huhu macam2 borak n macam research pelik2 yang diorang wat..akunya research pelik ka?




the candidates yg da boring..lame dowh tunggu giliran..aku pun da naik fedap sbb dok tunggu punya la lama...da tak rasa takut nk interview. bantai je la nnt




aku yang macho lagi hensem bertali tie hitam...sekali imbas macam student rp*j la pulak. huhu time aku kena intw, kena tembak ngn prof2, cis dan cis..ade ke diorang ckp aku telah melakukan criminal yang terbesar dan x boleh dimaafkan hhuuhu..aku bukannya lupa letak nama my supervisor dlm jurnal, tp my bos da ckp jgn letak nama dia, letak nama org lain cam student phd huhu...s0 td itu la perbualan hangat masa aku kena intw..lain2 diorang tye plan aku nk wat katner, ngn sapa, my phd plan, da kawin ke belum (APAKAH??????)
`
`
`
`
`

Wednesday, December 23, 2009

final class for japanese language



semalam malam selasa adalah kelas terakhir belajar bahasa jepun. sedih dowh da abis. Lepas ni xdpt la jupe sensei, wong-san, jo-san, afif san n julita san. Yg budak 2 ekor 2 hari2 da jupa. Xyh sedih2 ngn depa. So kelas arini, sensei memperkenal negara jepun, tempat2 menarik di sana, sharing experience dia kat jepun. Lepas solat maghrib, ramai2 tgk movie- chibi maruko chan versi life action.

Smlm dapat result test last week. Ada dua ujian, first ujian bertulis which including hiragana, katakana, kanji writing. Ada juga isi tempat kosong dengan pilihan jawapan n ada gak part yang xde pilihan jawapn. Satu lagi test ialah test speaking. Hahaha hancur bila aku present huhu. So total mark yg aku dpt : 89 markah-A. Markah lulus: 50. Tp ada bro 2 dapat 100 percent haha. Congratz.

Next tuesday, plan makan2 kat kedai makanan jepun. Ntah aku dpt g ke x sbb masa tu aku cutey2 malaysia

hantaran tunang



hantaran siapakah ini? kaler tema dia purple. Cantik ma mak aku wat. X silap aku semuanya ada 7 hantarans. Aku rs entah bape hinggit perabis.

Huhu ini hantaran tunang bukan akunya. Tapi adik akunya. Dia nak btunang awal bulan 1 2010. Dpt org ba*ting. Tp huhu aku bila lg?

Friday, December 18, 2009

Malaysia menang kalahkan si komunis itu




hahaha ketawa lagi macam syaitan yang direjam...akhirnya kemarau emas dalam acara bola sepak sukan sea berakhir. malaysia mengalahkan vietnam 1-0. itu pun tergol sendiri..bola terbias kena kaki defend lawan. ahh lantak la janji menang..tul x?
`
`
`

aktiviti menghabiskan duit



hari ni cuti..so terapi yang baik adalah pegi mana kawan2 sekalian??? sebut betul2...pegi buang duit secara gila huhuhu..mereng seketika otakku ini...balik karang kena check akaun bulanan aku ni...bulan ni da berapa kali aku shopping..
`
`
`

kasut siapakah ini? part 2



No komen..kalo style kasut cengkini..tau la sape pemakainya...huhu takde stylish langsung..cuba la ubah style sikit..beli kasut yg menampakkan kemewahan dan kekayaaan hohoho
`
`
`

kasut siapakah ini?



haha apekah??? siapakah empunya kasut ini? konpem kalo tuan badan baca entry ini, mesti dia minta aku delete entry ni hahaha

bukannya pe...honestly cantik kasut ni, siap ada riben. kalo de jual lagi, konpem aku beli n bg kat my tutt. tapi kaler lain la, karang sama nampak cam boria plak
`
`
`
`
`

Maal Hijrah



Selamat Tahun Baru Islam.



tahun baru ini aku berazam menjadi manusia yang kurang membuat dosa, banyak membuat pahala, memajukan diri sendiri, memperbaiki kelemahan diri, disenangi orang2 tersayang dan menghargai kehidupanku

soklan cepumas =======> sudah sampai juzuk manakah eko baca quran kala ini?renungkan
`
`
`

kucingku sudah arwah

Kucingku yang bernama Maikel telah kembali ke alam barzarkh pada malam jumaat,17 december 2009.. lebih kurang jam 12 tgh malam

dia adalah kucing istimewa kerana kedua belah mata dia buta..adik beradik dia mati kena langgar n mati sakit, parent dia tinggalkan dia keseorangan. dia hidup kerana adanya semangat menghargai nikmat nyawa dan kehidupan. adakah kita menghargai hidup kita ??





last night kalo tak silap dalam kol 12 tgh mlm, kucing aku (namanya maikel) sudah nazak dan nyawa2 ikan. dia disahkan oleh dr kat klinik haiwan menderita sakit paru-paru basah. huhuhu sian aku tgk dia. malam tadi da betul2 sakit sangat..minum air pun da x mampu. matanya berair- clearly nampak dia menangis..satu lagi yg sadis, dia susah sangat nak bernapas..tercungap2..sampai mengeletar dan bergoyang2 kepalanya semata2 nak menyedut satu napas..sedih dan terharu aku tgk.

detik2 sebelum dia mati, aku ada kat sebelah dia..sambil mengusap2 kepalanya. itu je yg mampu aku lakukan sbb dia da tenat. then suddenly dia angkat kepala dia n terdengaer suara halus dia..lemah sangat..dia seperti mahu memberitahu sesuatu kepada aku. menggeltar tubuh badan dia..kepala dia da terhuyung hayang..napas tercungap2..mata berair..mulut pun keluar air..

akhirnya..aku pegang badan dia..then tiada lagi getaran..tahulah aku..nyawanya sudah dicabut Allah. T________________________T





sudah sakit. asik tido sehari suntuk. tak aktif seperti dulu. dulu kejap2 meloncat, kejap2 lari2 anak langgar dinding, takpun dok baring sebelah aku..





sudah kaku dan tidak bernyawa..huhuhu sedih siut...sayonara maikel!!!
`
`

`

Thursday, December 10, 2009

iphone 3GS



wah handset mahal. Adakah aku sudah purchase satu? Kalo, mana eko campak E71 ko tu?

ole2 dari legoman



thankx to my fren, si fda*s. Dia keje kat legoland malaysia. So cenderamata n cenderahati mesti la lego gak, takkan dia nak bagi ikan talapia masak cili padi.

Hmm, ada byk2 keychain lego dia bg tp kene pilih satu ja. So pilih ini si rambut biru. lain sikit dari yg lain. Kalo rambut eko kaler kuning conpem aku ingat eko ni da kuasa supersaiya mcm son goku
,
,
,

solat berjemaah



huhu baru aku tau..kucing aku ni kuat penyibuk. org nak solat pun dia nk join sekali. Nampak je mak n ayah solat, bdesup si kucing aku ni nak jd makmum. Eh eko x amik air semayang lagi. Mana leh solat. Lgpun eko baca fatihah pun x betul..asik miau2 je, xde ke perkataan lain ko leh sebut...cuba la rajin sikit bukak mukadam tu.
,
,
,

Saturday, December 5, 2009

Mencari apa?




insyaAllah kalo tiada aral, mahu pergi ini forum. hopefully aku mendapat sesuatu dari situ. amin

World Cup Draw 2010




Cabutan undi bagi Piala Dunia 2010 di South Africa. Haha kumpulan maut tak lain dan tak bukan jatuh kepada kumpulan G - world cup winner from south america:Brazil, strongest team from africa: Ivory Cost and one of the best European team: Portugal. My favorite team: England, in group C. mcm xde pencabar ja.

Pasukan pilihanku untuk layak ke pusingan kedua;

Group A : France and Mexico
Group B: Argentina and Greece
Group C: England and USA
Group D: Germany and Serbia
Group E: Netherland and Cameroon
Group F: Italy and Slovakia
Group G: Brazil and Ivory Cost (bye2 portugal keh keh)
Group H: Spain and Chile

buku pasal kahawen n komik sains




hmm..hmmmm...hhhhmmmmmm. kasi pnnjang lagi. bukannya apa, apalah pandangan orang sekeliling aku bila mengetahui n*a sudah mula membaca buku seperti ini? sapa nak jawab angkat tangan


buku ni da lama aku abis baca. bukannya apa, saja untuk menambahkan ilmu di dada. byk dowh yang aku tatau. segala macam persoalan termasuk yg remeh didescribekan dlm buku ini. akan tetapi, seperti aku katakan, kita tak akan jadi pandai or expert dengan hanya membaca. membaca hanya suatu pendedahan dan pengukuhan. kita perlu bimbingan tok guru2 agar tak melencong dari jalan yang lurus




komik2 ni bukan sebarang komik. ini adalah komik sains dowh. ada dekat 8 buku semuanya. aku baru beli 6 buah. komik bukan sekadar ada gambar kartun2, tapi diterapkan gak ilmu sains alam ni secara santai dan bergumbira. bagi aku, sesuai kepada budak2 yang malas nak belajar, yg suka baca komik je memanjang. try paksa diorang baca komik ni. kalo diorang tak dapat A dalam subjek sains, aku sanggup menari para2 sakura depan cikgu-cikgu lalalala. contoh ilmu dlm ni : Kenapakah badan kita menggigil bila sejuk? kenapa x berjoget2 or bergelak ketawa, napa kena gigil gak? nak tahu beli la komik sains ini



***sapa mahu pinjam, silakan bgtau aku. memang tujuan aku nak share buku2 yg aku beli. cume sapa2 yang da pinjam buku2 aku dulu, kalo da baca sila pulangkan la eh, ada orang lain nak baca gak..jgn wat perkasam buku2 aku tu

student aku present

Dalam masa 3 minggu ni, prof dari jepun itu akan stay kat UM. so masa ni la nak kasi sedut cam siput sedut segala ilmu-ilmu yang dia ada. bior berbaloi usaha kita tarik dia dtg sini. so, last week aku da present, jadi aku mintak gak student bwh aku present dia punya research. biar padan muka dia kahkahkah. xde dowh, bagus pe present depan orang yg udah expert dalam area ni dekat berdekad2 lamanya. byk leh share, kasi pendapat dan yang paling penting seperti tertera di atas, kita sedut ilmu dia banyak2,biar dia letih x bermaya (udah macam pontianak la plak aku ni)






yg gadis amoi cun melecun tu la final year student wat research under my mentoring. nama dia le*ch**png...huhuhu..xde ka gadis2 berjubah n bertudung labuh dok wat research bawah aku lalala..ko ni n*a!! stop it bro.. haha setia yg satu sampai bila2

mari kita bersedekah kepada makhluk Allah

ptg tu, lepas g byar duit moto, booking kete (aik tak booking lagi?)..ayah ajak wat sedekah. wahhh adakah kita mahu g umah anak2 yatim? then kitaorng singgah beli buah rambutan, buah pisang, and roti.. wahhh lagi, skrang ni trend org bagi sedekah bg buah pisang, buah rambutan or roti kaa? konpius aku. then drive terus g pantai morib. wahhh kali ketiga, org yg nak kena sedekah ni suka mandi mandi di pantai morib?

cis, cis cis..mati2 aku ingat nak sedekah kat umah anak yatim, rupanya nak bagi makan si monyet2 terbiar. sian dowh aku tgk diorang ni, terpinggir. byk pembangunan kat sini, pokok2 ditebang, last2 diorang tak de umah. sudah tentu diorang xde makanan. dimanakah pusat aduan kebajikan diorang ni? wakil2 rakyat sila tampil ke hadapan. jangan asik terima makanan bawah meja jaa






sesi-sesi sukaneka. sukan campak mencampak, then ada yang menyambut, then lastly ngaaap masuk molot...huhuu bukan senang dowh nak tgk sukan berprestij ni. antara calon-calon juadah yang menjadi pilihan - pisang+roti+ rambutan. alaaa ko campak je macam2 diorang mesti makan punya la. ni la dia sikap yang baik yang patut kita contohi dari monyet2 iaitu bersyukur apa yang ada. makanan tu sedap ke x sedap, bantai je makan. x memilih langsung. adakah manusia macam itu sekarang ini? kuasa memilih melebihi kuasa bersyukur huhuhu





aku letih la plak nak kuar kereta. gejala penat tak sudah (eleh cakap je ko takut ngn monyet2 ituuu hahahahaha). yela banyak dowh monyet2..nnt diorang menodai aku..sapa yang susah...k8ram si8gh w8liah gak yg kena wat repot sensasi. dia plak yg dpt nama, bukannya aku pun

baby alia ker alya?

akhirnya, aku mempunyai kelapangan melawat si na*dia kat spital putrajaya. nak tgk baby dia. semalam tak dapat tgk sbb ada kelas ckp bahasa pelik khokhokhok...sampai je nampak na*ia, husband dia n mak mertua dia. satu lagi jangan lupa, tu ha ahli baru, baby tu gak. nk diberi nama alia (or alyah? entah). pepehal pun dua2 ok je aku tgk. cuma diorang kena dok spital lama lg. bukan ada masalah pada baby, ada problem pada na*ia. masalah jantung dia huhuhu takut plak aku dengar..itu la ye kawan2, lenkali makan quacker oats banyak2...ia bertindak sbg pelindung ape ntah..korang tgk la sendiri iklan kat tv





wad apakah ini?? doktor2 sekalian sila jawab..bukankah org yg baru beranak dok kat wad bersalin huhuhu..payah bebenor nak dicarinya. sesat selama hampir 1/2 jam dlm spital khokhokhok..tu la lenkali beli gps..kasi gps dlm spital tu cari katil na*ia. itulah gunanya teknology terkini hoho. baiklah esok lusa aku cari la gps..lalala





hadiah yg sempat cekup..nak kasi duit tapi takde sampul surat daa

kekecohan di stesen lrt




huhu semangat sungguh tadi petang nak balik umah. abis je presentation n discussion ngn prof dari jepun tu, berdesup kemaskan beg laptop etc, kasi chaow cepat2 dari tempat keje. kepala udah tak tahan lg..asik terperap ngn research memanjang. nak balik cepat bcos nak makan yg mak masak. udah lapar sesangat da ni. kali ni makanan2 yg tak berkhasiat cam abe mcD, bro burger king tolak tepi. nak dapat badan sihat katakan (eleh ckp je nak jimat duit lalala)


tapi masa naik lrt, masa tu da sampai stesen abdullah hukum, tiba2 train ni berhenti lama. adoi..da la aku bawak beg berat...report2 tesis master aku pun bawak balik, aku rasa la adalah dekat 10kg beban yg aku pikul. biasalah dlm lrt, sejarah hidup aku konpem susah nak dapat tempat duduk. kalo dapat pun, rasa x sedap hati la pulak. aku ni sihat lg..tempat duk seswai wat org2 tua, pregnant woman (not 'pregnant' guys ok), and disability person. tapi aku kalo da penat tahap gaban, tolak tepi sume itu. aku duduk je wat tatau keliling. bak kata pepatah siapa cepat dia yang dapat (jauh dowh aku ni..hilang sudah nilai2 murni huhu)


so berbalik kepada report tadi, sampai je stesen tu, tiba2 tren stop. ahh sudah, da la time ni hujan lebat, takut2 da problem kat train. then, officer lrt suh all the passengers kasi turun, tukar gerabak train yang lain...huhuhu..aku ingat ada spot check pendatang tanpa izin ke pe..check2 sat my passport..fuhhh kekeke..rupanya da sah, train ni ada masalah technical

tapi cuba bayangkan bila satu train yg udah penuh org kasi kuar, then masuk ke train belakang yang ofcos ada penumpang kat dalam..tak macam sardin cap kapal layar ke namanya tu. aku rasa, udah beberapa kali aku dicabul dan diraba2 tanpa sengaja dlm train td...huhu..ape la dosa aku ni. sampai je train kl sentral, terus je kuar train, udah tak tahan bergelumang ngn noda dan dosa (apekahh!!). amik terus train yg mahal g putrajaya. kesannya..duit aku terbang lagi lalalala
`
`
`

Wednesday, December 2, 2009

baby birth



Alhamdulillah syukUr ke hadrat Ilahi. ofismate aku yg bernama Na*ia, selamat melahirkan baby (gurl kot kalo x silap). hopefully dua2 insan ini sihat walafiat. Kuar gak eh baby ni, tak kuar2 dari aritu,degil sungguh hehe. sian kat mummy ko ni ke hulu ke hilir bawak ko. Pkck da takut tgk perut mak ko memboyot besar. Kdg2 pkck rasa scary, manalatau tiba2 eko mahu kuar time pkck da sblah mak ko..krg xpasal2 pkck sesak napas masuk icu.

smlm nak g tgk kat spital putrajaya. Tp mummy ko ni x bg lagi, sbb dia da flat gile..x larat. Arini br kasi tgk tp pkck de kelas bahasa jepun la plak. Xpe la lenkali g lawat eko. Nak tarik sikit pipi tembam tu :)
'
'
'

muzik yg paling indah



mataku xleh lelap...teringatkan seseorang huhu. Nak tgk tv, rancangan entah pepe ntah, nak bermain2 ngn my kucing, si budak sekor ni da terbongkang sbelah tikar 2, nak baca majalah2 lama, ayah aku da g jual pg td (dapat 4 hinggit je..sadis tul), nak joget lambak, karang ada makhluk2 huduh nak join sama huhu..wat suppose i do rite now???

Tiba2 aku dengar bunyi yg bagiku sangat merdu n sedap didengar. bunyi mak n ayah aku berdengkur huhu...seriusly, im feel good a bit. Mcm2 irama dan melody ada. Kdg2 mcm bethoven, kdg2 mcm mozart, kdg2 mcm rain si penyanyi korea 2. Then aku terfikir, adakah 10 tahun akan datang, aku dapat mendengar muzik yang sama ini? T__________T

"Ya Allah ya tuhanku, tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang. ampunilah dosa2 kedua ibubapaku, masukkanlah mereka dalam syurgaMu, hindarilah mereka dari nerakaMu, berkatilah mereka, jagailah mereka dan kasihanilah mereka seperti mereka mengasihaniku ketika kecil"
'
'
'

raya yg dpt daging free



Huhu raya haji ni, x g mana2 pun. Just g umah nenek n atuk ygku sayangi. Erm rasa tenang+sukasuki+ rasa nak peluk depa pun de gak khokhok bila tgk muka depa tersenyum gumbira. nak je borak panjang tp apakan daya, aku ni dok pandai berbahasa jawa. Ngn nenek leh la sikit2 sbb nenek pandai ckp bahasa melayu ckp 2 tapi ngn atuk, aku perlukan emak or bibik2 sbgai penterjemah professional. Sian aku kan.

Time ni (look at de pic) masing2 tengah berebut cup cake yg bibik ro*i buat. Erm leh tahan gak la tapi memang xleh lawan kesedapan kek yg aku wat (eleh eko ni n*a penah wat ke kek cawan ni). Lalala. Xpe one day aku wat special bg bini aku makan

Pepepun, i need their 'happiness' to make make feel happy :). Soklan cepumas pada hari ini: wat is the meaning of teruterubuzou(betul ka ejaan ni)?
'
'
'