SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Saturday, October 31, 2009

Aku berkonference




alhamdulillah, dengan izinNya, aku telah terpanggil menyahut seruan yang Maha Esa untuk mempresentkan paper kat konference untuk kali yang kedua (ceh macam nak g haji je bunyinya). ari tu present kat s alam anjuran uitm. kali ni organizer adalah uia. so dengan azam yg kuat lagi bersemangat waja, aku pun g sana dengan membawa slide yg udah ada virus trojan. padan muka komputer conference nanti kakaka. ape leh wat, aku nya pencegah2 makhluk perosak, si pakcik kapeski udah tua bonjot..udah tak larat nak jadi wira dan hero lg. huhu tu pasal penjahat2 cam si terojan mudah je menjangkiti timedrive aku. watdehel ape la yg aku cerita ni..






suasana bilik konference. cis mati2 la aku ingat punya la ramai org.. tapi yg dengor sikit je. mgkn sebab ari last day conference kot, sesi petang lak 2...mesti ramai yg udah balik...





jeng2...chairman si prof yg da ada paper beratus2 paper. tgh announce nama suh present. cit leh main2 amik gambar lak 2. ape2 pun prof ni puji aku bcos i present with a lot info dan sgt menarik kekeke (puji diri sendiri nampak...tp tul pe si prof tu yg ckp sndiri)




Niat hati nak je suh Prof2 kat bilik seminar ni amik gambar aku time present. tapi nmpk kurang ajar la plak kan hehe. kawan2 sume da present hari sebelum. so aku tangkap la pic slide aku without aku present...





Upacara perasmian oleh orang2 besar (aku lupa dowh namanya). dok sebelah org afrika. ni bukan mamat afrika yg wat chaos kt lorong2 gelap..mamat ni ada paper ISI tue, jgn main2 kahkah..aku da pe?




dewan yg tak ramai org. aku de la kenal ngn mamat dari jepun. pergh berlagak tul aku ni..mentang2 la da amik kelas bahasa jepun. eko cari network org jepun je hahaha. speaking sikit2 nihongo and manglish. mamat ni x present paper tapi cuma follow his professor. huhu makan angin nmpak
`
`
`
`

hari ini hari sabtu



yeye arini ari sabtu. banyak dowh aku nak wat. da la semalam macam2 hal berlaku. naik kusut masai my brain. ape leh wat benda nak jadi. amik la ikhtibar dari peristiwa itu. mgkn ia menjadikanku lebih dewasa dan matang dalam menilai sesuatu perkara. memang kadang2 kat opis i look gelak2 huhahuha n look childish tapi itu tidak bermakna aku tidak boleh berfikiran as an adult (my hidden ability kekeke). i need 2 speak clearly wat i feel supaya pisang tidak berbuah 2 kali.


so hari ni kita rehat puas2...ape eh nak wat arini..tido ofcos la kan, agenda penting di hari ini..oooo lupa i need to find brg2. kita kena beli sikit2. takut kalam kabut nnt. lagi, aku mahu makan, wat keje opis (eleh wat ke hehe), baca buku yg aku baru beli semalam (cis patutnya aku berjimat2 cermat tapi ape leh wat..marah sama si tukang jual tu, sape suh jual buku best2)..
`
`
`
`

Monday, October 26, 2009

susahnya menjaga hati




setelah berfoya2 bersama2 syetan2 yg direjam lagi disula, mari kita balik ke pangkal jalan. bertaubat la walau sedetik sekalipun. suatu renungan buatku and rakan2. got dis from ini sharing


Susahnya menjaga hati. Sedangkan ia adalah tempat pandangan Allah. Ia merupakan wadah rebutan di antara malaikat dan syaitan. Masing-masing ingin mengisi. Malaikat dengan hidayah, syaithan dengan kekufuran. Bila tiada hidayah, ada ilmu pun tidak menjamin dapat selamat, sekalipun ilmu diperlukan

Susahnya menjaga hati. Bila dipuji, ia berbunga. Terasa luar biasa. Bila dicaci, aduh sakitnya. Pencaci dibenci. Bahkan berdendam sampai mati.

Bila berilmu atau kaya, sombong mengisi dada.Jika miskin atau kurang ilmu,
Rendah diri pula dengan manusia.Adakalanya kecewa.Kemuncaknya putus asa.

Pada takdir yang menimpa, kita susah untuk redha. Ujian yang datang, sabar tiada. Jiwa menderita

Melihat kelebihan orang lain, hati tersiksa. Kesusahan orang lain, hati menghina. Bahkan terhibur pula. Suka menegur orang,tapi bila ditegur hati luka

Aduh susahnya menjaga hati. Patutlah ia dikatakan raja diri. Bukankah sifat sombong pakaian Raja?!


Bukan mudah menahan marah apabila orang marah kepada kita atau orang membuat kesalahan kepada kita. Bukan mudah tidak membalas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita. Sedangkan mereka menyusahkan kita, dan kita pun menderita dibuatnya


Tidak mudah menahan perasaan hati agar tidak berbunga ketika ada orang memuji kita Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan rasa hati bahwa kita tidak layak menerimanya? Tidak mudah, biasanya hati sedap dan berbunga rasanya


Apabila kita berhadapan dengan orang serba istimewa, ada yang kaya, berjabatan tinggi, tinggi ilmunya sedangkan kita orang biasa saja, biasanya kita inferiority complex dibuatnya, malu pun timbul.Dapatkah kita merasa biasa saja, tidak terasa apa-apa?


Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan senantiasa, takut dan cinta. Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya yang lain tidak ada arti apa-apa Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala bencana? Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya. Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia. Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita. Bahkan biasanya selalu saja jahat sangka dengan Tuhan yang melakukannya.Hati kita rasa bahwa tidak semestinya Tuhan menyusahkan kita.


Begitu jugalah kalau kita orang istimewa, berilmu, berjabatan tinggi, kaya! Biasanya rasa megah datang tiba-tiba, sombong pun berbunga, mulailah kita menghina. Hidup kita pun mulailah berubah, sebelumnya beragama lupa agama. Kalau dahulu dapat bergaul dengan orang biasa, sekarang kawan kita golongan atas saja . Hendak bergaul dengan orang biasa seperti dahulu rasa jatuh wibawa.


Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan.
Karena itulah kita disuruh berdoa :

“Ya Allah Tetapkanlah Hati Kami di Atas Agama-Mu, dan Mentaati-Mu.”

-- Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi --
`
`
`
`

Diam or Marah




~~~~~~~~~~~~~~Which one should i vote?~~~~~~~~~~~~~~




Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa



KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.

Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.


got the info from dis view







`
`
`
`

Liverpool menang dowh




wahhh betul ka apa yg aku dengar? adakah ini sume khayalan semata2? tarik telinga sikit..huhu...memang tak silap liverpool menang 2-0 ke atas Man U. kaka..masa on the way nk g opis pagi tadi, cepat2 cari surat kabar free...then terus baca headline sukan..jeng3 my feboret team menang...rasa nk berjoget poco je kat lrt..karang pe kata minah cun sebelah aku ni..muka hensem (hensem ka?haha) tapi perangai tak senonoh..
`
`
`
`

beca dari vietnam



Da lama nak post ini entry. xde la just nak say thank you (cara orang jepun ckp "sankyu"...kekeke). Terima kasih kerana menghadiahkan ole2 dari sana. Murah rejeki korang da dapat jejak kaki kat negara dlm filem rambo tue. aku je x duit nak g sana. 0pepepun nice dapat ini beca.


p/s: dengar cite setiap org dapat gift lain2 based on their character...cis adakah aku sesuai bawa beca hoho...apakah sikap penarik beca? Ofcoz kuat n gagah cam sang gorila kah kah kah..aku kuat ka? aku kn insan yg lemah lg tulus mulus
`
`
`
`

Lunche pizze hutte




harini mak aku terbangun lambat. tak sempat siapkan bekal aku. aku pulak harini pun sama terbangun lambat dari normal. so xde la dengar bunyi kuali2 kat dapur..biase la aku lom expert..bunyi sumbang. jadi lunch arini beli piza. watdehel makanan orang barat juga aku pilih huhuhu..tak bersikap 1 Malaysia tul aku ni hahaha
`
`
`

Melantak donut




Last time masa g shopping, blanja my family itu donut..cantik siut donut2 ni tersusun..kalerful org kata..syg nak makan tapi hehe ada satu donut tu da kene geget oleh adik kembar aku
`
`
`
`

Aku hamil?




aku rasalah otak aku udah mereng jap lately. dlm byk info yg menarik lg tertarik dalam internet, aku leh tersuka baca info tentang kesihatan perempuan mengandung. aku siap baca dari fasa kehamilan hinggalah kelahiran...uuuu horror tul orang mengandung ni..takut aku tengok...kadang2 aku rasa macam nak meletup je perut org hamil..takut dowh...harap2 jgn lah bakal bini aku terberanak depan aku...kalo x, conpem aku masuk wad sekali huhuuhu. tak leh tgk itu darah...


disini share info cara nak tentukan anak laki or pompoan. got dis from dis website


Benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih2 tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telor/benih isteri hanya membawa keromosm X.

Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbading dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.


Merancang Anak Lelaki


1. Makanan yang asid saperti buahan2 limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencoba. Makanan laut adalah digalakkan, zat2 logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetsan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.
3. Menukarkan cecair faraj kepada alkalin dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) satelah air mani suami menjalani peroses ‘layering’. Atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipileh embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua2 kaedah tersebut tidak perbolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.



Merancang Anak Perempuan


1. Digalakkan memakan makanan yang asid saperti limau, asam , nenas, cuka, air minum bergas dll. Pantang makanan laut.
2. Persetubuhan dialakukan sebelum penetasan telor isteri(ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian2 subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantina bayi dalam umor kandungan antara 5-6 bulan.


Bolehkah merancang anak kembar ?

yg ni kena cari lagi


`
`
`

Aku Mahu Bercuti




huhu aku mahu bercuti. rs berat je dok opis nih..apekah..rasa nak bawa family g jalan2 lagi. aritu da bawa ayah, mak n adik2s terbang. ayah memang da biasa naik plane sbb dia ada urusan kerja ke singapore n indonesia. mak n adik2 lom penah naik lg....hehe lepas landing je kat airport, masing2 berebut2 cite ape yg diorang rasa dalam kapal terbang tadi..seronok je dengar diorang bercerita hehe..xpe2 next time kalo da rezeki, nu*r bawak terbang lagi k
`
`
`

Ketahanan Jiwa Seorang Wanita



Lately byk perkara berlaku di sekelilingku. tercari2 apa puncanya. just share from dis blog : Blog


~~~~~~~KETAHANAN JIWA SEORANG WANITA~~~~~~~


Wanita itu sering dikaitkan dengan kelemahan jiwanya, kerana nafsu yang lebih tebal membuatkan ketahanan jiwaseorang wanita itu menjadi lemah jika dibandingkan dengan seorang lelaki. Wanita hanya mempunyai sebahagian akal dan dengan sembilan bahagian nafsu, jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai sembilan bahagian akal dan sebahagian nafsu.

Nafsu perempuan yang terlalu berbeza dengan nafsu lelaki, oleh itu kemahuan wanita sering dikongkong oleh nafsu jahatnya, hinggakan tindakannya sering di dorong oleh nafsu hatinya saja. Nafsu yang sering inginkan perhiasan berlebihan,inginkan kemewahan yang melimpah, memandang hina dan merendah-rendahkan orang lain adalah nafsu jahat yang sering menguasai wanita. Begitu juga dengan nafsu sedih derita, kecewa akan menguasai diri wanita dengan begitu dahsyat sekali.

Ujian yang kecil sudah cukup untuk menggugat kestabilan hidup seorang wanita itu, wanita adalah insan yang kuat nafsu dan tinggi emosinya. Keputusan dan tindakan seorang wanita itu sering tidak adil dan penuh emosi. Bukan akalnya tidak cerdik tetapi akalnya tidak kuat untuk menumpaskan desakan nafsu yang sembilan itu. Di kalangan wanita mukmin yang terdidik pun masih terdapat gangguan nafsu yang sukar dikawal, hingga menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk melawan hawa nafsunya.

CARA TERBAIK MELAWAN HAWA NAFSU WANITA

Seorang wanita itu harus tahu akan kelemahan dirinya, agar ia dapat menangani masalah hidup ini dengan baik dan jaya, emosi wanita perlu diselenggarakan agar sikap dan tindakan mereka dapat terkawal dan tersusun serta memberi manfaat kepada diri mereka dan orang lain. Jalan terbaik adalah setiap wanita itu harus dapat menundukkan emosi dan nafsunya yang sering bergejolak untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan melewati batas.

Langkah-langkah yang terbaik untuk mengawal nafsu wanita itu adalah:

A) MENUNTUT ILMU

Setiap wanita digalakkan untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat, dengan adanya ilmu seorang wanita itu akan lebih berjaya mengongkong hawa nafsu dan emosinya setiap saat. Ilmu itu adalah makanan akal, fikiran dapat diteguhkan dengan rajinnya seseorang itu menambah ilmu.Kekuatan fikiran yang diusahakan itu mestilah dihalakan ke arah mencari iktibar, hikmah serta pengajaran dari Al-Qur'an. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Berfikirlah sesaat, lebih baik dari dua rakaat sembahyang yang tidak khusyuk"

Dengan meningkatkan daya fikiran, gelombang perasaan akan lebih terpimpin dan nafsu akan lebih terkawal dan meningkatkan martabat di sisi Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yan g bermaksud:

"Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan,maka diberinya faham dalam agama"

B)MENDAPAT BIMBINGAN LELAKI

Mendapat bimbingan lelaki yang baik akan menaikkan taraf seorang wanita itu, jalan terbaik untuk mengendali wanita dengan memimpin emosinya, hal ini boleh dilakukan oleh lelaki yang bijak seperti guru, bapa, keluarga, suami atau anggota masyarakat. Ketika memimpin wanita, seorang lelaki harus cekap menggunakan daya fikiran dan kecekapan mereka untuk membimbing wanita ke arah yang lebih baik dan selamat. Sering mengingatkan mereka tentang keburukan mengikut emosi dan hawa nafsu, jangan biarkan mereka berkhayalan dengan kenikmatan yang tidak memberi faedah pada diri dan orang lain. Kata-kata nasihat adalah diperlukan oleh seorang wanita pada setiap saat dan waktu untuk kebaikan mereka. Rasulullah s.a.w bersabda:


"Sebaik-baik hiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah"



C) KEMAMPUAN WANITA BERIBADAH

Biarpun ibadah asas diwajibkan ke atas wanita yang mukallaf seperti sembahyang, zakat, puasa dan haji. Namun bagi wanita memadai dengan bersyahadah,menunaikan sembahyang dan berpuasa. Pada waktu-waktu tertentu, seperti waktu haid dan nifas, wanita diberi kelonggaran untuk meninggalkan ibadah tersebut bahkan haram melakukannya. Jika kelima-lima ibadah itu diberi nilai 100% maka wanita hanya mampu mencapai 60% daripada tiga bentuk ibadah yang dilakukannya. Itu juga masih sukar bagi wanita untuk mencatatmarkah penuh melainkan wanita yang bertakwa dan benar-benar dibantu oleh Allah. Begitulah lemahnya wanita dari sudut ibadah.

D) KEMAMPUAN AKAL DAN KEHALUSAN FIKIRAN

Wanita sering dikuasai oleh perasaan. Perasaan sering dipengaruhi oleh nafsu lebih dari pertimbangan akalnya. Tindakan atau keputusan yang dilakukan sering berbeza-beza bergantung kepada tekanan terkuat dalam perasaan ketika itu. Ketika seorang wanita itu marah, tindakan keras dan sering melulu, menghukum, sewaktu ia simpati, terlalu menunjukkan belas kasihan sehingga di luar garis keadilan. Jenis perasaan pada wanita itu amat banyak seperti perasaan marah, sedih, dendam, malu, rasa bersalah, kecewa, jemu dan lain-lain lagi. Oleh itu wanita yang sama cerdik dengan lelaki akan jadi kurang cerdik dalam bertindak berbanding dengan lelaki, kerana kecerdikannya sudah dipengaruhi oleh nafsu.

Wallahua'lam...
`
`
`

Selamat Hari Jadi




happy birthday to makhluk Allah itu. semoga dianugerahkan iman dan taqwa.




keke jgn marah..memang udah tua pun hehe
`
`
`

Wednesday, October 21, 2009

Khalid

I da lama habis baca dis interesting book. lupa nak review kat sini. try la baca buku kepahlawanan ni. lepas baca tiba2 ada aura nak g perang plak hohohoho





Saidina Abu Bakar AS Siddiq pernah berkata, Tidak ada lagi wanita yang mampu melahirkan anak seperti Khalid.



Khalid bin Al Walid terkenal sebagai pahlawan yang gagah berani sehingga mendapat gelaran SAIFULLAH atau pedang Allah. Beliau mendapat gelaran tersebut ketika berlakunya perang Muktah pada tahun 8 hijrah. Dalam perang tersebut tentera Islam seramai 3,000 orang berperang melawan tentera Rome yang berjumlah 200,000 orang.

Panglima Khalid bin Al Walid mempunyai pertalian yang rapat dengan Rasulullah SAW. Tetapi sebelum masuk Islam dia salah seorang penentang Islam yang paling keras. Ketika berlakunya perang Uhud Khalid bin Al Walid berjaya mengkucar kacirkan tentera Islam serta membunuh 50 orang tentera pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah SAW di atas bukit Uhud.

Tetapi setelah memeluk Islam Khalid bin Al Walid menjadi tentera yang paling keras menentang mereka yang memusuhi Islam. Kerana keberanian, kegagahan dan kebijaksaannya dia dilantik menjadi pemimpin tentera Islam dan terlibat hampir 50 medan perang yang besar.
Antaranya, memerangi golongan murtad, menakluk kerajaan parsi, kerajaan Hirah dan puncak kegemilangannya apabila berjaya mengalahkan tentera Rom dalam Perang Yarmuk.

Di zaman khalifah Saidina Omar bin Khatab, panglima Khalid bin Al Walid dipecat dari jawatannya. Namun dia terus berjuang walaupun Cuma sebagai tentera biasa. Kemudian dia membawa isteri dan anak-anaknya menetap di Syam. Ketika berada di sana berlaku wabak taun menyebabkan anak-anaknya meninggal dunia seorang lepas seorang sehingga kesemua anak-anaknya seramai 40 orang meninggal dunia.

Kemudian dalam tahun 21 hijrah Khalid bin Al Walid jatuh sakit. Ketika terbaring di atas ranjangnya panglima yang mendapat gelaran Pedang Allah itu menangis kerana hajatnya hendak mati syahid di medan perang tidak kesampaian.

Ketika meninggal dunia panglima agong itu berusia 55 tahun. Semasa dimandikan terdapat 80 bekas parut luka diseluruh badannya. Khalid bin Al Walid tidak meninggalkan harta yang banyak kecuali seekor kuda dan pedang yang pernah digunakannya dalam peperangan.

Khalifah Omar amat bersedih dengan kematian panglima Khalid bin Al Walid. Satu ketika dia berkata, aku memecat Khalid bukan kerana benci tetapi dia terlalu keras terhadap musuh. Aku tak mahu orang menyangka kemenangan tentera Islam kerana Khalid menjadi ketua. Dan satu lagi, Khalid terlalu sayangkan anggota pasukannya. Apabila mendapat harta rampasan perang dia tidak menunggu arahan sebaliknya terus membahagikan harta rampasan perang kepada anggota pasukannya.

Al-Fatihah
`
`
`

Tuesday, October 20, 2009

my kucing




kah kah kah kucing aku ni, kekeke tido ada style, mantap and macho dowh..cuma tak ikut sunnah rasul je
`
`
`

Kija

huhuu...da dekat 3 minggu berturut2 siapkan dis project ngn team project ni. kdg2 aku naik gile seketika. yela time cuti plak tu suh dtg opis wat keje..da la aku dok jauh..skali nak g opis mau2 dekat 4 jam..kalo jalan jam mahu2 dekat 5 jam aku berdiri dalam bas dr kmpg smpi kl huhu seksanya...tambah pulak time2 cuti2 la ni aku de hal kefamily-an yg da lama aku plan dan xleh miss...ape leh wat..berkorban demi projek. bak kata my group leader..."jgn pkir masalah ko je, masalah ni lagi besar". honestly ada sikit rs marah n kurang senang dalam hati...bukannya pe, time aku di tengah2 majlis penting in my life masa cuti aritu pun kena paksa dtg opis...lepas 2 aku pkir x berbaloi kalo aku balik umah sbb da nk malam..erm tido sorang2 aku dlm opis semata2 nak kasi siap...family kat umah huhu..kecik hati dowh sbb aku leh pkir benda penting ini dari my punya benda penting. hopefully my family paham atas tanggungjawab aku kat my centre ygku chentai. xpe la Allah mengetahui ape yg terbaik untuk hamba2Nya n ada hikmah di sebalik kejadian. so, think positif and be happy..smile bg nmpk lesung :O






model cover yg perfect lagi cun. tunggu nak kena bambuuu ngn si magneto and beast. tgk je la nnt ape diorangnye komen






si mergastua-mergastua yg bertungkus lumus menyiapkan jerat. hopefully sang kancil (siva) n sang kura-kura (mustapa*) akan tertipu ngn jerat itue. salute 2 them n myself
`
`
`

happy happy happy






last saturday 17 oct 2009: happy depabali kpd my true hero ==> Mr sivaranggam si magneto


p/s: apesal amik gambar si pengacara majalah tv3 ini? huhu cis.. kekeke
`
`
`
`

Wednesday, October 14, 2009

imaginasi




huhu time tengah blur dan weng. ada bintang2 dan kupu2 sedang terbang atas kepala aku. orang lain tengah sibuk khusuk bermeeting2, aku leh berimaginasi dengan gambar kucing kat gelas aku ini..entah pepe entah
`
`
`

nama saya




yeyeye aku ada nama dalam bahasa jepun. my sensei wat untuk aku.
watashiwa saifuru anuaru desu




Lepas habis memerah otak belajar bahasa asing, mari kita memerah otak mempokaikan duit makan nasi bukh*ra. lama dowh tak makan sini. aku konpem x leh amik daging kambing nnt kepala jd high..rasa nk berjoget sentiasa




nasi yang nak kena telan idup2. abis la korang ni. kejap lagi masuk dalam perut aku
`
`
`

Expo

Masa aku dalam lrt nak g opis, dpt kol dari ma*sarah. dia kata kena present slide project animation kat bos pagi ni jugaa..huhu da la tak seberapa lengkap slide itu. bantai je la nak cakap pe.

sampai opis je, si ma*sarah bagitau my bos ada kat klcc sbb attend satu talk kat expo pen*ipta. so nak tak nak kena present kat sana. patutnya aku kena present sorang tp aku ajak gak ma*sarah. Bukan aku x biasa present depan my bos tapi huhu kalo ada ma*sarah, neutral la sikit nanti kekeke. biasa la dr itu





Ni ha si anak2 dara tengah dok berposing tunggu train nak g klcc. say pewwwit sikit kekeke




expo ni diorganize oleh UM sendiri. participantnya terdiri daripada universiti2 lain. ni kalo takde bias for winnning any medal tatau la nak cakap pe hehe




huhu booth U*IM punya la gempak. siap buat replika masjid tue




gurls yg jaga booth-si mai,p*an n kak m*s. fuh padan muka diorang kena jaga booth kekeke..eh si mai x jaga actually. dia dtg just nak jupa dr cam aku





bini bos, dr r*za n my bos aka my supervisor. ni konpem tgh sesi bertanya2 ngn bebudak jaga booth


setelah bertungkus lumus mempresentkan slide depan dr, ada banyak kena betulkan especially susun atur slide itu sendiri disamping banyak kena masuk input. huhu sepanjang hampir sejam lebih sikit, macam nightmare plak...sepatutnya sesi fully presentation tapi kadang2 da macam sesi soal siasat tahanan IS*. ma*sarah ada kat situ pun my bos tak makan saman. ada je benda yang nak dikoreknya dari aku. provokasi jgn ckp la hehe totally mental disorder hahaha...tapi aku ini, biasalah tak makan punya kata2 manis dari dr. soal punya soal aku tetap neutralkan diri hehe


my bos yg aku sayangi, ni ha kalo nak korek rahasia dari aku, kenalah wat tarian rambu ramba depan aku. gelek bontot kasi lebih. takpun tarian cakar harimau siap dengan voice ngauman harimau. satu lg gaya jangan tinggal. tunjuk sikit cner cakar dekan engineering (macam gay plak aku ni hahaha). setel sume benda tu, kompem im free utk ditanya everything macam cara-cara saya masak tempoyak ke, tanam tahi kucing ke takpun cara2 mengendap jiran sebelah





uuu..aku yg x entah pepe..event punya penting camni, aku leh dressing camni punya style..ngn pakai seluar jeannya, pakai kasut lari2 anak lak 2 huhuhu. orang lain punya la smart, pakai baju kemeja siap tienya, ada kot lagi 2. tapi xpe, ape gunanya ada etika pemakaian kalo tidak kena dilanggar dan diikuti. teruskan melanggar ape2 rules. btw dr puji aku okay sbb aku pakai baju melayu hitam siap tersusun kemas butang melayu kekekeke kembang kuncup idung aku
`
`
`

Tuesday, October 13, 2009

Kad kawin aku?



Adakah ini kad kawin aku? huhu. tak la, dis kad kawin dari kawan aku. dapat secara pos dari kl. Nama dia R**iza and dia ni dulu rakan sekelas masa sekolah teknik dulu. dia juga merangkap ex-gf adik aku huhu. fuh cantik siut kad kawin dia. putih suci, murni dan bersih kekeke. Akan tetapi, aku tak dapat g kenduri umah dia sbb 24 aribulan ni aku ada hal family. pepepun selamat menjadi bini orang
`
`
`

Saturday, October 10, 2009

tido dalam bas




huhu alkisah cite sedih kena kat batang idung aku ini..huhu. Once upon a time, in the dark2 village, there is a hensem guy khokhokhok...cis wat karangan bi. da la asik fail je masa skola dulu...

ni ha masa nak balik umah, conpem aku singgah pu*rajaya. lepas solat maghrib kat situ spt biasa, tunggu bas nk ke ba*ting. sampai je bas 2, bedesup aku masuk. driver tu tak kasi aku masuk, sbb dia nak kasi round dulu pu*rajaya. then dtg balik stesen baru amik aku. tapi aku tak larat nak tunggu. round2 keliling pu*rajaya pun ok gak malam2 ni. leh skodeng couple yg bersumbang mahram, leh tgk umah2 orang2 kaya yg makan duit rakyat, leh tgk gurls balik bshopping dari al*manda.

tapi plan baik punya x jalan langsung. aku kasi berdengkur dengan muka melekat kat cermin bas khokhok...tak senonoh tul aku ini. nasib baik my future wife x tgk. krg tak pasal2 dia cucuk idung aku nanti kakaka. seriusly, aku leh ttido spnjang nak balik umah. bukannya dekat..jauh tu. siap bas tu terlajak g kampung sebelah pun aku x sedar lagi..nasib baik driver bas tu ingat aku nk turun kmpg aku. cepat2 dia kejut aku tapi kejut bila da terlajak g kampung sebelah...cis dan cis..xde class langsung driver bas ni. tambah tension aku, dia leh berentikan aku sebelah ladang kelapa sawit...gile ke pe driver bus ni. nak kasi aku sakit jantung jupa pocong2 tgh meloncat2 ke....tak pun nak kasi aku histeria ala madonna jupa hantu kangkang..takut la dowh..ape leh wat da nasib badan. da la time tu waktu2 kemuncak hantu berkeliaran bermain2 dan bergurau senda ngn manusia. aku pulak tak bawak yasin. nnt kalo baca surah kursi pun conpem berterabur....huhu.

alhamdulillah xde pape spnjang balik umah. cume sampai umah kene gelak ngn mak n ayah pasal aku leh ttido dalam bas..cis hehehe
`
`
`

Friday, October 9, 2009

kahw*n




semalam aku dapat kad kawin. Kawn sekolah rendah kawin. Satu kad yang x cun, satu lagi yg huduh. kad yg cantik biase la bg kat member2. yang huduh dapat kat orang lain.

Nama betol dia Sya*siah..tapi kitaorg dr kecik lagi panggil dia champ kekeke. Mak n ayah aku pun panggil nama sama. Aku tatau dia keje pe skrg walaupun duduk satu jalan ngn umah aku huhu. aku dulu ms kcik just rapat kejap ngn adik laki dia. La ni tatau dia wat pe. Xpenah jupa da huhu. Btw selamat menjadi pengantin. nnt tip2 mlm pertama jgn lupa share ngn aku
`
`
`

Tuesday, October 6, 2009

why dis blog



ada orang bertanya "nu*r nape ko wat blog?"..my answer sgt simple.

aku berblog kerana:

"Diri aku pada esok hari adalah tak sama dengan diri aku pada hari ini...mudah terlupa memory yang patut kekal dalam otak kanan. i need dis blog to remind me who i am. This is my memo of life"


memetik kata-kata Sayyidina Ali,

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam."

wallahualam bissawab


`
`
`
`

Pengumuman dari Hang Jebat



aaaa uuuuu iiiii...jerit jap...then buang angin slow2..kata org kentut yang kuar bunyi x bau busuk compare tu yang kentut x kuar bunyi.

aku rasa la kan, kat dahi aku ni ada notis "nu*r nak kawen...nu*r nak kawen"...khokokhok yela orang di sekeliling aku ini termasuk la sedara mara, sahabat handai n rakan taulan dimana jua mereka berada asik tanya aku pasal benda ni. la ni sampaikan orang yang jauh nun disana pun ada aware benda ni...siap msg aku lg. pakcik n mkcik jgn ckp la..ade je nak dikenakan hehe..ada aura kahwin ke aku ini huhu..aku spt biase la..diam seribu bahasa..no verbal and no ayat kontroversi yg kuar dari molot aku...


kawan2 sekalian, ni ha hang jebat mahu berbicara..aku ni mana da nak kawen.........lg sekarang....ada rezeki kawen gak la aku ini...sapa yg tokmo kawen..kalo kawen nnt ada partner masa wat senamrobik depan tv...leh main congkak dan dam haji sama-sama sambil makan belacan lalala. korang ni macam2 spekulasi aku dengar..ada yg versi tu la, versi ini la...macam melodi bergerak pun ada aku tengok. aku mana de nk kawen sekarang, master x siap lagi hoho. pasal barang2 yang aku beli 2, untuk kegunaan sendiri, bukannya as my hantaran k hehe..
`
`
`

Monday, October 5, 2009

my first bento

Setelah aku membuat kajian dengan terperinci, aku dapati makanan kat kedai kurang berkhasiat, xde protein dan kalsium, xde vitamin E, kurang garam mineral, kurang asid sulfurik, so aku mengambil pendekatan drastik dengan membawa bento sbgai makanan tgahari. Yela untuk menjamin diri aku kekal sihat, bertenaga dan mengekal bentuk badan unggul huhu.

khohoho hari ni hari pertama aku membawa bento(watdehel-bento ada seni lipatan kain). Ni ha aku bawak bekal ke opis. Smlm ckp ngn mak, nak bawak bekal macam masa2 sekolah dulu. Then mak ckp "eh tak malu ke ngn kawan2 opis, bawak bekal". Aku ckp la wat pe nak malu. Biar la diorang memandang dengan senyuman sinis. watpe nak dimalunya. eleh sebenarnya diorang jeles 2 sbb diorang x bawak bekal yg disediakan oleh bini2 n mak2 diorang...huhu jahatnya aku..kekeke

Bekal utuk hari ni, nasi goreng perencah adabi, telur cincau kuning, n telur itik yg sudah jadi masin yg amat

gempa di negara seberang























masyaAllah..kesian orang2 kat negara jawa ni...da la kena tsunami dulu, kali ni kena gempa bumi plak...mesti ada maksud tersirat lagi tersurat kenapa Allah turunkan bala sedemikian rupa. Bagi yang boleh berfikir secara sihat, ucapkan la alhamdulillah kerana bala tersebut belum lagi bertempias ke kita. ingatan wat diriku dan rakan2, bykkan amalan kerana kita x tahu nasib kita kelak.
`
`
`
`

g hospital



semalam pagi,masa aku tengah berfoya-foya depan tv, then ayah bgtau nak g hospital. my atuk yg ku chentai masuk wad. my sis n mak je ikut ayah g hospital. aku tak pegi sebab masa tu tgh comot, tak bermekap2 lagi. biasa la aku kan, nak kena pakai foundation dulu...2 yg lama bersiap 2 hahaha watdehel

aku g hspital ptg ngn my bro. sampai sana je da ada bibik i*a n her husband. tengok atuk semangat je makan. cuma dia takut kena injection haha (cuba tgk dat pic). eleh aku pun takut kena inject, kalo x da lama aku g derma darah. tak lama pun kat sana. lepas ayah blnja makan ramai2, kitaorang balik
`
`
`

Sunday, October 4, 2009

beli handset



eh aku beli handset baru ke? pokai ke aku ni? watdehel khokhokhok
`
`
`

Saturday, October 3, 2009

New Service




hoho new life new service. arini aku singgah ala*nda jap. kasi tukar service tepon dari maxis ke celcom. amik postpaid. so every month ada la surat chenta dtg umah. aku tak amik no baru...just convert je. kalo amik no baru nnt kena pakai byk hndset. karang penuh lak pinggang aku dengan macam2 handset. lg pun handset aku yang lama rosak sebab tenggelam kat kuah kari mamak khokhkok watdehel. eh serius, x tipu. so kawan2 maxis, padan muka korang kena byr lebih kalo kol n msg aku hoho
`
`
`

Beli kete




huhu...akhirnya aku mempokaikan duit nak beli kete. korang tgk gmbar salesman kat atas. takut siut aku. da macam samseng kampung. nak je aku menyikat rambut menggunakan cermin kepala botak dia. akan tetapi kita jangan menilai orang secara fizikal semata2. Nilai2 tersembunyi yang tidak kita lihat adalah yang sepatutnya kita analize. This guy is smart and brilliant. peramah tahap ah choi jual kangkung, baik bak malaikat, suka senyum bak pak mat toncet.


aku beli bukan sebab nak berlumba harem lagi berdrift kat jalan bangsar tapi sebab keperluan yang kronik..amat2 kronik. cis marah sama itu management mc kolej, sape suh buang makhluk yang paling berharga di muka bumi ini. takde lg yg akan bagi duit sewa tiap2 bulan, takde lg yang akan ketawa bersuka ria skodeng nurse2 seksi seksa, takde lg yg akan joget poco2 depan lif dan takde lg yg korek hidung sambil berdondang sayang di tepi tingkap bilik....2 la diorang hilang aset yang paling berharga ini. kesannya, aku da merempat dok jauh.

tapi think secara positif, sampai bila aku mahu idup bernomad, sampai bila aku mahu bertransport awam and sampai bila aku mahu berstatus single (watdehel hoho). Keluarnya aku dari hostel ini, memberikanku seribu macam alasan untuk mengubah hidup aku. mungkin kepada yang lebih baik. mungkin diorang nak aku merasai perasaan bangga, megah and berlagak dengan kereta baru. Mungkin diorang suh aku wat nasi minyak cepat2..yela nanti harga beras naik. erm pepe pun semua ni ketentuan Allah, Dialah yang maha mengetahui perkara yang tidak diketahui oleh kita.
`
`
`