SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Wednesday, September 30, 2009

aku udah mengesot cam sang siput




Habis je kelas bahasa jepun, mintak member hantarkan kat stesen. Aku nak balik umah. Stesen ni sunyi je. Da takde orang




uuuu....aku berposing seksi seksa di stesen ulat gonggok. udah letih yang amat. Kepala da weng so baring kat kerusi. Nasib baik tak banyak orang sangat. Kalo tak mesti diorang mahu mencontohi aku..bangga tul aku nnt





Camera diview dari sudut pandangan mata aku...udah mereng aku ini...tinggal nak mengesot je huhuu




Pkcik si tukang kutip sampah aku amik gambar...xde keje punya pasal. mp3 xde bateri.




kosong dalam train ni..kalo aku berlari2 anak hujung ke hujung train pun xde hal punya. Takpun bersuka ria tahap hulubalang pun xde org nak marah.. nk ckap pun suara da nak bergema hohoho. Lenkali pihak management patutnya letaklah hiburan larut malam cam tarian poco2 ke, opera tengah malam ke. Lagi bagus bawak sekali ah choi yg jual aiskirim..leh la aku makan. ini tak, sepi jew aku tgk..tak bagus tul service ni...orang byr mahal2 ish




Aku tgh buring2. tatau dowh nak wat pe. huhuhu..nak berjoget takde tenaga, nak melalak suara x sedap, nak bersailormoon xde pulak riben2 yg berwarna-warni
`
`
`

hari pertama kelas




huhu hari pertama g kelas wa cakap lu. Da lama lor tak masuk kelas. belajor2. hari ni hari pertama aku n members g kelas bahasa jepun. huuu masuk lambat. nasib dapat sensei yang cun lagi baik hati..namanya dr zo**ida*.


tak ramai pun dalam kelas 2.. x sampai 10 org. huhu orang tua2 pun ada gak. hoho..belajar ngn orang tua tuu..jangan main2 bukan senang nih,first experience. kelas dimulakan dengan introduce diri memasing. then baru setat kelas.

cis rupanya si hi*man and p*an udah expert sikit bahasa jepun. aku ni terkial nak baca bahasa jepun. tulisan apatah lagi..da macam cacing kerawit aku tgk. sebut pulak kena ada bunyi and sound effect tertentu. Molot aku udah terkumat kamit sebut japanese words kah kah kah. uu my sensei ni bukan setakat sound effect je..siap wat expression muka lagi tu....dasat2. ala diorang ni si hi*man and p*an slow2 la baca tu...mentang2 korang selalu tengok anime, tu pasal cepat pickup. takpe2 korang tengok la next week..aku kasi gegar ini kelas...siap leh wat suara doraemon lagi dengan lagu sailormoon plus joget2 seksi uuuuu..
`
`
`

First day dari umah



wahh...bangun2 dari tidur, rasa terkejut sikit...dalam kepala ingat hari ni da setat keje...tapi apepasal aku ada kat umah nih. huhu setelah otak aku center dan berorigin zero koordinat, br aku realize yg aku ni udah kena buang kolej, tu pasal dok kat umah.

hari ni g keje naik ulat gonggok..ni ulat punya laju..laju makan akunya duit. mahal dowh tiket dia. x kesian ke diorang kat aku...bg la diskaun sikit. ni hari pertama udah wat hal. pasal pe, duit aku yg masuk mesin tiket, dia taknak muntahkan duit lebihan. cis dan cis mana aci. telan duit orang..harem itu...makan benda harem maksudnya nanti masuk neraka. nasib baik bro yg jaga tiket tu sporting sikit, dia tau mesin ni sejahat2 mesin. suka sangat telan duit orang. last skali dia bg money lebihan kt aku. huhu duit dapat balik, tapi aku udah terlepas train. cis kena tunggu lagi 1/2 jam.





Aiseh skema tul la mamat2 nak g keje nih...cuba la sekali2 pakai jeans ke, baju melayu ke, pakai ketayap pun ok gak...bior kasi terbeliak mata bos huhu
`
`
`
`

Saturday, September 26, 2009

Candid2 hari raya



Yeah akhirnya dapat beraya umah wak sa*nah. hoho asik tertangguh je nak g umah dia. sian dia..tahun ni tahun pertama dia beraya tanpa cucu kesayangan-Nab*l..huhu sedih dowh. Aku da belikan kain pelekat kat Mat L*na, husband dia. Untuk wak sa*nah, aku belikan kain batik nak bagi dia tapi mak aku kata aku tersilap beli...terbeli kain muda mudi hohoho..Jadi sebagai ganti aku bagi duit raya




G beraya umah bibik L*s. Dia ni bukan bibik aku tapi bibik kepada mak aku. husband dia tak sempat aku amik gambar. Family aku n family bibik l*s kalo borak..masyaAllah..aku tak paham satu benda pun...cakap bahasa jawa pekat...aku mana la reti sangat...dengor je lor




Beraya umah Paman Tah*r n bibik roz*. Diorang ada wat makan2. Tapi aku tak makan pun. Family aku je yang makan. Perut aku udah penuh makan kedai tadi. Tu la lenkali jgn singgah mana2. kan da melepas makanan yang sedap2. Aku dok terbongkang ulangkaji soklan PMR ngan anak diaorang yg sulong sbb 2 minggu lepas raya, da exam. chaiok!!





Pegi beraya S.Alam pulak. Singgah umah pak uteh aku. hoho..kalo orang luar tgk dia conpem pkir dia ni garang n bengis..tengok la rupa dia...tapi dia sangat2 baik orangnya. Bila kitaorang call nak datang umah dia, terus dia sendiri masak mee goreng




Beraya umah paman L*n. Umah dia satu perumahan ngan umah pak uteh. Diorang baru balik dari penang. Anak dia agak rapat ngn aku, si J*a. Dia ni kalo jupa je, mesti tanye bila nak tunjuk bakal bini huhuhu..Dia selalu outstation sbb join j*m heb*h




Kak Y*n and family datang umah beraya. Kak Y*an ni anak wak sae*ah, mak angkat my sis. Siap bawak anak2 dia yang 2 orang 2 dengan anak sedara. Fuh ligat bebudak2 ni. Riuh umah aku. Anak2 diorang kenal ngn my family sbb dulu diorang penah dok satu perumahan ngn umah aku.




Jiran2 yang prihatin hahaha datang beraya umah. Siap bawak anak menantu lagi tu khokhok..Masa aku tengah sambut diorang dkt pintu, menantu diaorang tergamam tengok umah aku huhu...mgkn ini first time kot datang umah





Pak Usu and family datang beraya umah. Pak usu ni adik kepada ayah aku. Anak2 dia pun ada yang kembar cam aku




Keluarga adik beradik atuk pun datang umah. Tak rapat sangat ngan diorang. Just tegur gitu2 je.






Bibik An*s dan anak dia. Dia datang ngan family masa raya ketiga. Jarang jupa dia. Siap tanya soklan hotz huhuhu. Ramah orangnya. Anak2 dia udah dekat 5 org. Yang tua tingkatan 3. Dia la yang asik bising haha..dia kata aku ni asik belajar2 je...bila nak kawin ni...khokkhok...orang sana dengar tue...bibik udah tye ni hehe




Mar*a and anak dia si sarah. Sepupu yang datang jauh dari melaka. Dia ni anak kepada abang ayah aku. Aku ngn dia ni memang rapat sejak kecik lagi. adik beradik dia pun aku agak rapat. Jarang dapat jupa dia. Dok melaka katakan




Si sarah yang takut ngan aku. Macam la aku nak makan dia hehe. Asal nak pegang dia, terus jadi histeria haha. Mungkin lom penah jupa kot. Dulu masa aku jupa dia, time 2 dia baby lagi. Lama2, akhirnya dia udah tak takut ngn aku yeye. Siap pegang tangan aku lagi. Mak dia kata, mula2 memang takut, lama2 ok la 2





My kazen - Safi*ah dan husband. Dia ni anak kepada adik mak aku. Kiranya cucu yang first kawin. Hait sudah potong jalan nampak. Aku si cucu paling sulong x kawin lagi ni hehe. Sekarang dia tengah mengandung anak pertama. InsyaAllah bulan 12 lahir anak. All the best
`
`
`
`

Makan2 bersama nenek

Malam tu, ayah ajak makan kat luar. Ajak sekali nenek, atuk n bibik aku. Tapi atuk taknak g. Nenek kata tak selera nak makan. Pegi 2 kete je. Makan kat kedai makan dekat ngan airpot





Ni la nenek aku...cun siut nenek aku pakai tudung ni. susah tol nak tangkap gambar depan2. malu huhuhu





Air kelapa kat kedai ni memang sedap...aku just minum airnya je...isi dalam udah tak larat nak makan. yang tukang abiskan hehe mak aku. Ye la tadi udah melantak nasi ayam berani n sotong goreng
`
`
`

Friday, September 25, 2009

Beraya bersama itik2





hahaha...plan nak beraya kat umah bibik kat kl. tapi cancel sbb malas hohoho. Last2 beraya ngan itiks kat kampung. Mak aku teringin makan telur itik. Si pekebun (wah skemanya aku) bela itik untuk dapatkan telur. Telur tu pulak ada yang dijual kosong (tanpa perencah) dan juga dibuat telur masin. Masa kitaorang nak g sini, adalah jiran n mkck tempah nak beli itu telurs. Ladang itiks ini terperosok sikit...sebelah kampung orang sakai (orang jawa panggil orang asli as sakai)...Dulu masa kecik2 dok paham..apelah mak n ayah aku ni, asik ckp sakai...rupanya orang asli. Kampung orang asli sebelah je ngn kampung ayah aku. Diorang ni suka makan daging monyet kah kah kah...serius ni...sbb aritu diorang nak beli monyet pak ngah aku. Bukan nak dibuat amik buah kelapa, tapi nak wat makan hohoho...Dulu masa aku sekolah menengah, ada lah 3 - 4 orang kawan aku orang asli...baik diorang ni..sekarang entah ke mana diorang ni. lama tak jupa.













hoho byk gile itiks. Aku rasa entah berapa byk dozen telur itik. Kandang itik (?) dia besar then wat kat bawah pokok2 plak 2...redup dowh. Kata mak aku, ini kebun dia. Nanti bila da tua, teringin gak nk bela ayam, itik, lembu kat kebun sendiri. My wife in the future, jgn lupa tolong jaga sama eh....lalala




Arnab pun ada bela gak. Siap ada penjaga lak 2 khokhokhok - si monyet kecik





Lepas g ladang itiks, kitaorang hantar adik aku amik moto kat UKM. Masa on the way balik dari bangi, family aku jupa orang jual durian. Berdesup ayah aku berhentikan kete. Ni ha mak n ayah aku tengah borong durian. Aku ni bukannya makan durian sangat. Makan sebijik 2 da muak. Dulu masa kecik2 memang hantu durian. Tapi da besar panjang, makin x suka plak makan. Makan pun kalo ada jemaah ajak tak pun nk amik hati huhu.





Tengah negotiate harga durians...hoho panaslah aku malam ni
`
`

Alhamdulillah




Syukur kepada Allah segala persoalan terjawab sudah pada hari raya kedua aritu. Terima kasih kerana memilihku sebagai ultraman taro...khokhokhok. Aku berharap segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. InsyaAllah, moga2 selepas ni aku akan cuba menjadi yang terbaik buat semua. Amin.

`
`
`
`

Thursday, September 24, 2009

Buku2 yang sempatku habiskan time ramadhan




“Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai Dunia..”- Salahuddin Al Ayubi


Salahudin Al-Ayubi adalah antara contoh agung bagaimana ummah mampu mengalahkan musuh yang kelihatan gagah perkasa tetapi sebenarnya kontang dan tandus jiwa mereka. Justeru buku ini yang mengisahkan perjalanan hidup seorang pejuang yang gagah berani wajar menjadi contoh teladan kepada umat Islam sepanjang zaman.


Peribadi Salahudin yang tegas dan beragama diulas oleh Lane-poole, seorang ahli sejarah Inggeris sebagai "Seorang yang warak dan zuhud. Berpaling daripada hidup bersenang-senang kepada hidup yang sederhana serta menjadikan dirinya sebagai teladan kepada tenteranya. Sejak itu beliau mula menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada satu tujuan yang besar iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum kristian dari Baitul Maqdis."

Selanjutnya buku ini menceritakan secara terperinci peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Salahudin dari zaman kanak-kanak hinggalah saat kematiannya. Pembaca juga dapat menilai strategi yang diguna oleh Salahudin untuk berperang dan menawan kembali Palestin daripada tentera salib. Beliau menggabungkan elemen kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi dan sentiasa mempastikan hubungan dengan Allah terus menerus.

Contohnya semasa keadaan tidak menentu akibat kepungan tentera salib, Salahudin mengajak tenteranya melakukan ibadat dan berdoa. Katanya "Malam ini malam Jumaat, mari kita lakukan amal ibadat sepanjang malam dan berdoa semoga Allah memberi kemenangan kepada kita."

Selepas solat Jumaat keesokan hari, Salahudin mengajak semua umat Islam mengerjakan solat sunat hajat bagi memohon kemenangan.

Sebagai pemimpin, Salahudin juga memperlihatkan betapa pentingnya setia kawan dan sokongan daripada masyarakat Islam seluruh dunia bagi mempertahankan Palestin.





Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”


Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Tentera byzantine terkejut dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

engepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.







Satu lagi buku peperangan yang menarik untuk dibaca. Siapa yang tak kenal Tariq bin Ziyad, panglima perang yang gagah berani. Beliau mengetuai peperangan menakluk andalusia (sepanyol). Bala tentara muslim yang berjumlah 12.000 orang maju melawan tentara Gotik yang berkekuatan 100.000 tentera.

Begitu kapal-kapal yang berisi pasukannya mendarat di Eropah, Tariq mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit, yang dinamai Jabal Tariq yang sekarang terkenal dengan nama Jabraltar. Diatas bukit itu Thariq memerintahkan pembakaran kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Lalu beliau menyeru ”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid ". Keberanian dan perkataannya yang luar biasa telah menaikkan semangat tentera islam untuk melawan tentera kafir. Kemenangan Tariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Spanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.





Ikramah - Penentang Jadi Pembela. Honestly, aku tak berapa kenal siapa dia ni. Rupanya beliau adalah anak Abu Jahal yang dikenali seluruh umat islam sebagai penentang Nabi Muhammad S.A.W. Ikramah pada mulanya menentang keras penyebaran agama Islam. Akan tetapi dengan hidayah Allah, beliau akhirnya menjadi penyokong kuat Nabi Muhammad S.A.W. Beliau digambarkan sebagai seorang yang sangat2 berani dan telah mengetuai beberapa siri peperangan menentang orang kafir sejak bersama Nabi Muhammad S.A.W sehingga di bawah pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab.

Beliau syahid ketika peperangan Yarmuk iaitu menentang tentera Rom. Tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang bertempur dengan tentera Rom yang berjumlah 240,000 orang. Setelah berlaku pertempuran sengit selama beberapa hari belum ada tanda-tanda pasukan mana yang menang. Akhirnya, beliau dengan beraninya menuju ke barisan depan lalu menyeru kepada tentera Islam. Beliau menyeru sesiapa yang mahu mati syahid, ayuh ke depan dan bergabung dengannya. Beliau berjaya membentuk pasukan BERANI MATI seramai 400 orang yang akan menyerbu tentera Rom. Panglima Khalid Al-Walid yang menjadi panglima perang pada masa itu, tidak dapat menahan keberanian pasukan berani mati yang diketuai oleh Ikramah. Pasukan ini dengan beraninya menyerbu tentera Rom lalu menyebabkan tentera Rom kalam kabut dan banyak yang terbunuh. Akhirnya tentera Islam berjaya mengalahkan tentera kafir tetapi Ikramah mati syahid di pangkuan panglima Khalid Al-Walid. Al-Fatihah






Last sekali beberapa hari nak raya, aku habiskan baca buku Abu Ubaidah - Penakluk Parsi. Buku ni aku plan baca paling last sebab tebal dowh....udah macam kitab feqah la plak...

Abu Ubaidah adalah antara orang yang awal memeluk islam dan telah dijamin antara 10 orang masuk syurga. Dikenali antara orang yang kurus, tinggi dan berjanggut. Beliau telah berperang sejak bersama Nabi Muhammad S.A.W sehingga di bawah kepimpinan Saidina Umar bin Al-Khatab. Dibawah pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab, beliau telah diberi penghormatan tinggi dengan menggantikan Panglima Perang Khalid Al-Walid sebagai panglima perang. Ketika itu, peperangan menakluk kerajaan Rom. Terkenal sebagai panglima perang yang warak, berani dan gagah serta cintakan syahid. Beliau juga seorang plan maker yang bijak mengatur strategi peperangan. Akan tetapi beliau meninggal dunia bukan di medan perang tetapi kerana penyakit taun. Al-Fatihah


p/s: buku-buku sejarah peperangan ini bukan mengajar kita erti keganasan mahupun penindasan. Akan tetapi dengan buku inilah kita dapat menghayati keberanian tokoh2 silam memerangi golongan kafir demi menegakkan syiar Islam. Kita juga boleh mencontohi kebijaksanaan panglima islam mengatur strategi melawan tentera kafir. Semoga aku mendapat sesuatu dari buku2 ini. Sapa2 yang nak pinjam, bagitau la eh


`
`
`

Doa




Masa aku tengah dok2 tgk tv, mak aku tengah kemas umah. Then dia bagi aku sekeping kertas. Rupanya kertas doa. Amalan doa before makan. Mak suh aku amalkan and minta aku share ngan kawan2 kalo ada sapa2 yang nak. Dalam doa tu selain doa makan, aku perasan ada potongan ayat dari Al-Mathurat. Elok diamalkan. Sape2 yang nak aku leh bagi.
`
`
`

Wednesday, September 23, 2009

Raya ke-2



hohoho rupa2nya mak aku letak bekas kueh raya atas bakul 2...jgn main2 weh kah kah...cool tul mak aku ni...mcam nak wat hantaran kawin lak laalalaa




Bibik Murni and family datang umah....diorang da call awal2...so leh lah mak aku masakkan sekali makanan tengah hari...nanti leh makan ramai2




Family Pak Uteh datang beraya umah...bawak sekali anak and menantu dia...lepas beraya makan ramai2




Lepas pak uteh n family raya umah aku, then kitaorang follow g beraya umah mak long...aku memang jarang datang umah dia...anak dia pun kadang2 je jupa huhuhu..selamat hari raya mak long...becok molot dia ni kah kah kah





apis, anak mak uda pun ada kat umah mak long...lama tak jupa dia...jupa dia aritu masa dekat kubur...dia n adik dia ziarah kubur mak n ayah dia..raya ni dia kene keje huhuhu





Singgah umah pak lang...ada wat makan2...pak uteh pun ikut sekali...sampai je sana, family ep* and belah mak ngah pun sampai...pak lang aku tau sume orang berasap kepedasan makan tempoyak udang...so dia bawak jag air kasi tuang kat cawan2 tiap2 orang hahha...siap bawak asam bior kasi hilang pedas 2...lepas tu gelakkan kitaorang sbb muka masing2 merah berapi hahaha..siut jew haha




hohoho..ini makanan la yang aku akan ingat sampai bila2....mak lang aku masak tempoyak cili padi, paru, kari ayam dll....aku conpem chop yang tempoyak 2...melantak la aku makan....tapi masyaAllah wa cakap lu....dia punya kepedasan udah tahap dewa dewi....kalo bagi rate la antara 1 dan 10, aku leh bagi 10. Pedas yang amat. Pedasnya, kalo minum satu gelas air sejuk conpem tak ilang. Lidah rasa macam nak terbakar..so ada la nak dekat 10-15 gelas air untuk 5-6 suap nasi...itu pun kena lagi makan asam2 yang leh ilangkan pedas....aku ingat aku sorang je yang terkulat2 kepedasan, rupanya mak aku, mak uteh, mak uda belah mak ngah, keluarga ep*, anak mak uteh sumanya kepedasan...mak aku yang tahan pedas pun, minum air ntah berapa gelas...pak uteh jangan cakap la...tgk da macam mandi pulak dia...mandi peluh hahahaha






Yang pakai baju ijau tu, itulah mak lang aku. Baik orangnya. Anak dia tua setahun dari aku. Dengar cite, tahun depan nak kawin. Jgn dibuat masak cili padi 2...karang lari orang bandar yg dtg umah, tak tahan pedas...orang kampung biasa la steady hehehe




Masa perjalanan balik umah pak lang, kitaorang akan lalu umah haji Si*ek...ala yang anak2 dia jadi pemain badminton negara...tugu masa menang piala tho*as tahun 1992 pun masih ada lagi




Ni la dia Pak Uda n mak uda aku...Masa raya kat umah dia ni, anak2 dia xde. Suma da kuar beraya. Yang tinggal anak dia yg second last, Kak I*a. Lama kat umah dia ni. Soklan sensitip jangan cakap la...ada je yg nak ditembaknya...huhuhu




Lepas tu kitaorang beraya umah Wak Jon*. Umah dia wajib singgah.. Tua da orang ni...Rajin bercerita....dulu masa kecik2 kalo tak main kat umah mak ngah, kadang2 main kat umah dia. Rajin belanja aiskrim kat kitaorang. Lagi satu umah dia ni ada pokok buah limau bali..huhuhu time buah tengah masak, memang aku kena dtg umah...makan buah tu sampai naik muak...esok2 nampak je rupa buah 2 rasa nak termuntah kah kah kah




Masa raya umah wak jon*, nampak ustazah, rakan sekerja mak aku datang beraya...huhuhu seingat aku dulu masa aku sekolah agama, dia la kot yang jaga periksa kat sekolah agama aku...




Beraya gak umah pakcik um*r...kat sebelah umah wak jon* je...kejap je kat umah dia sbb nak g singgah umah mak ngah jap nnt...takut tak sempat





Lepas balik beraya, balik umah je, berdesup jiran2 yang datang beraya...rajin dia sefamily datang umah...every year mesti datang...




Sepupu belah Pak Uda datang beraya....satu family datang tu dari banting...anaknya jgn ckp...ramai dowh..tapi takut aku nak borak ngn anak2 dia sebabnya masing2 punya cara cakap...bagi aku agak kasar....kalo org luar conpem ingt cara diorang bckap macam nak bergaduh....huhuhu





Sedara belah mak ngah (see pic)...fuh riuh umah aku...pasalnya anak nak dekat sedozen...mak diorang ni lembut sgt2...jalan pun slow motion....aku siap tanya mak aku...sakit ke mak diorang ni...mak aku ckp takde la..memang macam tu cara dia...tiba2 aku plak terpkir...kalo aku da anak sedozen, cmner aku handle eh...suh suma masuk askar lalala


Byk dowh yg datang umah...ni pun aku snap gambar yang termampu...orang lain beraya kat umah org...aku beraya kat umah sendiri huhuhu...ape pun esok beraya lagi kat umah....



Kesimpulan: sama macam kesimpulan previous post lalalala
`
`
`
`