SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Tuesday, June 30, 2009

seksanya hendak kahwin



ahad lalu ada ruang rencana di dada akhbar perdana yang menarik perhatian aku untuk membacanya. selalunya banyak rencana berat2...baca sekerat je...tapi kali ni tentang kepayahan lelaki-lelaki zaman sekarang mahu berkahwin...hohoho...aku just summary sahaja apa yang aku ingat agar menjadi ikhtibar kawan2 dengan izinNya..moga ALLAH mengampuni dosa2ku..Amin

Akad nikah adalah proses perkahwinan yang wajib bagi semua pasangan beragama ISLAM. Sudah semestinya masing2 mengimpikan perkahwinan sempurna dan diingati sepanjang zaman. Namun, disebalik kesempurnaan ini, ada masalah mengHANTUi orang lelaki..jika mahu menyunting bunga di taman semestinya ada FULUS yang cukup ==> WANG HANTARAN

Soal wang hantaran jika munasabah bukanlah satu persoalan tapi akan menjadi bebanan jika keterlaluan. Konfem akan dengar "mahu jual anak ke?"

Secara purata kadar wang hantaran pada masa kini ialah sekitar RM 8K ke RM 10K. dan berdasarkan ekonomi dan kemakmuran negara ini dianggap munasabah. Namun jika dihitung perbelanjaan kenduri kedua2 belah pihak sehingga ada mencecah RM 12K ke RM 20K, tidakkah ini menyebabkan pihak lelaki MENGELUH? mana mungkin eksekutif muda yang gajinya sekitar RM1800 hingga RM 2000 dapat menyimpan dalam masa yang singkat. Mahu2 dekat 5 tahun baru mission tercapai.

Kebiasaan harga wang hantaran ditetapkan atas beberapa kriteria:

1) PENGARUH KELUARGA PENGANTIN PEREMPUAN

nak kawin anak mak datin tak sama nak kawin anak makcik jual goreng pisang. jika pihak perempuan mata duitan, mahallah gamaknya duit hantaran. sikap sebegini merosakkan jalinan institusi kekeluargaan itu sendiri.

2) TAHAP AKADEMIK PENGANTIN PEREMPUAN

semakin tinggi tahap pendidikan wanita tersebut, semakin mahal hantarannya. tak sama wang hantaran si maimunah -minah kilang ngn prof.dr.dato'azizah..huhuhu

3)RUPA PARAS PENGANTIN PEREMPUAN

Walaupun perkara ini adalah subjektif kerana kecantikan dinilai berbeza oleh lelaki berbeza namun ia termasuk dalam penetepan harga wang hantaran. Semakin cantik dan 'BERGETAH' seseorang itu, semakin tinggilah nilai yang perlu dibayar.

4) JENIS PEKERJAAN

Pastinya pekerjaan seperti doktor, jurutera, akauntan dsb dibayar gaji mahal..so mahallah jumlah wang hantaran...


walaupun mahal sekalipun seseorang wanita itu, tidak semestinya menjamin kebahagiaan rumah tangga..lihatlah yusr* dan err*, puteri shahana* dan datuk rosla* dsb.. dalam islam yang terutama adalah MAS KAHWIN. tetapi masyarakat mengutamakan wang hantaran daripada kesempurnaan majlis akad nikah. Stigma ini patut diubah..


p/s: bukan senang hendak berkahwin dan melamar anak dara orang.

chinas




hohoo...da lama aku tak upload gambar g china...malas dowh..tapi takpe setelah aku dapat aura china balik...nanti aku upload...

hoho btw siapa mamat hensem lagi poyos di atas khokhokhokhok..aku cuma dapat cari gambar ni...maklum la gambar aku tak banyak masa g china sbb aku tukang amik gambar orang..gambar sendiri x amik...
`
`
p/s: masa ni dekat dataran tianmen...panas sesangat kat c 2...
`
`
`
`

transformers 2























da dekat seminggu lebih cite ni kuar...tapi aku tak tengok2 lagi..member sume da tengok..tension tol...ada sape2 yang lom tengok? meh la tengok sama2
`
`
`

mari membaca buku




da lama aku tak cite pasal buku2 yang aku beli kebelakangan ini..takpe kita cite sikit2 dulu mana yang aku da baca.....buku di atas aku beli masa aku g conference...depan bilik presentation ada gerai buku....aku apelagi...naik juling mata aku tgk buku2 kat c 2...adalah perabis dalam tuttt...


buku diatas adalah dari coretan catatan dari vc uitm iaitu sape lagi kalo bukan prof dr.ibrahi* sha*. buku ni menceritakan pengalaman dia sebagai ANAK MELAYU, falsafah MELAYU yang patut diikuti oleh Bangsa MELAYU itu sendiri. Dia mempunyai azam yang tinggi untuk memertabatkan bangsa MELAYU dan menggariskan lebih kurang 50 falsafah yang aku rasa memang patut diikuti. Selain itu buku memaparkan interpretasi falsafah beliau kepada monumen keris...



prof dr.ibrahi* sha*



ada beberapa input yang aku nak share disini. Suatu malam ayah dia pernah bersyarah mengenai perkataan 'MELAYU'-MIM [M], LAM [L], ALIF [A], YA [Y] dan WAU [W]

[M] : main-main, mundur, marah, miskin, mungkir, malas, munafik
[L] : lemah, lalai, lembab, lekeh, loklak, lapok, lesu, liar, layu, lurus
[A] : angkuh, alpa, amok, alat, alah
[Y] : yenki (biar papa asal bergaya), dan sentiasa [Y]a
[W] : was-was, wasangka, wabak...


hohoho dasat tul makna MELAYU ni...sume ni beliau mahu menggantikan kepada 50 falsafah yg dia utarakan...apekah itu...baca la sendiri..lalala..pepehal pun "TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"






buku ni pulak bukan aku beli. tapi pinjam..ermm ekcelli diberi pinjam n disuruh baca oleh azrin*...secara kasarnya buku ni mengisahkan tauladan2 dan contoh2 yang berguna yang diterapkan oleh hassan al-banna (al-ikhwan) dalam mendidik anak2. Byk contoh berguna macam cara menegur anak2, makan2 bersama2, pecahan duit belanja, amalan membawa bekal ke tempat belajar, ketidaksukaan dia kepada tontonan wayang dsb...al-hamdulillah diharap dengan izinNya aku mendapat sesuatu dari buku ini walaupun aku tak punyai anak malah isteri pun xde lagi
`
`
`
`

bos aku naik pangkat




Tahniah kat bos aku - prof.madya dr. ham*i kerana secara rasminya esok 1 julai 2009, dia dilantik dan memegang kuasa sebagai dekan fakulti bagi fak eng. so lepas ni jgn la jadi dekan yang asik2 mencebikkan muka kat student mcm dekan2 terdahulu...macam la diorang tu terer sangat..hhoho..tapi memang terer pun...aku rasa bos aku tak macam tu...dia suka senyum sampai ke telinga..lepas ni secara logik dek akal fikiran, dia akan sibuk tahap gaban...pepehal kebajikan warga amm* kena ingat mcm kena belanja pisang goreng, belanja burger king, dan lain2 yang dirasakan perlu...anyway solute 2 u...hopefully one day ill become like you...lalalalala
`
`
`
`

baby



ini adalah anak kepada sepupu aku - ijal. Da lama lahir tapi baru sekarang ni baru dapat tengok. nama dia Lia. Sepupu aku ni kawin awal. umurnya tak silap aku dalam 21 or 22 tahun..hoho aku yang lagi tua x kawin2 lagi...
`
`
`

Sunday, June 28, 2009

Al-Fatihah





Michael Joseph Jackson a.k.a Mikaeel (August 29, 1958 – June 25, 2009)

Tasik



Setelah beribadah...mari kita berfoya-foya...haha..xdelah..sementara nak tunggu dinner malam karang...habiskan masa kat tasik uit* ni...nak balik um mcm rugi je...nnt nk patah balik...





sampai2 je...adalah moto yang tak siap terpampang kat sebelah...kita mestilah berfikiran positif..jgn ingt kene curi je...manalah tau tuan punya moto bawak tayar g kedai moto..hoho






hahaha...nampak jalan2 keliling tasik bukan aku sorang je...aku ditemani oleh 2 orang pompoan..kkhokhok...macam playboy plak aku ni...ni ha si azrin* n paa* pun ada gak sebab diorang pun present skali masa conference tadi






Setelah penat berposing2 keliling tasik...masa utk merehat2 lutut aku...so ada restaurant terapung kat situ..singgah jap sambil tgk2 makanan yang MAHAL tak hengat





Udah maghrib...nak kena cepat balik hotel concord*..skrang de banyak syaiton2 yang direjam berkeliaran...karang x pasal kene sorok bawah ketiak diorang..sape yang susah..kucing aku gak yg sedih nnt

masjid shah alam




Setelah bersusah-payah mempresentkan kertas kerja...sudah masuk waktu solat asar...so kalo taknak tuhan marah kena la g solat...destinasi pilihan ===> masjid shah alam....sampai je....macam2 da berubah...maklumlah last time aku singgah sini masa aku darjah 6, sekarang udah darjah 19..khokhkok





Pintu gerbang...orang tengah terhegeh2 nak cepat masuk saf sembahyang...aku sempat lagi amik gambar...hohoo..tau bapak aku...paaaaaang sebijik





Dulu tak silap aku takde esklator (betul ke ejaan aku ni huhu...lantak la janji paham...tapi **~~WINK~~~**udah ada...dulu ada tangga je and lif...hoho





tempat letak air sembahyang pun da bertukar...dulu just tadah je tangan bawah paip..automatik ada sensor akan detect and air air akan keluar dengan serta merta...sekarang aku punya lah tadah..lama gak..tapi tak kuar2...then ada orang kat sebelah dengan selamba bukak kepala pili..then baru keluar air...CISS!! naik cramp tangan aku punya tadah...

Conference




Atas desakan dan tuntutan fardu ain (watdehel)...hehe..aku dikehendaki menghadiri and membentangkan kertas kerja di mana2 conference sebagai syarat untuk lulus master aku.. so last week dengan semangat nak lulus punya pasal, aku berpenat lelah menyiapkan sebuah presentation yang marvelous lagi delicious...sume aku masukkan dari introduction sampailah ke discussion...khokhkok..

Di hari presentation, penat je aku present full result macam present thesis. Rupe2nya conference ni just present progress report sahaja...tujuannya nak mintak pandangan mana2 participants tentang research...mana la tau kalo ada masalah..leh mintak pendapat orang lain...ada yg just present methodology je, ada yg present literature...ada gak yang present just equation yang diorang dpt..kalo cm2 baik aku pecahkan akunya presentation kepada beberapa section...da dpt byk paper dalam one conference...

anyway just a good exposure to me...mcm2 orang research ada..next destination..conference kat uia...hohoho

hadiah dari sabah




Si Azrin* bagi ni hadiah-pelekat hiasan peti ais...huhu..last 2 weeks dia bercuti2 kat sabah lepas balik dari china..ole2 dari sabah...thanks ek

Thursday, June 25, 2009

Pelangi itu





Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

credit to 4ayesha
`
`
`

Simple life



"Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Wahai Tuhanku,
Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu...
Yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku...
Dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai...
Dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku...
Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu...
Dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)

Ya Allah!
Bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan dan
pintu-pintu syurga...
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Ya Allah...
tetapkanlahku dalan agama Islam...


Amin Ya Rabbal 'alamin..."
`
`
`
aku mahu menjadi seperti dia

FEA Training

Lepas training fluent, training fea plak. demonstrator en ami*. so far kelas ni lagi mudah diikuti berbanding fluent sbb dia provide hardcopy step by steps how to modelling. kalo silap boleh remodel dgn rujuk kat hardcopy. kalo kelas fluent, mr fau*un just verbally ajar...takde notes. Software ini digunakan untuk mengkaji displacements, stress, pressure, etc..






Saturday, June 20, 2009

Makan-makan di china



Oleh kerana tuntutan fitrah manusia...perut kena diberi makan...kalo x mula la macam2 muzik akan kedengaran...then oleh kerana da sampai china....muzik yang ada xlain adalah gendang tarian singa..hohoo....

Kedai makan yang kita makan sumanya HALAL...jgn risau...sume muslim restaurant...tapi yang tak bestnya...hampir sume restoran serve lauk-pauk yang sama..hohoho...apalah diorang ni x kreatif langsung...masaklah nasi goreng kampung ke, nasi goreng pattaya ke, mee goreng mamak ke...hohoho


















makan




lauk pauk yang asik sama je setiap tempat makan...banyak sayur dari nasi...





Selalunya mesti diservekan teh cina...huhuu..pahit dowh...sume kedai mesti ada ini teh...da naik loya aku minum...lenkali wat lah teh tarik ke..teh ais limau ke...teh o kosong ke...hohoho





ada satu tempat makan 2..selepas pintu masuk ada tertampal duit satu ringgit malaysia..banyak siut...nak je aku bawak balik

Masjid di Beijing

Kita sebagai umat islam mesti kena sembahyang. kalo x sembahyang tuhan marah menyinga....kat kubur nanti kene siksa...sakit..nanti masuk neraka yang panas...so oleh kerana xnak kena sakit n rasa panas...kitaorang kenalah solat...x sampai 5 minit pun...solat qasar dan jamak di masjid china...





Masjid chinese style...macam pagoda plak huhuhu




Tempat amik air sembahyang. Diorang tak pakai paip air. Tapi guna bekas air macam bekas nak siram pokok bunga. Fuhh payah tul nak pegang bekas air tu sambil amik air sembahyang. The positive way : x berlaku pembaziran




verandah





Pintu masuk




selepas solat, amik gambar ramai2




Mimbar




Tempat sedekah duit..siap ada dayung lagi..wat cucuk duit masuk dalam





Al Quran
`
`
`

Penghayatan Islam



Da lama aku nak update..x sempat2..last time aku n hil*an menghadiri ceramah penghayatan islam secara kaffah...ahli panel2 terdiri dari ex menteri besar perak n byk nama besar lain...oleh kerana da lama x update...aku da lupa nak conclude isi kandungan ceramah ni...

So far ceramah ini berkaitan cara hidup kita sebagai umat islam yang kini sudah bercampur aduk ngan macam2 perisa yang x halal..mix ngan banyak perkara yang boleh sedikit sebanyak menjejaskan akidah kita..disarankan disini islam itu adalah agama yang mudah, tak perlu dicampur2 ngan benda bidaah yang lain..terapkan sahaja islam yang sebenar dalam kehidupan kita. Masa kini oleh kerana negara kita telah diUMN*kan (ahli panel yang cakap...bukan aku k..), negara kita jadi tunggang langgang especially dalam bab2 perkara agama...huhuhu...byk lagi isi dia...try tanya si HIL*AN...dia salin nota...