SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Thursday, July 1, 2010

akhir kata

kita sudahi majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. kata itu selalu kita dengar di akhir suatu program mahupun perjumpaan.

Aku rasa setakat ini sahaja perjalanan blog memo of life ni aka sailormoon-s.blogspot.com. hmm byk respons positif dan kurang positif dari sekelilingku. Niatku hanyalah satu, satu perkongsian kehidupan agar ia tidak luput dari memoriku. Selepas ini tiada lagi post di blog ini. InsyaAllah di blog2 yang private. Biarlah hanya keluargaku yang tahu kisah coretan kehidupan kami.

thanks for everything. jika tersalah bahasa mahupun terkasar kata, mohon diampuni






hehe kami baru je sampai airport KLIA dari Narita Airport. Sume cerita-cerita menarik boleh la didapati di ..........@blogspot.com


assalamualaikum

akaun dunia itu




Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.aw. bersabda, “Ada dua buah kalimat yang ringan di lisan namun berat di dalam timbangan, dan keduanya dicintai oleh Allah iaitu 'Subhanallahi wabihamdih, Suhanallahil ‘azhim’.” (HR. Bukhari dan Muslim)

ting tang




hoho lama sangat-sangat tak mengupdate. tidak berkesempatan sejak beberapa bulan lalu. banyak benda yang berlaku and banyak benda perlu diseleraskan especially perjalanan hidupku. Dahulu every planning cume mengambil kira faktor diriku, tapi sekarang jika merancang apa-apa sahaja perkara, family is my priority

aku pun mungkin tidak stay berada di tempat yang sama. I need to explore more. berkemungkinan beralih kerjaya, ataupun sambung belajar PhD. Dahulu aku terlalu berharap, aku perlu dapatkan PhD. umpama tiada tujuan lain. Syukurlah melalui permuhabahan diri sendiri, sebenarnya banyak lagi benda yang boleh aku capai. Apalah sangat nilai PhD itu jika keluargaku diabaikan, apalah sangat nilai PhD itu jika menjadikan menjadikan hidupku mengikut telunjuk orang, dan apalah sangat nilai PhD itu jika akhirnya aku hanya menjadikan hubunganku dengan Pencipta kurang memuaskan..

Sometime aku terfikir, untuk apa semua ini, adakah dengan adanya title "dr", aku dapat segala-galanya?? perkongsian dengan seorang teman bicaraku ketika kursus BTN yang lalu, katanya nilai PhD ini begitu subjektif. Ada orang menganggapnya puncak segala kejayaan, ada juga orang menganggap nilai PhD itu sebagai suatu alat menaikkan "imej" diri walhal tiada quality value pun di dalamnya, ada juga orang menganggap suatu halangan yang perlu ditempuhi agar TANGGA GAJI meningkat. Tapi pernahkah kita terfikir "kuasa" PhD itu kadangkala memerangkap kehidupan kita??? Tidakkah kita fikir perjalanan mendapatkan PhD itu mampu menjadikan kita insan luar biasa??


Bagiku biarlah setinggi mana PhD seseorang itu, jika ia tidak memberi kredit dalam hunbunganku dengan Allah, x memberi kemanisan hidup berkeluarga, malah menjadikan masa depanku kelam diselaputi kabus, aku sanggup kehilangan PhD itu. Huhu aku lebih menyanjung tinggi orang yang bekerja sebagai pemotong daging di pasar dari orang yang berbangga dengan bekalan hidup PhD, sekurang2nya tanpa PhD dia mampu mengawal kehidupannya dunia akhirat
`
`
`

Tuesday, April 27, 2010

bertukar status




bismillah
lama menyepi sejak dari majlis kahwin.
alhamdulillah majlis di pihak perempuan sudah selesai without any problem
ahad ni, kenduri belah lelaki pula. jemput kawan2 dtg rumah di banting selangor

syukur kepada Allah,
Engkau amanahkan seorang isteri buatku
InsyaAllah, aku berjanji akan menjaganya, menyayanginya dan mencintainya
Engkau berkatilah kehidupan kami
Kurniakan kami zuriat yg soleh solehah
Moga perkahwinan ni mendekatkan kami kepadaMu


p/s:
di hari pernikahan; emak menangis teresak2 lepas lafaz nikahku ..
pesan emak " nuar, Inilah qadar Allah. Emak yakin engkau boleh jadi suami yg baik. jagalah isteri dengan baik spt mana nuar jaga emak..." T____________T

ayah hanya tersenyum. pesan ayah: "nuar, engkau bukan hanya berkahwin dengan dia sahaja. engkau sebenarnya berkahwin dengan keluarganya. ayah harap, engkau jaga family masing2 dengan baik..."

makcik menangis kegembiraan. kata mkck: "nuar, masa nuar nikah td..teringat mkck masa nuar kecik2 dulu, berlari2, bergembira, nakal, suka main2...la ni nuar sudah jadi suami org..makcik nangis ingatkan kisah lama...."(x mampu aku nak teruskan)

pkck2..bibiks2...paman2...kakak sedara..sepupu2...wak2...jiran2 perumahan...malah tok imam tempatku...merapatiku...nasihat yg ikhlas diberikan kpdku...honestly, aku rasa mahu menangis...menangis....menangis masa tu...insyaAllah semua..nuar janji akan jadi suami terbaik wat dia....

atuk n nenek...dua org yg aku sgt2 rapat, n syg...xdpt ikut..hanya mendengar kabar dari telefon..tq atuk for ur doa. im really hargainya. tq atuk n nenek for everythings



seorang kakak berkata kepadaku " nuar..jaga dia, hargai dia, sayangi dia...akak doakan hubungan kamu berkekalan "


tq semua...byk sgt nak diungkapkan. aku doakan rumahtangga yang ku bina kekal kukuh sepanjang hayat. Moga2 tiada sesiapa yang menjadi duri dlm hubungan kami. jauhkan kami dr bahaya fitnah. jauhkan kami dari manusia yang mengganggu gugat kehidupan kami.ini keluargaku..hormatilah..


Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin

Wednesday, April 7, 2010

Walimatururus dan Majlis Kesyukuran

salam. syukur ke hadrat Ilahi perjalanan penuh ranjau selama bergelar pengikat akhirnya sampai ke penghujung. sikit masa lagi ikatan itu akan dibuka dan diganti dengan suatu ikatan yang lebih kukuh dengan izinNya insyaAllah. Anggaplah ia suatu memori untuk dikenang dikala berumur senja. Moga perkahwinan ini menjadikan kami lebih mengingatiNya.

Terima kasih kat orang sekeliling. terima kasih sekali lagi. Honestly, aku tidak mengharapkan hadiah sebesar gajah, cuma doa yang ikhlas dari semua orang. Minggu ni aku amat terharu..amat2 terharu...tak habis doa dan nasihat yangku terima dari sebesar2 pangkat hingga ke adik2 kecil. Aku amat2 menghargainya.




Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyatinaa qurrata a'yunin waj'alnaa lilmuttaqiina imaamaa.

"Ya Rabb kami, berilah kami isteri/suami dan anak-anak keturunan yang menyenangkan hati kami, dan jadikan kami sebagai pemimpin orang-orang yang bertaqwa."


Kawan-kawan online dan offline dijemput hadir memeriahkan majlis kami jika ada kelapangan. insyaAllah tak kena bayar :). Sila lihat lampiran. Need to see ur happy face










Singgah sekejap

salam. huhu lama tak singgah blog ni. hmm sibukkah aku ni? bukan sibuk tapi takde ruang nak berkarya. lately banyak hal keliling pinggang. kadang2 da macam robot pulak aku. tunggu programmer masukkan G codes huhu

pepepun this week akan jadi hari yang amat sibuk. kena transform jadi superman or sailormoon. lepas tu jadi manusia normal balik. ini kerana dengan izin Allah, aku akan bernikah jumaat ini :)


Sunday, March 7, 2010

walimatururus 2




selamat pengantin baru gak kat kawan kampung sebelah ni nur*tur ra**ha. dia kahwin last week. lamax jupa. dulu belajar sama2 b4 aku sambung g sekolah teknik kt kl. semoga bercinta bersama suami hingga akhir hayat

`
`
p/s: xde gambar, so cuuuuurrrrri gambar dr fesbuk. gomen

walimatururus




lupa nak ucap tahniah kepada kawanku sy** a**an n pasangan kerana sudah melangsungkan perkahwinan bulan dua aritu. semoga berbahagia hingga ke syurga
`
`
`

selangor 4 kedah 0

sumber dari kosmo



SELANGOR mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kedah di Stadium Shah Alam malam tadi.

Beraksi di hadapan kira-kira 10,000 penyokong setia, Selangor ternyata memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila berjaya menguasai keseluruhan perlawanan.

Jika tidak kerana ketangkasan penjaga gol Kedah, Mohd. Helmi Eliza Elias, tuan rumah terlebih dahulu sudah boleh berada di depan menerusi percubaan kapten, Mohd. Amri Yahya dan juga Mohd. Hardi Jaafar.

Serangan bertali arus Selangor akhirnya membuahkan hasil apabila Mohd. Safee Sali berjaya membuka tirai jaringan dengan satu sepakan voli menarik dari luar kotak penalti pada minit ke-26.

Tiga minit kemudian, Mohd. Amirul Hadi Zainal terus meletakkan Selangor selesa di hadapan dengan jaringannya setelah menerima lorongan cantik daripada Hardi.

Sebaik babak kedua bersambung, Kedah memperkemaskan jentera serangan mereka apabila dilihat melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Selangor bagi merapatkan jurang gol.

Namun kekentalan barisan pertahanan Selangor yang diketuai oleh Khairul Anuar Baharom berjaya mengekang setiap asakan pasukan pelawat.

Amri terus menambah derita Kedah apabila meledak gol ketiga pada minit ke-60 setelah melakukan lambungan cantik untuk menewaskan Helmi Eliza.

Amirul Hadi sekali lagi meletakkan namanya selaku penjaring apabila menyumbat gol keempat Selangor minit ke-77.

Kemenangan tersebut membolehkan Selangor kekal di tangga teratas liga dengan mengumpul 22 mata.

Skuad Gergasi Merah itu dijadualkan berdepan dengan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, Jumaat ini.
`
`
`

tesis oh tesis




hehehe saje je letak result tesis kat sini..bior aku ingt benda ni wat aku pening kepala lalala
`
`
`

Buang bayi n dera bayi




haaiittt tak pernah2 aku diskuss bab2 isu semasa kat blog ni, tiba2 da tukar angin. huhu bukannya pe sian dowh lately punya berita2 terkini kat paper. Tiap2 pagi aku rasa seram pulak nak tengok muka depan paper har*an m**ro. ada je berita yg mengejutkan. buang bayi ni da menjadi. kan sakit masa beranak tu. apehal la senang2 nk buang baby tu. kalo xnak bagi je kat parent yang nak anak sgt

hmmm banyak tul kes2 buang and dera bayi sampai mati. apekejadahnya ni (huhu macam sama je ngn ayat2 skema satu pengacara tv ni :p). xde keje lain ke nak buat. cuba la tanam pokok kekwa ke, siram bunga ke, jolok buah rambutan ke..ini kasi terajang itu baby. moron sungguh tul si penerajang itu

tak dinafikan punca sume ini datang dari akarnya yang sudah berserabut. kurangnya ilmu juga emosi tak stabil berpunca dari tekanan hidup. terapi diunjurkan x kena gaya dan cara. hasilnya makhluk yang baru bernapas menjadi mangsa.

perasan marah jugak satu hal. yela asik nangis je baby tu. sakit pala. suh senyap degil plak tu. da bagi susu nangis lagi. ni yang hangin membara ni. otak da mula tak rasional..aku tampo kang..silap aribulan aku pukul baby ni. huhu sabor mak incik..ni yang pentingnya sikap sabor. baby tu x paham ckap bahasa lagi. kalo marah tu, cepat2 la g tempat lain. g mandi ke. g jerit kat tempat lain ke..selawat ke atas nabi satu cara gak. aku rasa sikap marah tu memang patut ada tapi biarlah bertempat.
`
`

Warning dari Library




huhuhu masuk kali ni da berapa kali aku dapat notis dari library. huhu depa warning suh pulangkan buku yg aku pinjam last year hohoo. entah berapa byk caj terkumpul agaknya. xpela next week kalo aku x lupa, aku g pulangkan..pemalas tul aku ini
`
`
`

Sepupu baru



Alhamdulillah syukur kepada Allah, last month my mkck dapat 1st baby. baby boy. kalo tak silap namanya Muhammad Mui*nuddin..kene konpemkan balik ngn bapak dia hehe. lahir kat spital putrajaya. skrg ni da balik dok umah nenek




nenek tengah dukung. nak senyum la tu hehe




itulah my mkck. tgh dukung baby dia. haaaishhh sapa la mamat yg pakai beg ni..menyibuk tol
`
`
`

Saturday, March 6, 2010

Melawat Zoo Negara





Last time aku telah mempokaikan duit g beli tiket muzium negara. huhu xde tempat lain aku nak g melawat. xpe la nu*r. yg penting niat ikhlas kerana Allah.

Kesimpulan utama yang aku dapat dari hasil lawatan, tempat ini seswai kepada bebudak sekolah yang asik fail memanjang dalam subjek sejarah. aku rasa xyah baca buku pun leh scor A kalo lawat ini tempat. kalo x dpt gak, memang ada skru tercabut kat kepala budak itu hhuhuu..

so just certain futuss sahaja dibawah. malas dowh nk upload byk2






macam2 bentuk keris masa zaman kesultanan melayu dulu2



surat watikah perlantikan yang di pertuan agong




tengkolok sultan2



barang2 tentera jepun including pedang yg potong kepala orang




wajah-wajah org melayu

`
`

Nippon Class in Memory

huhuhu recall balik memory lama. masa tengah bermuhasabah pada diri, teringat masa kelas bahasa jepun. memang seronok time itu dengar budak2 amatur belajar ABC dlm bahas jepun. aku nk master bahasa ini susah tol. apa yang aku usahakan ini adalah salah satu cara mencari ilmuNya.




memory ketika ujian bertulis bahasa jepun. susah dowh kekkeke. lepas ujian bertulis ni, baru ujian speech. alhamdulillah aku dapat 89% = A




bergambar pada sesi kelas terakhir..sedih dowh sampai ke bulu kaki





huhu orang sibuk dengar speech kat depan, aku leh bercandid2 sblh jos*phine..cis nk kene duku tol mamat ni





Hari penyampaian sijil kepada sapa2 yang berjaya menamatkan kelas bahasa jepun itu. huhu bangga dowh aku. sbbnya sume orang pakai smart cam mr bean tapi aku pakai sempoi-tshirt, jeans, topi n kasut sukan kekeke...mengubah norma2 kehidupan majlis formal..aku ni memang mereng





hahaha speech si af*f...sory bro aku copy n paste kat sini. wat kenangan bro


" hajimenashite
Afif to moshimas
kore wa watashi no ipod desu
iro wa kuroi desu
"cover" no iro ma kuroi desu
watashi wa kuroi ga suki desu
kore wa chiisai no kuroi desu
watashi wa "pocket" to itsumo "simpan"
kore wa "screen" no, "on-off button" no, "jack hole" no, "touch sensitve control" desu (while pointing to the items on the ipod)
kore wa "touch sensitve control", kore wa kantan desu

kono ipod wa omoshirai desu
watashi wa "can" "video" wo miru koto no uta wo kiku koto no "game"-mu wo suru koto desu
hachi gig no "memory" desu
sen wo uta no "boleh simpan"

kono ipod no "generation" wa furoi desu
kore wa san "generation" desu
ipod no go "generation" wa atarashii desu
are wa "has" "camera recording" koto no rajio wo kiku koto desu.

watashi wa katoshino ta ipod wo kotta kato ga arimasen
yoshi desu
hyaku go juu ringgit wo kaimasu
watashi wa ebay wo kara kaimasu
ipod wa "2nd hand" desu

watashi wa shumi wa ipod wo kiku koto desu
mainichi kikimasu
watashi wa ipod no kiku koto "while" unten shimas
uta wa kikimas, tatoita L'arc en ciel, Glay, Morning Musume....heh
"
`
`
`
`

Selamat Menjadi Pengantin kak meen ;)


(sory kak meen, amik gmbr dr blog kakak. sy x sempat nk snap kad yg sy dapat)


Selamat pengantin baru kepada kak meen. Majlis berlangsung kalo x silap next week 15/3 iaitu hari isnin bertempat di kelantan. Moga perkahwinan ini kekal hingga putus nyawa. Saya doakan akak meen bahagia, darul aman, darul makmur, darul ehsan, darul takzim, darul naim, darul ridzuan, darul khusus hhuhuhuhuuhu apekehal ko ni nuar.. amik darul setiap negeri huhuhu...yela setiap negeri tu kan ada nama baik nya lalala









btw congratz :)

~
`
`
`

prof dari kota singa




hoho itu dia gaya seorang prof dari singapuuur. nama dia prof ra*man. dia dtg sini sbb nk bg talk pasal research journal. dia seorang yg sgt baik hati and willing to share. byk gak tips2 leh dapat dari dia. aritu sempat gak borak2 ngn dia b4 dia balik ke negara tempat dia bekerja.
`
`
`

old fren




my old fren- ko*ek. dia rakan sekerja aku dl. skrg keje kat company telecomunication. aritu singgah sat kat opis. jupa bini dia kot sbb bini dia keje kt u ni.

huhu tengok la rambutnya. rebonding sungguh. banyak benda yang aku kagum ngan mamat ni actually. Firstly sifat rileks dia, cara dia bergaul and sikap dia. inshaAllah apa yang baik aku nak sedut macam siput sedut. biar aku gemuk ngn sikap2 baik.
`
`
`

Last coretans sebelum kukuncikan ini blog




huhu sedihku mahu khabarkan...huhu sikit masa lagi kemungkinan besar aku mahu mengkuncikan blog aku T___T. mungkin new blog will be focus on coretan2 buku2 yang aku beli, review ilmu dan maklumat dat buku kat umum bak kate pepatah sharing is caring. orang lain leh dapat manfaat dari buku2. bukan macam blog aku ni. byk sgt merepek dan mengarutnya kekeke. x seswai ngn umur aku yg sudah tua memboyot. kalo mak aku tau ni, maunya kena sound dari dapur


blog ni still ada tapi just nak open kepada sape2 yang bagi aku boleh PERCAYA. nk share my life after dis, nak mengarut2 secara gila2 pun boleh, nak kutuk lebih2, nak membebel tahap dewa dewi. lagi satu nak menjaga maruah dan integriti. kebanyakan coretan berkait rapat dengan situasi sekeliling especially siapa2 yang kenal aku sbb blog ni sgt berkait rapat ngn depa. nk membebel2 lebih2 pun x dpt sbb takut ia jadi berita sensasi lg hangat di opis, cafe, geng2 isap rokok, geng2 potpet2..karang x pasal ada yang mengumpat, mengutuk blablabla..x pasal2 dapat dosa free. lebih tutup blog ni dari depa dari mengundang any speculation. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT


p/s: kepada akak2 n adik2 yg sentiasa memberi nasihat n sokong, jgn segan silu bg email kt sy k. just open for dis emails
`
`
`

Friday, February 26, 2010

selawat ke atas junjungan





selamat hari maulidurrasul. selawat n salam kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Moga kita dikurniakan syafaat di hari kemudian.

Lately banyak benda berlaku pada diriku samada yang baik mahupun buruk. Aku pun sedikit masa lagi melalui proses fasa baru dalam hidup. Sudah tentu memerlukanku melakukan pengorbanan dan berani untuk berubah walau sekecil perkara.


Lately terpana dengan kupasan iluvislam

"Keinginan untuk dilihat sebagai hebat sebenarnya akan mengsengsarakan kita...Nikmatilah hidup merdeka, tidak diperhambakan oleh keinginan dipuji, dihormati atau dilayan istimewa, sebab menjadi orang-orang yang biasa itu sebenarnya nikmat!"


Mengharapkan secebis pujian Allah lebih besar nikmatnya dari mendambakan sejuta pujian makhlukNya.


Memetik kata-kata seorang teman

" Hidup biarlah seperti bintang yang bergemelapan di atas permukaan air. padahal hakikat sebenar ia berada nun jauh di angkasa. Hidup janganlah seperti asap yang membumbung tinggi walhal ia berada di tempat yang rendah"


Wallahualam. Moga Allah memberi keampunan kepadaku




,
,
,

Thursday, February 18, 2010

aku yg tersepit

huhuhu dunia yg tak adil
sakitnya diriku


nape org suka membuat andaian buruk tanpa bertanya empunya badan?
nape org suka menyimpulkan sesuatu tanpa usul periksa?
nape ade org suka bersikap hasad dengki?
nape org suka mensensasikan benda yang x betul?
nape org x suka melihat org lain gembira?
nape org suka mendomba2 lg menghasut2?
nape ada orang suka mengata2 dan mengumpat?


Sedih aku kala ini.
perlukah aku menutup blog?
perlukah aku pergi dari sini?
perlukah aku membawa diri?
perlukah aku berubah semata2 hanya untuk menyedapkan mata mereka memandang?


'Ya Allah ya tuhanku,
Ampunilah segala dosaku dan dosa mereka
Kuatkanlah hatiku,
Lapangkan dadaku
Tenteramkanlah jiwaku
Tenangkanlah perasaanku
Kurniakanlahku kesabaran dan ketahanan fikiran
Hindari diriku dari bahaya fitnah mereka
Hindari diriku dari bahaya tohmahan mereka
Hindari diriku dari bahaya umpatan mereka
Hindari diriku dari bahaya dusta mereka....aku mohon kepadaMu ya Allah


InsyaAllah aku berubah
Aku berubah keranaMu ya Allah
x sesekali berubah demi mereka
Kau bukakanlah mata mereka, Kau bersihkan kekotoran pada hati mereka
,
,
,

kekeke




hehehe...kekeke

siapakah org itu? apehal plak sesat kat sini? aku tgk sekali gambar tu, mula2 rasa nak tergelak sekali. tapi lama2 aku tgk, rasa hangin membara plak.rasa nk cili je molot dia. gambar tu cam gelakkan aku..ciss

nnt aku cite siapa org diatas..malas dowh nak upload futus..aku ni bukannya reporter..huhu
`
`

CNY




Selamat Tahun Baru Cina wat sume orang cina, juga kepada bangsa lain yang taktau malu nak sambut CNY gak. moga2 tahun ni bawak seribu kebahagian wat sume bak kata mcD: double happiness!!




Tahun ni adalah tahun harimau. huhu moga2 org yg bertahun rimau ni gagah berani lg perkasa. jgn plak asik suka menjerit tak tentu pasal sbb rimau kan suka mengaum. pepe pun happy and happy selalu. senyum sampai ke telinga eh

p/s: aku dilahirkan pada tahun binatang yang kena samak. cis watdehello. segan tul kalo orang tanya aku lahir tahun pe.
`
`
`

Saturday, February 6, 2010

buku




lama sangat2 tak update buku yang udah aku baca. buku ni salah satu dari banyak buku yang sudah baca( baca separuh2 ade la).

Di Dunia Ada Syurga - buku yang patut dibaca dan dihayati. buku ni menghimpunkan kisah2 tentang ajaibnya DOA. ada kisah yg betul2 sedih, semua berkaitan ngan doa. x susah pun untuk berdoa. apasalahnya kita bersama2 berdoa kepada Allah walaupun hanya satu minit (tgk doraemon leh setengah jam). insyaAllah ada ganjaran untuk kita


p/s: pernah terbaca suatu bingkisan:-

Jika kita berdoa dan Allah memakbulkan doa kita, itu tandanya Allah sayang and kasih kepada kita.

Jika kita berdoa tetapi Allah lambat untuk memakbulkan doa kita, itu tandanya Allah mahu menguji kita, sejauh mana kita mampu berusaha n x kenal putus asa, insyaAllah ada hikmahnya di kemudian hari.

Jika kita berdoa tetapi Allah tidak memakbulkannya. Itu tandanya Allah mahu menggantikan doa kita dengan suatu yang lebih baik dari itu, suatu yang lebih sempurna dari apa yang kita minta.

jangan berperasangka dengan Allah tetapi rajinlah berdoa kepadaNya
`
`
`

hitam putih kehidupan





horey2, horey lagi sekali. aku sungguh gembira, seronok, suka-suki, ceria, ha pe lg kategori perasan yg cam best. ni ha dpt itu anak kucing. yela kucing aku yg lama udah jadi arwah 2 bulan yg lalu. moga2 dia gembira di alam barzakh.

so anak kucing berwarna putih itu diberi nama SAM...kekeke percaya atau tak nama ni mak aku yg bagi. haishh mak aku ini. letak la nama yg kemelayuan sikit cam aduka ke arjuna ke x pun mustapha (watdehello) huhu

sian dowh kucing itu. mak dia tokmo bela dia. nasib baik kucing hitam itu baru beranak. so ada la susu nak dishare ngn si sam ni. tabik spring kat kucing itam ini yg mempunyai nilai keibuan 1Malaysia. pepehal pun, eko Sam takleh kawen ngn anak2 mak susuan ko ni. mengikut hukum HARAM kawen ngan adik beradik susuan. ingt tu sam.
`
`
`

siapakah itu




ish2 eko ni. x profesional langsung tangkap gambar. ade ke patut amik gambar baju je (dlm hati nk tayang baju lalala)...kepala x masuk dlm pic. huhu.. kasi c++ kat eko.
`
`
`

im back :)




salam n selamat sejahtera semua orang (gaya tgn mcm karam singh). lama dowh tak tulis ini ceritera. sian blog aku ni. nak kena cuci2 kasi ilang suma sawang2.

so today my power rajin melebihi power malas. dpt la conteng sikit. aku biasalah bukannya menghilangkan diri mahupun melenyapkan diri. cume entah tatau huhu. orait, lepas ni kasi update ngn lebih berdedikasi lg ber'1' malaysia (:O apakah?)
`
`
`

Saturday, January 9, 2010

menceriakan kelas yg x ceria

Last week, aku tolong mak aku wat decoration kat kelas dia. yelah kan da nak masuk sesi persekolahan baru. mcm2 dowh aku wat, udah macam pkerja kontrak sekolah





Memula park kete kat depan tiang bendera sekolah. then kuar dgn bangga bawak barang g kelas. huhu da macam ustaz la plak kekeke




memasang ntah ape ntah kat meja. haaaishhhh mak aku ni. warna pink gak dia pilih. udah xde kaler lain ka. orang letak la kaler biru muda ka, biru laut ka, xpun kaler biru air hujan. bior murid2 berotak kaler biru





pasang langsir gak huhuuhu..nasib baik xde murid2 pompuan. kalo x nampak bo**t*t aku yang seksi terjengkit2 pasang langsir




pasang lapik meja. ni wajib..yela budak2 sekolah kan suka vandalisme..diorang x reti nak conteng kat kertas. tu yg kena lapik pakai lapik lantai huhu





ha kali ni aku tgh susun senarai nabi2 yang 25. huhuu...siapakah nabi selepas Nabi ishak? siapakah nabi sebelum Nabi Harun? ermmmm yg aku tau Nabi Muhammad nabi terakhir. tu la dulu xnak belajar elok2, skrg mak tanya balik, berpinau kepala nak ingat huhuu





dinding belakang kelas yg sudah ada risalah2 keagamaan. huhu insap nasuha aku seketika. balik karang wat dosa balik lalala





carta berwarna kuning di atas menunjukkan rasul ulul azmi. apakah dia rasul ulul azmi ya anta? rasul ulul azmi adalah rasul2 yang menerima ujian dan cabaran yang cukup berat ketika menyampaikan risalah dan menyebarkan wahyu Allah. bukan nak kata nabi2 dan rasul2 lain x ada kena ujian, tapi these rasul menerima ujian lebih sikit dari nabi dan rasul lain. ujian yg cukup mencabar dan mencabarkan huhuhu..waaaaah da macam ustaz la plak aku ni

rasul ulul azmi terdiri dari Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad S.A.W. leh la cari kat tenet cerita or info ttg cabaran each rasul





kat atas itu adalah sifat2 yang wajib bagi rasul. apekah dia? 1) Siddik (benar) 2) Amanah (Jujur) 3) Tabligh (menyampaikan) 4) Fatonah (bijaksana).





yang ini ape dia kawan2? ini la dia bahasa arab. huhu nasib baik melekat lagi kat kepala hotak aku walaupun udah dekat 17 tahun aku belajar. bahasa arab kat ye murid2 sekalian, adalah menunjukkan nombor 11 sampai nombor 20.
`
`
`

bibik id*h



malam tu aku tgh berfoya2 lagi berseksi seksa depan tv. tiba2 bibik id*h datang umah. wuuu berdesup aku menutup aurat. yela kan dosa kalo kita membuka2 aurat ni. da lama bibik aku ni x dtg umah. last time masa dia singgah umah kitaorg, aku masih lg belajar degree huhu. ada masalah perselisihan paham. btw aku tabik wat sume org, walaupun kadang kala kita bergaduh, jgn la bermasam muka n x bertegur sapa secara berpanjangan. aku x salahkan sape2. tp kan huduh lagi buruk kalo gaduh lama2. bermaafan2 dapat pahala bukannya MENJATUHKAN AIR MUKA. alhamdulillah keadaan da kembali jernih






cupcakes yg dihadiahkan kat kitaorang sempena si adik kembar aku nak bertunang esok. cake ni anak dia wat, siap ada bintang2 yg berwarna warni. ala cantik mana pun masuk kat perut n lepas tu jadi bahan perkumuhan (ceh guna perkataan lembut) gak. secara kasarnya jadi tahi yg busuk kekeke
`
`
`