SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Tuesday, April 27, 2010

bertukar status




bismillah
lama menyepi sejak dari majlis kahwin.
alhamdulillah majlis di pihak perempuan sudah selesai without any problem
ahad ni, kenduri belah lelaki pula. jemput kawan2 dtg rumah di banting selangor

syukur kepada Allah,
Engkau amanahkan seorang isteri buatku
InsyaAllah, aku berjanji akan menjaganya, menyayanginya dan mencintainya
Engkau berkatilah kehidupan kami
Kurniakan kami zuriat yg soleh solehah
Moga perkahwinan ni mendekatkan kami kepadaMu


p/s:
di hari pernikahan; emak menangis teresak2 lepas lafaz nikahku ..
pesan emak " nuar, Inilah qadar Allah. Emak yakin engkau boleh jadi suami yg baik. jagalah isteri dengan baik spt mana nuar jaga emak..." T____________T

ayah hanya tersenyum. pesan ayah: "nuar, engkau bukan hanya berkahwin dengan dia sahaja. engkau sebenarnya berkahwin dengan keluarganya. ayah harap, engkau jaga family masing2 dengan baik..."

makcik menangis kegembiraan. kata mkck: "nuar, masa nuar nikah td..teringat mkck masa nuar kecik2 dulu, berlari2, bergembira, nakal, suka main2...la ni nuar sudah jadi suami org..makcik nangis ingatkan kisah lama...."(x mampu aku nak teruskan)

pkck2..bibiks2...paman2...kakak sedara..sepupu2...wak2...jiran2 perumahan...malah tok imam tempatku...merapatiku...nasihat yg ikhlas diberikan kpdku...honestly, aku rasa mahu menangis...menangis....menangis masa tu...insyaAllah semua..nuar janji akan jadi suami terbaik wat dia....

atuk n nenek...dua org yg aku sgt2 rapat, n syg...xdpt ikut..hanya mendengar kabar dari telefon..tq atuk for ur doa. im really hargainya. tq atuk n nenek for everythings



seorang kakak berkata kepadaku " nuar..jaga dia, hargai dia, sayangi dia...akak doakan hubungan kamu berkekalan "


tq semua...byk sgt nak diungkapkan. aku doakan rumahtangga yang ku bina kekal kukuh sepanjang hayat. Moga2 tiada sesiapa yang menjadi duri dlm hubungan kami. jauhkan kami dr bahaya fitnah. jauhkan kami dari manusia yang mengganggu gugat kehidupan kami.ini keluargaku..hormatilah..


Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin

Wednesday, April 7, 2010

Walimatururus dan Majlis Kesyukuran

salam. syukur ke hadrat Ilahi perjalanan penuh ranjau selama bergelar pengikat akhirnya sampai ke penghujung. sikit masa lagi ikatan itu akan dibuka dan diganti dengan suatu ikatan yang lebih kukuh dengan izinNya insyaAllah. Anggaplah ia suatu memori untuk dikenang dikala berumur senja. Moga perkahwinan ini menjadikan kami lebih mengingatiNya.

Terima kasih kat orang sekeliling. terima kasih sekali lagi. Honestly, aku tidak mengharapkan hadiah sebesar gajah, cuma doa yang ikhlas dari semua orang. Minggu ni aku amat terharu..amat2 terharu...tak habis doa dan nasihat yangku terima dari sebesar2 pangkat hingga ke adik2 kecil. Aku amat2 menghargainya.




Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyatinaa qurrata a'yunin waj'alnaa lilmuttaqiina imaamaa.

"Ya Rabb kami, berilah kami isteri/suami dan anak-anak keturunan yang menyenangkan hati kami, dan jadikan kami sebagai pemimpin orang-orang yang bertaqwa."


Kawan-kawan online dan offline dijemput hadir memeriahkan majlis kami jika ada kelapangan. insyaAllah tak kena bayar :). Sila lihat lampiran. Need to see ur happy face










Singgah sekejap

salam. huhu lama tak singgah blog ni. hmm sibukkah aku ni? bukan sibuk tapi takde ruang nak berkarya. lately banyak hal keliling pinggang. kadang2 da macam robot pulak aku. tunggu programmer masukkan G codes huhu

pepepun this week akan jadi hari yang amat sibuk. kena transform jadi superman or sailormoon. lepas tu jadi manusia normal balik. ini kerana dengan izin Allah, aku akan bernikah jumaat ini :)