SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Walimatururus dan Majlis Kesyukuran

salam. syukur ke hadrat Ilahi perjalanan penuh ranjau selama bergelar pengikat akhirnya sampai ke penghujung. sikit masa lagi ikatan itu akan dibuka dan diganti dengan suatu ikatan yang lebih kukuh dengan izinNya insyaAllah. Anggaplah ia suatu memori untuk dikenang dikala berumur senja. Moga perkahwinan ini menjadikan kami lebih mengingatiNya.

Terima kasih kat orang sekeliling. terima kasih sekali lagi. Honestly, aku tidak mengharapkan hadiah sebesar gajah, cuma doa yang ikhlas dari semua orang. Minggu ni aku amat terharu..amat2 terharu...tak habis doa dan nasihat yangku terima dari sebesar2 pangkat hingga ke adik2 kecil. Aku amat2 menghargainya.




Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyatinaa qurrata a'yunin waj'alnaa lilmuttaqiina imaamaa.

"Ya Rabb kami, berilah kami isteri/suami dan anak-anak keturunan yang menyenangkan hati kami, dan jadikan kami sebagai pemimpin orang-orang yang bertaqwa."


Kawan-kawan online dan offline dijemput hadir memeriahkan majlis kami jika ada kelapangan. insyaAllah tak kena bayar :). Sila lihat lampiran. Need to see ur happy face










Saturday, January 9, 2010

bibik id*h



malam tu aku tgh berfoya2 lagi berseksi seksa depan tv. tiba2 bibik id*h datang umah. wuuu berdesup aku menutup aurat. yela kan dosa kalo kita membuka2 aurat ni. da lama bibik aku ni x dtg umah. last time masa dia singgah umah kitaorg, aku masih lg belajar degree huhu. ada masalah perselisihan paham. btw aku tabik wat sume org, walaupun kadang kala kita bergaduh, jgn la bermasam muka n x bertegur sapa secara berpanjangan. aku x salahkan sape2. tp kan huduh lagi buruk kalo gaduh lama2. bermaafan2 dapat pahala bukannya MENJATUHKAN AIR MUKA. alhamdulillah keadaan da kembali jernih






cupcakes yg dihadiahkan kat kitaorang sempena si adik kembar aku nak bertunang esok. cake ni anak dia wat, siap ada bintang2 yg berwarna warni. ala cantik mana pun masuk kat perut n lepas tu jadi bahan perkumuhan (ceh guna perkataan lembut) gak. secara kasarnya jadi tahi yg busuk kekeke
`
`
`

Friday, January 8, 2010

makan perpisahan



smlm tghari dpat ym..nak makan-makan kat luar um. Makan2 ni sempena hari bersara wat di*i kat center ni. dia dapt kerja gov kat p.latihan vokasional as product design trainer. Bonus, dia dpt keje kat penang, dekat ngn umah dia.

Actually, ini makan2 antara ra's shj. yg officialnye arini. So as conclusion, gud luk n success slalu

*p/s: hutang piutang kira halal eh hehe
'
'

Saturday, December 5, 2009

mari kita bersedekah kepada makhluk Allah

ptg tu, lepas g byar duit moto, booking kete (aik tak booking lagi?)..ayah ajak wat sedekah. wahhh adakah kita mahu g umah anak2 yatim? then kitaorng singgah beli buah rambutan, buah pisang, and roti.. wahhh lagi, skrang ni trend org bagi sedekah bg buah pisang, buah rambutan or roti kaa? konpius aku. then drive terus g pantai morib. wahhh kali ketiga, org yg nak kena sedekah ni suka mandi mandi di pantai morib?

cis, cis cis..mati2 aku ingat nak sedekah kat umah anak yatim, rupanya nak bagi makan si monyet2 terbiar. sian dowh aku tgk diorang ni, terpinggir. byk pembangunan kat sini, pokok2 ditebang, last2 diorang tak de umah. sudah tentu diorang xde makanan. dimanakah pusat aduan kebajikan diorang ni? wakil2 rakyat sila tampil ke hadapan. jangan asik terima makanan bawah meja jaa






sesi-sesi sukaneka. sukan campak mencampak, then ada yang menyambut, then lastly ngaaap masuk molot...huhuu bukan senang dowh nak tgk sukan berprestij ni. antara calon-calon juadah yang menjadi pilihan - pisang+roti+ rambutan. alaaa ko campak je macam2 diorang mesti makan punya la. ni la dia sikap yang baik yang patut kita contohi dari monyet2 iaitu bersyukur apa yang ada. makanan tu sedap ke x sedap, bantai je makan. x memilih langsung. adakah manusia macam itu sekarang ini? kuasa memilih melebihi kuasa bersyukur huhuhu





aku letih la plak nak kuar kereta. gejala penat tak sudah (eleh cakap je ko takut ngn monyet2 ituuu hahahahaha). yela banyak dowh monyet2..nnt diorang menodai aku..sapa yang susah...k8ram si8gh w8liah gak yg kena wat repot sensasi. dia plak yg dpt nama, bukannya aku pun

Wednesday, December 2, 2009

raya yg dpt daging free



Huhu raya haji ni, x g mana2 pun. Just g umah nenek n atuk ygku sayangi. Erm rasa tenang+sukasuki+ rasa nak peluk depa pun de gak khokhok bila tgk muka depa tersenyum gumbira. nak je borak panjang tp apakan daya, aku ni dok pandai berbahasa jawa. Ngn nenek leh la sikit2 sbb nenek pandai ckp bahasa melayu ckp 2 tapi ngn atuk, aku perlukan emak or bibik2 sbgai penterjemah professional. Sian aku kan.

Time ni (look at de pic) masing2 tengah berebut cup cake yg bibik ro*i buat. Erm leh tahan gak la tapi memang xleh lawan kesedapan kek yg aku wat (eleh eko ni n*a penah wat ke kek cawan ni). Lalala. Xpe one day aku wat special bg bini aku makan

Pepepun, i need their 'happiness' to make make feel happy :). Soklan cepumas pada hari ini: wat is the meaning of teruterubuzou(betul ka ejaan ni)?
'
'
'

Sunday, November 8, 2009

Ba*ri datang melawat



masa sabtu lepas, masa aku sedang membelek buku, si ba*ri kol. dia de kat deng*il. so alang2 da dekat aku suh dia singgah umah aku. ajak sekali makan tghari. si ba*ri ni ada keje kat paya indah. keje2 palap*s dia. lama dowh x jupa dia. btw si ba*ri ni la satu2nya kawan baik+rapat aku sejak dari matrik...keke teringat dia cite pasal kelas bahasa inggeris. dia ckp english terengganu kakakaka





huhu langkah kanan si ba*ri nih..ckp nak dtg umah je..berdesup my mum masakkan makan tghari..nasib baik si ba*ri ni x memilih makanan. dia bedal pe je yang ada. mak masak tempoyak udang, ikan goreng, pucuk ubi rebus n masak lemak pe ntah. sume dia sapu keke.

ayah pun ckap kalo de kawan2 nk singggah umah, jgn malu2. bgtau je karang konpem da makan free. cis tak pasal2 lepas ni satu um datang umah aku keke
`
`
`

Majlis merisik akunyer



Sabda Rasulullah swt
Maksudnya: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.



Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya

sumber)


alhamdulillah dengan izinnya, satu permulaan dari perjalanan yang panjang untuk berumah tangga sudah pun dilakukan iaitu majlis merisik. Majlis ni dengan erti kata lain seperti yang tertera diatas (malas aku nk eksplen satu2). so lepas ni tinggal tunang n kawin...tak sabarnya aku nih..

hahaha manusia yg baca entry ini sudah kena sihir seketika..kah kah kah...majlis risik ni bukan untuk aku tapi untuk adik kembar aku..hohoho...aku tak tipu la eh cuma ayat tajuk entry tak abis lagi ("Majlis merisik akunyer adik") keke. malas nk letak dot3.

so tadi diorang g merisik ngn jayanya tanpa kehadiran aku dan adik kembar aku. disebabkan adik aku x g, aku pun x g la. giler pe aku nak ikut, karang orang2 di sana ckp aku ni bakal menantu diorang plak..ke tak naya tu.

ingat nak letak gambar diorang tapi aku rasa tak perlu la sbb karang tokmo orang ckp yg bukan2 plak. yela manusia ni kan suka ckp benda2 buruk dari benda2 yang baik walaupun benda tu udah baik dan sempurna. manusia la kan...tak lepas dari kesalahan. harap2 masing2 menyedari dan menginsafi diri masing2 huhuu...macam aku ni udah insap (ya ka nu*r? bila kali terakhir ko tobat nasuha?)





gifts yg nak di bagi. selain cincin, ada bawak sikit cenderamata/hati. yola orang sana udah wat masak2 sedap, kita just bawak cincin, tak sedap ati la. tadi masa balik dari beli barang kt kl, cepat2 my adik-adik bungkus hadiah sbb nak pegi lepas isyak.. apepun tahniah wat adik aku sbb udah mengikat sebelah jari pompuan yg dia nk kawen. satu lg jari (tunang) akan menyusul kemudian. Aku..bila pulak? huhu
`
`
`

jamuan perpisahan



huhu akhirnya kawan aku si ma*di (berbaju putih) udah berhenti kerja. dia dpt keje wat nuklear bom. aku harap ko jgn la jd militan yang dikehendaki oleh interpol mahupun si PBB. Karang tak pasal2 aku rasa bangga hingga hidung kembang kempis. yela kawan aku ni militan yg dikehendaki ramai..sape yang x bangga lagi terharu biru

so, as a fren, aku doakan ko berjaya di masa hadapan. semoga ko mendapat apa yg ko cita-citakan. cuma aku terkilan 2 benda ja. satu ko x belanja lagi aku victoria station. satu lagi, aku rasa terkilan dan sedih sebab abang2 beca (mr B n mr SP) lum puas membuli eko. aku pun lum puas tgk ko jadi pencacai pak2 iran itu kekeke..watdehel aku ni..x baik dowh ckp cam 2..nu*r minta maaf cepat!!!





Juadah-juadah di pagi hari. calon2nya adalah nasi lemak ngn ayam rendang, cengkodok pisang (ye ke namanya camni). satu lg kueh pe ntah aku lupa. air plak air tipikal utk sarapan, sape lagi kalo bukan encik teh or encik kopi (kalo x silap la)





En f*dil wakil group memberi kata2 akhir (ni kata-kata terakhir ka kata-kata amaran..conpius)kepada si ma*di nih. then lepas dia bg ucapan, dia leh suh aku baca doa makan. nasib baik masa tu otak aku udah kembali ke titik origin. karang tak pasal2 aku baca doa qunut. xpe la baca doa makan je, kalo disuruh baca doa penutup ke doa menghalau si syaitan yg direjam ka, mau aku menggigil lutut nk doa kekeke






manusia-manusia yang akan melahapkan makanan yang ada. biasa la kalo pasal makan2 ni sapa yang tak suka. lg pun da lama x wat makan2 kt dalam opis. tapi yang pasti effect yang jelas, nyata dan terang (macam bacaan izhar halqi plak), lepas jamuan konpem satu bilik berbau khokhok. time ni kalo nak kentut pun jangan risau punya. pasai bau makanan lagi kuat dari bau gas beracun itu
`
`
`

Friday, November 6, 2009

jenjalan



ahad lepas, my fmily n i g melaka. singgah PD(dulu kecik2 terpinga2 benda alah apa PD ni) jap. x mandi pun sbb air laut sekarang kan mengandungi bahan2 yang merbahayakan tubuh badan. so tokmo la ke kancah kebinasaan (watdehel pe yg aku merepek ni). jupe my cousin n my uncle & aunty. si budak comel-sarah pun ada. mahu tarik lor dia punya pipi tp time ni dia tgh xde mood. so tunggu la nnt bila sampai melaka. masa ni tgh makan2 kat kedai makan (yela abis makan kat mana lagi..xkan makan kat kedai papan kot)




si sarah yg asik melekat dari tadi ngn nenek dia. cis nak dokong pun payah. takpe sarah tunggu la nnt. aku rasuah ngn gula2 besar punya. masa 2 konpem mau dekat sama aku kekeke..cis aku sudah mengamalkan rasuah. masyaAllah bawak mngucap nu*r. itu sikap org masuk neraka huhu






si sarah, makhluk yg comel lote tu dpangku oleh ayah aku. ooo da jd kamcing ke hehe. td bukan jual mahal lagi ka...biasa la tu. sikit2 jd friendly





ko ni n*a. x senonoh tul. kat umah org leh main anak patung. cis hilang sifat kejantanan ko nih keke. eleh pe salahnya aku main anak patung. si patung ni x mengajak aku berbuat maksiat. cuma membuatkan ku jadi lagho..tul x sarah?
`
`
`

Monday, October 26, 2009

Lunche pizze hutte




harini mak aku terbangun lambat. tak sempat siapkan bekal aku. aku pulak harini pun sama terbangun lambat dari normal. so xde la dengar bunyi kuali2 kat dapur..biase la aku lom expert..bunyi sumbang. jadi lunch arini beli piza. watdehel makanan orang barat juga aku pilih huhuhu..tak bersikap 1 Malaysia tul aku ni hahaha
`
`
`

Melantak donut




Last time masa g shopping, blanja my family itu donut..cantik siut donut2 ni tersusun..kalerful org kata..syg nak makan tapi hehe ada satu donut tu da kene geget oleh adik kembar aku
`
`
`
`

Friday, October 9, 2009

kahw*n




semalam aku dapat kad kawin. Kawn sekolah rendah kawin. Satu kad yang x cun, satu lagi yg huduh. kad yg cantik biase la bg kat member2. yang huduh dapat kat orang lain.

Nama betol dia Sya*siah..tapi kitaorg dr kecik lagi panggil dia champ kekeke. Mak n ayah aku pun panggil nama sama. Aku tatau dia keje pe skrg walaupun duduk satu jalan ngn umah aku huhu. aku dulu ms kcik just rapat kejap ngn adik laki dia. La ni tatau dia wat pe. Xpenah jupa da huhu. Btw selamat menjadi pengantin. nnt tip2 mlm pertama jgn lupa share ngn aku
`
`
`

Monday, October 5, 2009

my first bento

Setelah aku membuat kajian dengan terperinci, aku dapati makanan kat kedai kurang berkhasiat, xde protein dan kalsium, xde vitamin E, kurang garam mineral, kurang asid sulfurik, so aku mengambil pendekatan drastik dengan membawa bento sbgai makanan tgahari. Yela untuk menjamin diri aku kekal sihat, bertenaga dan mengekal bentuk badan unggul huhu.

khohoho hari ni hari pertama aku membawa bento(watdehel-bento ada seni lipatan kain). Ni ha aku bawak bekal ke opis. Smlm ckp ngn mak, nak bawak bekal macam masa2 sekolah dulu. Then mak ckp "eh tak malu ke ngn kawan2 opis, bawak bekal". Aku ckp la wat pe nak malu. Biar la diorang memandang dengan senyuman sinis. watpe nak dimalunya. eleh sebenarnya diorang jeles 2 sbb diorang x bawak bekal yg disediakan oleh bini2 n mak2 diorang...huhu jahatnya aku..kekeke

Bekal utuk hari ni, nasi goreng perencah adabi, telur cincau kuning, n telur itik yg sudah jadi masin yg amat

Saturday, September 26, 2009

Candid2 hari raya



Yeah akhirnya dapat beraya umah wak sa*nah. hoho asik tertangguh je nak g umah dia. sian dia..tahun ni tahun pertama dia beraya tanpa cucu kesayangan-Nab*l..huhu sedih dowh. Aku da belikan kain pelekat kat Mat L*na, husband dia. Untuk wak sa*nah, aku belikan kain batik nak bagi dia tapi mak aku kata aku tersilap beli...terbeli kain muda mudi hohoho..Jadi sebagai ganti aku bagi duit raya




G beraya umah bibik L*s. Dia ni bukan bibik aku tapi bibik kepada mak aku. husband dia tak sempat aku amik gambar. Family aku n family bibik l*s kalo borak..masyaAllah..aku tak paham satu benda pun...cakap bahasa jawa pekat...aku mana la reti sangat...dengor je lor




Beraya umah Paman Tah*r n bibik roz*. Diorang ada wat makan2. Tapi aku tak makan pun. Family aku je yang makan. Perut aku udah penuh makan kedai tadi. Tu la lenkali jgn singgah mana2. kan da melepas makanan yang sedap2. Aku dok terbongkang ulangkaji soklan PMR ngan anak diaorang yg sulong sbb 2 minggu lepas raya, da exam. chaiok!!





Pegi beraya S.Alam pulak. Singgah umah pak uteh aku. hoho..kalo orang luar tgk dia conpem pkir dia ni garang n bengis..tengok la rupa dia...tapi dia sangat2 baik orangnya. Bila kitaorang call nak datang umah dia, terus dia sendiri masak mee goreng




Beraya umah paman L*n. Umah dia satu perumahan ngan umah pak uteh. Diorang baru balik dari penang. Anak dia agak rapat ngn aku, si J*a. Dia ni kalo jupa je, mesti tanye bila nak tunjuk bakal bini huhuhu..Dia selalu outstation sbb join j*m heb*h




Kak Y*n and family datang umah beraya. Kak Y*an ni anak wak sae*ah, mak angkat my sis. Siap bawak anak2 dia yang 2 orang 2 dengan anak sedara. Fuh ligat bebudak2 ni. Riuh umah aku. Anak2 diorang kenal ngn my family sbb dulu diorang penah dok satu perumahan ngn umah aku.




Jiran2 yang prihatin hahaha datang beraya umah. Siap bawak anak menantu lagi tu khokhok..Masa aku tengah sambut diorang dkt pintu, menantu diaorang tergamam tengok umah aku huhu...mgkn ini first time kot datang umah





Pak Usu and family datang beraya umah. Pak usu ni adik kepada ayah aku. Anak2 dia pun ada yang kembar cam aku




Keluarga adik beradik atuk pun datang umah. Tak rapat sangat ngan diorang. Just tegur gitu2 je.






Bibik An*s dan anak dia. Dia datang ngan family masa raya ketiga. Jarang jupa dia. Siap tanya soklan hotz huhuhu. Ramah orangnya. Anak2 dia udah dekat 5 org. Yang tua tingkatan 3. Dia la yang asik bising haha..dia kata aku ni asik belajar2 je...bila nak kawin ni...khokkhok...orang sana dengar tue...bibik udah tye ni hehe




Mar*a and anak dia si sarah. Sepupu yang datang jauh dari melaka. Dia ni anak kepada abang ayah aku. Aku ngn dia ni memang rapat sejak kecik lagi. adik beradik dia pun aku agak rapat. Jarang dapat jupa dia. Dok melaka katakan




Si sarah yang takut ngan aku. Macam la aku nak makan dia hehe. Asal nak pegang dia, terus jadi histeria haha. Mungkin lom penah jupa kot. Dulu masa aku jupa dia, time 2 dia baby lagi. Lama2, akhirnya dia udah tak takut ngn aku yeye. Siap pegang tangan aku lagi. Mak dia kata, mula2 memang takut, lama2 ok la 2





My kazen - Safi*ah dan husband. Dia ni anak kepada adik mak aku. Kiranya cucu yang first kawin. Hait sudah potong jalan nampak. Aku si cucu paling sulong x kawin lagi ni hehe. Sekarang dia tengah mengandung anak pertama. InsyaAllah bulan 12 lahir anak. All the best
`
`
`
`

Makan2 bersama nenek

Malam tu, ayah ajak makan kat luar. Ajak sekali nenek, atuk n bibik aku. Tapi atuk taknak g. Nenek kata tak selera nak makan. Pegi 2 kete je. Makan kat kedai makan dekat ngan airpot





Ni la nenek aku...cun siut nenek aku pakai tudung ni. susah tol nak tangkap gambar depan2. malu huhuhu





Air kelapa kat kedai ni memang sedap...aku just minum airnya je...isi dalam udah tak larat nak makan. yang tukang abiskan hehe mak aku. Ye la tadi udah melantak nasi ayam berani n sotong goreng
`
`
`

Wednesday, September 23, 2009

Raya ke-2



hohoho rupa2nya mak aku letak bekas kueh raya atas bakul 2...jgn main2 weh kah kah...cool tul mak aku ni...mcam nak wat hantaran kawin lak laalalaa




Bibik Murni and family datang umah....diorang da call awal2...so leh lah mak aku masakkan sekali makanan tengah hari...nanti leh makan ramai2




Family Pak Uteh datang beraya umah...bawak sekali anak and menantu dia...lepas beraya makan ramai2




Lepas pak uteh n family raya umah aku, then kitaorang follow g beraya umah mak long...aku memang jarang datang umah dia...anak dia pun kadang2 je jupa huhuhu..selamat hari raya mak long...becok molot dia ni kah kah kah





apis, anak mak uda pun ada kat umah mak long...lama tak jupa dia...jupa dia aritu masa dekat kubur...dia n adik dia ziarah kubur mak n ayah dia..raya ni dia kene keje huhuhu





Singgah umah pak lang...ada wat makan2...pak uteh pun ikut sekali...sampai je sana, family ep* and belah mak ngah pun sampai...pak lang aku tau sume orang berasap kepedasan makan tempoyak udang...so dia bawak jag air kasi tuang kat cawan2 tiap2 orang hahha...siap bawak asam bior kasi hilang pedas 2...lepas tu gelakkan kitaorang sbb muka masing2 merah berapi hahaha..siut jew haha




hohoho..ini makanan la yang aku akan ingat sampai bila2....mak lang aku masak tempoyak cili padi, paru, kari ayam dll....aku conpem chop yang tempoyak 2...melantak la aku makan....tapi masyaAllah wa cakap lu....dia punya kepedasan udah tahap dewa dewi....kalo bagi rate la antara 1 dan 10, aku leh bagi 10. Pedas yang amat. Pedasnya, kalo minum satu gelas air sejuk conpem tak ilang. Lidah rasa macam nak terbakar..so ada la nak dekat 10-15 gelas air untuk 5-6 suap nasi...itu pun kena lagi makan asam2 yang leh ilangkan pedas....aku ingat aku sorang je yang terkulat2 kepedasan, rupanya mak aku, mak uteh, mak uda belah mak ngah, keluarga ep*, anak mak uteh sumanya kepedasan...mak aku yang tahan pedas pun, minum air ntah berapa gelas...pak uteh jangan cakap la...tgk da macam mandi pulak dia...mandi peluh hahahaha






Yang pakai baju ijau tu, itulah mak lang aku. Baik orangnya. Anak dia tua setahun dari aku. Dengar cite, tahun depan nak kawin. Jgn dibuat masak cili padi 2...karang lari orang bandar yg dtg umah, tak tahan pedas...orang kampung biasa la steady hehehe




Masa perjalanan balik umah pak lang, kitaorang akan lalu umah haji Si*ek...ala yang anak2 dia jadi pemain badminton negara...tugu masa menang piala tho*as tahun 1992 pun masih ada lagi




Ni la dia Pak Uda n mak uda aku...Masa raya kat umah dia ni, anak2 dia xde. Suma da kuar beraya. Yang tinggal anak dia yg second last, Kak I*a. Lama kat umah dia ni. Soklan sensitip jangan cakap la...ada je yg nak ditembaknya...huhuhu




Lepas tu kitaorang beraya umah Wak Jon*. Umah dia wajib singgah.. Tua da orang ni...Rajin bercerita....dulu masa kecik2 kalo tak main kat umah mak ngah, kadang2 main kat umah dia. Rajin belanja aiskrim kat kitaorang. Lagi satu umah dia ni ada pokok buah limau bali..huhuhu time buah tengah masak, memang aku kena dtg umah...makan buah tu sampai naik muak...esok2 nampak je rupa buah 2 rasa nak termuntah kah kah kah




Masa raya umah wak jon*, nampak ustazah, rakan sekerja mak aku datang beraya...huhuhu seingat aku dulu masa aku sekolah agama, dia la kot yang jaga periksa kat sekolah agama aku...




Beraya gak umah pakcik um*r...kat sebelah umah wak jon* je...kejap je kat umah dia sbb nak g singgah umah mak ngah jap nnt...takut tak sempat





Lepas balik beraya, balik umah je, berdesup jiran2 yang datang beraya...rajin dia sefamily datang umah...every year mesti datang...




Sepupu belah Pak Uda datang beraya....satu family datang tu dari banting...anaknya jgn ckp...ramai dowh..tapi takut aku nak borak ngn anak2 dia sebabnya masing2 punya cara cakap...bagi aku agak kasar....kalo org luar conpem ingt cara diorang bckap macam nak bergaduh....huhuhu





Sedara belah mak ngah (see pic)...fuh riuh umah aku...pasalnya anak nak dekat sedozen...mak diorang ni lembut sgt2...jalan pun slow motion....aku siap tanya mak aku...sakit ke mak diorang ni...mak aku ckp takde la..memang macam tu cara dia...tiba2 aku plak terpkir...kalo aku da anak sedozen, cmner aku handle eh...suh suma masuk askar lalala


Byk dowh yg datang umah...ni pun aku snap gambar yang termampu...orang lain beraya kat umah org...aku beraya kat umah sendiri huhuhu...ape pun esok beraya lagi kat umah....



Kesimpulan: sama macam kesimpulan previous post lalalala
`
`
`
`