SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS
Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Wednesday, April 7, 2010

Walimatururus dan Majlis Kesyukuran

salam. syukur ke hadrat Ilahi perjalanan penuh ranjau selama bergelar pengikat akhirnya sampai ke penghujung. sikit masa lagi ikatan itu akan dibuka dan diganti dengan suatu ikatan yang lebih kukuh dengan izinNya insyaAllah. Anggaplah ia suatu memori untuk dikenang dikala berumur senja. Moga perkahwinan ini menjadikan kami lebih mengingatiNya.

Terima kasih kat orang sekeliling. terima kasih sekali lagi. Honestly, aku tidak mengharapkan hadiah sebesar gajah, cuma doa yang ikhlas dari semua orang. Minggu ni aku amat terharu..amat2 terharu...tak habis doa dan nasihat yangku terima dari sebesar2 pangkat hingga ke adik2 kecil. Aku amat2 menghargainya.




Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyatinaa qurrata a'yunin waj'alnaa lilmuttaqiina imaamaa.

"Ya Rabb kami, berilah kami isteri/suami dan anak-anak keturunan yang menyenangkan hati kami, dan jadikan kami sebagai pemimpin orang-orang yang bertaqwa."


Kawan-kawan online dan offline dijemput hadir memeriahkan majlis kami jika ada kelapangan. insyaAllah tak kena bayar :). Sila lihat lampiran. Need to see ur happy face










Saturday, January 9, 2010

menceriakan kelas yg x ceria

Last week, aku tolong mak aku wat decoration kat kelas dia. yelah kan da nak masuk sesi persekolahan baru. mcm2 dowh aku wat, udah macam pkerja kontrak sekolah





Memula park kete kat depan tiang bendera sekolah. then kuar dgn bangga bawak barang g kelas. huhu da macam ustaz la plak kekeke




memasang ntah ape ntah kat meja. haaaishhhh mak aku ni. warna pink gak dia pilih. udah xde kaler lain ka. orang letak la kaler biru muda ka, biru laut ka, xpun kaler biru air hujan. bior murid2 berotak kaler biru





pasang langsir gak huhuuhu..nasib baik xde murid2 pompuan. kalo x nampak bo**t*t aku yang seksi terjengkit2 pasang langsir




pasang lapik meja. ni wajib..yela budak2 sekolah kan suka vandalisme..diorang x reti nak conteng kat kertas. tu yg kena lapik pakai lapik lantai huhu





ha kali ni aku tgh susun senarai nabi2 yang 25. huhuu...siapakah nabi selepas Nabi ishak? siapakah nabi sebelum Nabi Harun? ermmmm yg aku tau Nabi Muhammad nabi terakhir. tu la dulu xnak belajar elok2, skrg mak tanya balik, berpinau kepala nak ingat huhuu





dinding belakang kelas yg sudah ada risalah2 keagamaan. huhu insap nasuha aku seketika. balik karang wat dosa balik lalala





carta berwarna kuning di atas menunjukkan rasul ulul azmi. apakah dia rasul ulul azmi ya anta? rasul ulul azmi adalah rasul2 yang menerima ujian dan cabaran yang cukup berat ketika menyampaikan risalah dan menyebarkan wahyu Allah. bukan nak kata nabi2 dan rasul2 lain x ada kena ujian, tapi these rasul menerima ujian lebih sikit dari nabi dan rasul lain. ujian yg cukup mencabar dan mencabarkan huhuhu..waaaaah da macam ustaz la plak aku ni

rasul ulul azmi terdiri dari Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad S.A.W. leh la cari kat tenet cerita or info ttg cabaran each rasul





kat atas itu adalah sifat2 yang wajib bagi rasul. apekah dia? 1) Siddik (benar) 2) Amanah (Jujur) 3) Tabligh (menyampaikan) 4) Fatonah (bijaksana).





yang ini ape dia kawan2? ini la dia bahasa arab. huhu nasib baik melekat lagi kat kepala hotak aku walaupun udah dekat 17 tahun aku belajar. bahasa arab kat ye murid2 sekalian, adalah menunjukkan nombor 11 sampai nombor 20.
`
`
`

Wednesday, December 23, 2009

final class for japanese language



semalam malam selasa adalah kelas terakhir belajar bahasa jepun. sedih dowh da abis. Lepas ni xdpt la jupe sensei, wong-san, jo-san, afif san n julita san. Yg budak 2 ekor 2 hari2 da jupa. Xyh sedih2 ngn depa. So kelas arini, sensei memperkenal negara jepun, tempat2 menarik di sana, sharing experience dia kat jepun. Lepas solat maghrib, ramai2 tgk movie- chibi maruko chan versi life action.

Smlm dapat result test last week. Ada dua ujian, first ujian bertulis which including hiragana, katakana, kanji writing. Ada juga isi tempat kosong dengan pilihan jawapan n ada gak part yang xde pilihan jawapn. Satu lagi test ialah test speaking. Hahaha hancur bila aku present huhu. So total mark yg aku dpt : 89 markah-A. Markah lulus: 50. Tp ada bro 2 dapat 100 percent haha. Congratz.

Next tuesday, plan makan2 kat kedai makanan jepun. Ntah aku dpt g ke x sbb masa tu aku cutey2 malaysia

Friday, November 27, 2009

3 rakaat je...





apesal stop? nape turun? =====> kata2 yang terpacul dari salah seorang penumpang

then apakata driver bas "3 rakaat je, x lama". kata-kata mudah n ringkas dari seorang yangku kira baru menjejak awal 40an. Aku hanya senyum sendirian.

Sume penumpang kehairanan, pelik nape stop n keluar driver sorang ni. Terpaksa dan dipaksa tunggu driver melakukan 'kerja'nya. Ada seorang pakcik tua, kulihat bergegas turun sekali. Maybe tak sanggup tunggu or maybe join skali driver ni. Yang lain sabar menanti. entah selesai ke tak tugas masing2 dengan sang pencipta. mgkn urusan dengan sang driver lagi mustahak kot. Wallahualam bi shawab

Tabik spring kat driver bas kerana x segan silu mempertahankan akidahnya. aku tak join dia sebab sudah lebih awal sujud kepadaNya. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kami. Amin
`
`
`

Sunday, November 8, 2009

Majlis merisik akunyer



Sabda Rasulullah swt
Maksudnya: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.



Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya

sumber)


alhamdulillah dengan izinnya, satu permulaan dari perjalanan yang panjang untuk berumah tangga sudah pun dilakukan iaitu majlis merisik. Majlis ni dengan erti kata lain seperti yang tertera diatas (malas aku nk eksplen satu2). so lepas ni tinggal tunang n kawin...tak sabarnya aku nih..

hahaha manusia yg baca entry ini sudah kena sihir seketika..kah kah kah...majlis risik ni bukan untuk aku tapi untuk adik kembar aku..hohoho...aku tak tipu la eh cuma ayat tajuk entry tak abis lagi ("Majlis merisik akunyer adik") keke. malas nk letak dot3.

so tadi diorang g merisik ngn jayanya tanpa kehadiran aku dan adik kembar aku. disebabkan adik aku x g, aku pun x g la. giler pe aku nak ikut, karang orang2 di sana ckp aku ni bakal menantu diorang plak..ke tak naya tu.

ingat nak letak gambar diorang tapi aku rasa tak perlu la sbb karang tokmo orang ckp yg bukan2 plak. yela manusia ni kan suka ckp benda2 buruk dari benda2 yang baik walaupun benda tu udah baik dan sempurna. manusia la kan...tak lepas dari kesalahan. harap2 masing2 menyedari dan menginsafi diri masing2 huhuu...macam aku ni udah insap (ya ka nu*r? bila kali terakhir ko tobat nasuha?)





gifts yg nak di bagi. selain cincin, ada bawak sikit cenderamata/hati. yola orang sana udah wat masak2 sedap, kita just bawak cincin, tak sedap ati la. tadi masa balik dari beli barang kt kl, cepat2 my adik-adik bungkus hadiah sbb nak pegi lepas isyak.. apepun tahniah wat adik aku sbb udah mengikat sebelah jari pompuan yg dia nk kawen. satu lg jari (tunang) akan menyusul kemudian. Aku..bila pulak? huhu
`
`
`

Sunday, November 1, 2009

my fren



~~~~one day mungkin tinggal memory. gud luck guys~~~~~~~
`
`

Saturday, October 31, 2009

Aku berkonference




alhamdulillah, dengan izinNya, aku telah terpanggil menyahut seruan yang Maha Esa untuk mempresentkan paper kat konference untuk kali yang kedua (ceh macam nak g haji je bunyinya). ari tu present kat s alam anjuran uitm. kali ni organizer adalah uia. so dengan azam yg kuat lagi bersemangat waja, aku pun g sana dengan membawa slide yg udah ada virus trojan. padan muka komputer conference nanti kakaka. ape leh wat, aku nya pencegah2 makhluk perosak, si pakcik kapeski udah tua bonjot..udah tak larat nak jadi wira dan hero lg. huhu tu pasal penjahat2 cam si terojan mudah je menjangkiti timedrive aku. watdehel ape la yg aku cerita ni..






suasana bilik konference. cis mati2 la aku ingat punya la ramai org.. tapi yg dengor sikit je. mgkn sebab ari last day conference kot, sesi petang lak 2...mesti ramai yg udah balik...





jeng2...chairman si prof yg da ada paper beratus2 paper. tgh announce nama suh present. cit leh main2 amik gambar lak 2. ape2 pun prof ni puji aku bcos i present with a lot info dan sgt menarik kekeke (puji diri sendiri nampak...tp tul pe si prof tu yg ckp sndiri)




Niat hati nak je suh Prof2 kat bilik seminar ni amik gambar aku time present. tapi nmpk kurang ajar la plak kan hehe. kawan2 sume da present hari sebelum. so aku tangkap la pic slide aku without aku present...





Upacara perasmian oleh orang2 besar (aku lupa dowh namanya). dok sebelah org afrika. ni bukan mamat afrika yg wat chaos kt lorong2 gelap..mamat ni ada paper ISI tue, jgn main2 kahkah..aku da pe?




dewan yg tak ramai org. aku de la kenal ngn mamat dari jepun. pergh berlagak tul aku ni..mentang2 la da amik kelas bahasa jepun. eko cari network org jepun je hahaha. speaking sikit2 nihongo and manglish. mamat ni x present paper tapi cuma follow his professor. huhu makan angin nmpak
`
`
`
`

Wednesday, October 14, 2009

Expo

Masa aku dalam lrt nak g opis, dpt kol dari ma*sarah. dia kata kena present slide project animation kat bos pagi ni jugaa..huhu da la tak seberapa lengkap slide itu. bantai je la nak cakap pe.

sampai opis je, si ma*sarah bagitau my bos ada kat klcc sbb attend satu talk kat expo pen*ipta. so nak tak nak kena present kat sana. patutnya aku kena present sorang tp aku ajak gak ma*sarah. Bukan aku x biasa present depan my bos tapi huhu kalo ada ma*sarah, neutral la sikit nanti kekeke. biasa la dr itu





Ni ha si anak2 dara tengah dok berposing tunggu train nak g klcc. say pewwwit sikit kekeke




expo ni diorganize oleh UM sendiri. participantnya terdiri daripada universiti2 lain. ni kalo takde bias for winnning any medal tatau la nak cakap pe hehe




huhu booth U*IM punya la gempak. siap buat replika masjid tue




gurls yg jaga booth-si mai,p*an n kak m*s. fuh padan muka diorang kena jaga booth kekeke..eh si mai x jaga actually. dia dtg just nak jupa dr cam aku





bini bos, dr r*za n my bos aka my supervisor. ni konpem tgh sesi bertanya2 ngn bebudak jaga booth


setelah bertungkus lumus mempresentkan slide depan dr, ada banyak kena betulkan especially susun atur slide itu sendiri disamping banyak kena masuk input. huhu sepanjang hampir sejam lebih sikit, macam nightmare plak...sepatutnya sesi fully presentation tapi kadang2 da macam sesi soal siasat tahanan IS*. ma*sarah ada kat situ pun my bos tak makan saman. ada je benda yang nak dikoreknya dari aku. provokasi jgn ckp la hehe totally mental disorder hahaha...tapi aku ini, biasalah tak makan punya kata2 manis dari dr. soal punya soal aku tetap neutralkan diri hehe


my bos yg aku sayangi, ni ha kalo nak korek rahasia dari aku, kenalah wat tarian rambu ramba depan aku. gelek bontot kasi lebih. takpun tarian cakar harimau siap dengan voice ngauman harimau. satu lg gaya jangan tinggal. tunjuk sikit cner cakar dekan engineering (macam gay plak aku ni hahaha). setel sume benda tu, kompem im free utk ditanya everything macam cara-cara saya masak tempoyak ke, tanam tahi kucing ke takpun cara2 mengendap jiran sebelah





uuu..aku yg x entah pepe..event punya penting camni, aku leh dressing camni punya style..ngn pakai seluar jeannya, pakai kasut lari2 anak lak 2 huhuhu. orang lain punya la smart, pakai baju kemeja siap tienya, ada kot lagi 2. tapi xpe, ape gunanya ada etika pemakaian kalo tidak kena dilanggar dan diikuti. teruskan melanggar ape2 rules. btw dr puji aku okay sbb aku pakai baju melayu hitam siap tersusun kemas butang melayu kekekeke kembang kuncup idung aku
`
`
`

Saturday, October 10, 2009

tido dalam bas




huhu alkisah cite sedih kena kat batang idung aku ini..huhu. Once upon a time, in the dark2 village, there is a hensem guy khokhokhok...cis wat karangan bi. da la asik fail je masa skola dulu...

ni ha masa nak balik umah, conpem aku singgah pu*rajaya. lepas solat maghrib kat situ spt biasa, tunggu bas nk ke ba*ting. sampai je bas 2, bedesup aku masuk. driver tu tak kasi aku masuk, sbb dia nak kasi round dulu pu*rajaya. then dtg balik stesen baru amik aku. tapi aku tak larat nak tunggu. round2 keliling pu*rajaya pun ok gak malam2 ni. leh skodeng couple yg bersumbang mahram, leh tgk umah2 orang2 kaya yg makan duit rakyat, leh tgk gurls balik bshopping dari al*manda.

tapi plan baik punya x jalan langsung. aku kasi berdengkur dengan muka melekat kat cermin bas khokhok...tak senonoh tul aku ini. nasib baik my future wife x tgk. krg tak pasal2 dia cucuk idung aku nanti kakaka. seriusly, aku leh ttido spnjang nak balik umah. bukannya dekat..jauh tu. siap bas tu terlajak g kampung sebelah pun aku x sedar lagi..nasib baik driver bas tu ingat aku nk turun kmpg aku. cepat2 dia kejut aku tapi kejut bila da terlajak g kampung sebelah...cis dan cis..xde class langsung driver bas ni. tambah tension aku, dia leh berentikan aku sebelah ladang kelapa sawit...gile ke pe driver bus ni. nak kasi aku sakit jantung jupa pocong2 tgh meloncat2 ke....tak pun nak kasi aku histeria ala madonna jupa hantu kangkang..takut la dowh..ape leh wat da nasib badan. da la time tu waktu2 kemuncak hantu berkeliaran bermain2 dan bergurau senda ngn manusia. aku pulak tak bawak yasin. nnt kalo baca surah kursi pun conpem berterabur....huhu.

alhamdulillah xde pape spnjang balik umah. cume sampai umah kene gelak ngn mak n ayah pasal aku leh ttido dalam bas..cis hehehe
`
`
`

Friday, September 25, 2009

Beraya bersama itik2





hahaha...plan nak beraya kat umah bibik kat kl. tapi cancel sbb malas hohoho. Last2 beraya ngan itiks kat kampung. Mak aku teringin makan telur itik. Si pekebun (wah skemanya aku) bela itik untuk dapatkan telur. Telur tu pulak ada yang dijual kosong (tanpa perencah) dan juga dibuat telur masin. Masa kitaorang nak g sini, adalah jiran n mkck tempah nak beli itu telurs. Ladang itiks ini terperosok sikit...sebelah kampung orang sakai (orang jawa panggil orang asli as sakai)...Dulu masa kecik2 dok paham..apelah mak n ayah aku ni, asik ckp sakai...rupanya orang asli. Kampung orang asli sebelah je ngn kampung ayah aku. Diorang ni suka makan daging monyet kah kah kah...serius ni...sbb aritu diorang nak beli monyet pak ngah aku. Bukan nak dibuat amik buah kelapa, tapi nak wat makan hohoho...Dulu masa aku sekolah menengah, ada lah 3 - 4 orang kawan aku orang asli...baik diorang ni..sekarang entah ke mana diorang ni. lama tak jupa.













hoho byk gile itiks. Aku rasa entah berapa byk dozen telur itik. Kandang itik (?) dia besar then wat kat bawah pokok2 plak 2...redup dowh. Kata mak aku, ini kebun dia. Nanti bila da tua, teringin gak nk bela ayam, itik, lembu kat kebun sendiri. My wife in the future, jgn lupa tolong jaga sama eh....lalala




Arnab pun ada bela gak. Siap ada penjaga lak 2 khokhokhok - si monyet kecik





Lepas g ladang itiks, kitaorang hantar adik aku amik moto kat UKM. Masa on the way balik dari bangi, family aku jupa orang jual durian. Berdesup ayah aku berhentikan kete. Ni ha mak n ayah aku tengah borong durian. Aku ni bukannya makan durian sangat. Makan sebijik 2 da muak. Dulu masa kecik2 memang hantu durian. Tapi da besar panjang, makin x suka plak makan. Makan pun kalo ada jemaah ajak tak pun nk amik hati huhu.





Tengah negotiate harga durians...hoho panaslah aku malam ni
`
`

Alhamdulillah




Syukur kepada Allah segala persoalan terjawab sudah pada hari raya kedua aritu. Terima kasih kerana memilihku sebagai ultraman taro...khokhokhok. Aku berharap segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. InsyaAllah, moga2 selepas ni aku akan cuba menjadi yang terbaik buat semua. Amin.

`
`
`
`

Monday, September 21, 2009

Hari Raya Pertama




Selamat hari raya suma....hohoho alhamdulillah setelah penat pose, tiba la ari utk berpoya2 n bersuka ria...rakan2 kita si syaiton yg direjam udah terlepas kurungan, leh la join kita...huhu padan muka diorang kena ikat sebulan...patutnya berbulan kena ikat diorang ni....khokhok...tak baik dowh...teruskan momentum bulan pose ari 2 walaupun pose da abis...insyaAllah...


Biase la pepagi hari raya...konpem org bangun pagi nak siapkan brg raya...aku huishhh geram tul...tak dpt menikmati dan merasai nikmatnya tido hari raya dengan aman sentosa+makmur+tenteram ha pe lagi.....tiap2 hari raya mesti cam ni....tukar la ari lain...hohoho...cis marah sama itu bebudak kat kawasan perumahan aku ni....ada je nak diletupnya....kejap2 meletup....tido aku pun udah ada irama dia...kejap2 berombak...kejap2 vibrate...kejap2 kena histeria n sawan....terkejut punya pasal...cis


Last2 kasi bangun....tolong mak aku kat dapur...wat la pe yg patut...da tido x dpt...tapi raya ni yg specialnya.....tengokla bekas kueh mak aku wat buat kat atas....bercorak2 kalor purple wa cakap lu...hehe...ape la mak aku ni...rajin bebenor...siap dililitnya bekas kueh tu ngn riben....aku mula2 tak perasan...bila task nak isi kueh raya baru la ternampak ini bekas kueh yg comel...tu yang dlm gambar x siap lagi....ada kupu2 nk letak atas bekas, lum gam lagi...haha






Solat hari raya kat kolej mara ba*ting...sejak aku sekolah menengah lagi, selalunya kalo solat jumaat n hari raya, kitaorang solat kat sini je, dekat ngn umah...dalam kolej ni ada masjid...boleh la combine ngn student2...aku udah lama tak solat kat masjid kampung...paling last pun yang aku ingat masa solat isyak, tu pun before akad nikah makcik aku...






Lepas solat, g kubur ngn ayah...ziarah kubur atuk, wan n mak andak...aku rancang nak g semalam tapi semalam punya schedule punya la padat...sampai tak leh kuar umah





Pintu umah dibuka utk tetamu setelah abis solat raya. Lepas 2 berdozen bbudak2 datang...apa la yg ada kat kepala diorang ni...umah aku gak yang mula2 jadi mangsa...xpe2 hari raya..mesti berfikiran positif...


Then, sedara yang first datang umah = family Pak Lang (see pic)...besor da anak dia...diorang mula2 singgah sini dulu then aftr dat g umah mak long. Abg M*zi n keluarga pun ada.


Then bermula marathon hari raya kat umah aku...letih dowh nak tangkap gambar sorang2...ija* n family, jiran, sepupu dari keluarga Mak Ngah blablabla...tengahari baru dapat kuar umah...itu pun berdesup cepat2 siap sbb takut ramai lagi yang dtg...hahaha andaian kitaorang memang tepat..once kitaorang kuar raya...sedara, sepupu kol nak datang umah....kah kah lambat la korang hahaha...datang la malam karang






Sian kucing aku ni...majuk la tu sebab tak belikan dia baju raya...hehe...ari raya ni jangan la masam muka...kena la bergumbira...ni tak asik tido je si hitam ni..port tido kat tepi tingkap hahaha




woooo...akhirnya dapat gak melepaskan diri dari umah...lambat keluar seminit je...berduyun2 orang datang beraya...First house yg nak visit off course umah my atuk n nenek....kat sana udah ada sepupu aku sampai...aku de belikan kain batik untuk nenek aku...tapi mak aku cakap kain2 aku beli kecik sangat....tak muat ngn nenek aku...last2 tak jadi bagi tapi aku ganti ngn duit raya bg kat nenek aku..atuk suka la...dapat kain sarung n duit raya...takkan aku nak bagi nenek je hehe...i love u both...





Raya beramai umah Paman Tal*s. Every tahun mesti singgah...Dulu kecik2 aku selalu main2 ngn anak dia kamal...tapi sekarang dia da jarang and tak pernah aku jupa..sebabnya dia udah jadi bomba...hohoho




Ayah aku tengah minta maaf ngan Paman Tal*s. huhu time aku salam, byk gila dia tanya aku...soklan sensitip pulak 2





G raya umah ijal...tapi yang ni ayahnya...pengetua tu jangan main2...karang disebatnya aku ni...aku lupa nama dia hahaha...kecik2 dl kalo kenduri umah dia...suka sangat main tepi batang paip sebelah jalan raya





Raya rumah paman Luki..dulu masa kecik aku rapat sangat2 dengan anak dia- kahfi...kitaorang selalu main bola sama2...yela sepupu2 n makcik2 aku suma pompuan....sikit je lelaki...time kenduri je aku g merayau g umah paman aku cari dia ni n kumpul ngan kamal, zulm*, brother (ntah lupa nama dia) main bola sama2...tapi kahfi udah lama meninggal dunia sbb xcident...al-fatihah






Sedara yang ikut sekali beraya...perasan tak tahun ni ramai benor yang berbaju ungu...kah kah kah...aku je macho berbaju teluk belanga biru tua...my future tutt pakai kalor pe kat sana...lalalala






Balik kampung atuk aku tapi g umah mak ngah..umah atuk aku udah xde lagi..sedih dowh...kat umah atuk aku ni la dulu masa kecik2 dl main2 ngn sepupu aku, main nyorok2 belakang pokok kopi, g lastik budak umah sebelah, cari biji sagu, cari rambutan n pulasan, malam2 sibuk2 g kebun tunggu durian..last sekali durian tak dpat tapi gegetan nyamuk yang dapat kah kah...main bola gak kat sebelah pokok nona, main mercun kasi lawan orang sebelah haha...berlumba2 sapa bukak pose dulu huhu...tapi sume tu tinggal kenangan sejak wan and atuk aku udah tiada...:(




Mak Ngah aku yang kuat bercerita...ada je yang dibebelkannya tu...hahaha...gambar pak Ngah tak sempat tangkap sebab dia ni usah tul nak dok statik




Lepas raya umah pak ngah, terus balik umah sebab nak masak...malam ni ramai orang nak datang umah...siap je masak...baru la diorng sampai

Bibik Jo pun datang umah dari KL. Nasib baik sempat snap gambar dia. Before dis masa anak2 Pak Uda n Abang Ajib datang umah aku tak sempat snap gambar sebab sibuk..hohoho...cuma ayah n mak aku je yang sempat melayan

Bibik Jo ni every year mesti datang umah. Dia datang semalam dengan anak2 dia, far*na, as*ar n af*f...Dia ni baik sangat2 ngan aku. Aku rasa selamat kalo berborak2 ngan dia even benda rahsia sekalipun...InsyaAllah, masa nua* lepas kawin nnt, the first house that i should visit is ur house..nak tunjuk kat bini inilah makck aku yang paling baik n sporting..aku harap bibik jo sabar dan tabah atas segalanya..




Paman Ra*im and family datang umah. B*y n *ura pun ada. Cuma *ar*a n husband je xde. Diorang datang dari melaka. Aku memang rapat ngn anak2 paman aku ni. Umur pun hampir2 sama. Masa kecik dulu selalu main sama-sama. La ni jarang sangat jupa. Tapi masa aku outstation dok melaka sbulan, aku kadang2 singgah umah dia. hoho




Mkcik pau*ine tengah melantak makan rendang...hohoho...siap2 borak ngan dia





Lepas maghrib je, sedara2, mkck n pakcik belah mak aku udah serbu rumah. Paman ta*ir, bibik r*zi, paman al*p n keluarga, bibik i*a n husband, bibik ha**yah, sepupusss suma ada, riuh tol umah aku...Petang tadi diorang da wat date ngn parent aku nak datang umah..sebab kalo x conpem ayah aku g beraya malam ni...siap mintak mak aku wat sup daging hahaha...

Masa ni Sepupu sepapat n makcik tengah makan nugget, fish ball n hotdog depan tv...dapur udah penoh




Makcik2 and Pakcik2 tengah melantak sup daging, rendang n ayam kat dapur...hahaha...berapi diorang makan...sbb sambal yg mak aku wat kaw2nya pedas





Masa ni makcik2 n sepupu dok sibok bukak hamper. Ayah aku dapat hamper tapi lom bukak lagi..huuhu blurnya gambar ni





Last visitor adalah abg ham*an and family. Abg Ham*an ni anak pak lang aku. Diorang datang dari perak. Udah lama tak jupa dia. Jupa cuma time hari raya. Aku time lepas salam2, then g depan tv..lepas tu tido tak hengat...penat dowh arini...



p/s: kesimpulan hari raya pertama: hampir suma orang, sepupu, mkck, pkck, akak2..suma tanya, bila nak kawin? sudah ada yang punya? gf ada ada? nak paman carikan? bila nk ada menantu ni? blalala.....waaaa sian kat aku....berbuih mulut aku nak mengcover....

Ya Allah Ya tuhanku, Engkau temukanlahku jodoh yang secocok denganku dan serasi dengan familyku...Amin


`
`
`