salam. syukur ke hadrat Ilahi perjalanan penuh ranjau selama bergelar pengikat akhirnya sampai ke penghujung. sikit masa lagi ikatan itu akan dibuka dan diganti dengan suatu ikatan yang lebih kukuh dengan izinNya insyaAllah. Anggaplah ia suatu memori untuk dikenang dikala berumur senja. Moga perkahwinan ini menjadikan kami lebih mengingatiNya.
Terima kasih kat orang sekeliling. terima kasih sekali lagi. Honestly, aku tidak mengharapkan hadiah sebesar gajah, cuma doa yang ikhlas dari semua orang. Minggu ni aku amat terharu..amat2 terharu...tak habis doa dan nasihat yangku terima dari sebesar2 pangkat hingga ke adik2 kecil. Aku amat2 menghargainya.
Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa dzurriyatinaa qurrata a'yunin waj'alnaa lilmuttaqiina imaamaa.
"Ya Rabb kami, berilah kami isteri/suami dan anak-anak keturunan yang menyenangkan hati kami, dan jadikan kami sebagai pemimpin orang-orang yang bertaqwa."
Kawan-kawan online dan offline dijemput hadir memeriahkan majlis kami jika ada kelapangan. insyaAllah tak kena bayar :). Sila lihat lampiran. Need to see ur happy face


Wednesday, April 7, 2010
Walimatururus dan Majlis Kesyukuran
Sunday, March 7, 2010
Sepupu baru

Alhamdulillah syukur kepada Allah, last month my mkck dapat 1st baby. baby boy. kalo tak silap namanya Muhammad Mui*nuddin..kene konpemkan balik ngn bapak dia hehe. lahir kat spital putrajaya. skrg ni da balik dok umah nenek
nenek tengah dukung. nak senyum la tu hehe
itulah my mkck. tgh dukung baby dia. haaaishhh sapa la mamat yg pakai beg ni..menyibuk tol
`
`
`
Saturday, January 9, 2010
menceriakan kelas yg x ceria
Last week, aku tolong mak aku wat decoration kat kelas dia. yelah kan da nak masuk sesi persekolahan baru. mcm2 dowh aku wat, udah macam pkerja kontrak sekolah 
Memula park kete kat depan tiang bendera sekolah. then kuar dgn bangga bawak barang g kelas. huhu da macam ustaz la plak kekeke
memasang ntah ape ntah kat meja. haaaishhhh mak aku ni. warna pink gak dia pilih. udah xde kaler lain ka. orang letak la kaler biru muda ka, biru laut ka, xpun kaler biru air hujan. bior murid2 berotak kaler biru
pasang langsir gak huhuuhu..nasib baik xde murid2 pompuan. kalo x nampak bo**t*t aku yang seksi terjengkit2 pasang langsir
pasang lapik meja. ni wajib..yela budak2 sekolah kan suka vandalisme..diorang x reti nak conteng kat kertas. tu yg kena lapik pakai lapik lantai huhu
ha kali ni aku tgh susun senarai nabi2 yang 25. huhuu...siapakah nabi selepas Nabi ishak? siapakah nabi sebelum Nabi Harun? ermmmm yg aku tau Nabi Muhammad nabi terakhir. tu la dulu xnak belajar elok2, skrg mak tanya balik, berpinau kepala nak ingat huhuu
dinding belakang kelas yg sudah ada risalah2 keagamaan. huhu insap nasuha aku seketika. balik karang wat dosa balik lalala
carta berwarna kuning di atas menunjukkan rasul ulul azmi. apakah dia rasul ulul azmi ya anta? rasul ulul azmi adalah rasul2 yang menerima ujian dan cabaran yang cukup berat ketika menyampaikan risalah dan menyebarkan wahyu Allah. bukan nak kata nabi2 dan rasul2 lain x ada kena ujian, tapi these rasul menerima ujian lebih sikit dari nabi dan rasul lain. ujian yg cukup mencabar dan mencabarkan huhuhu..waaaaah da macam ustaz la plak aku ni
rasul ulul azmi terdiri dari Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad S.A.W. leh la cari kat tenet cerita or info ttg cabaran each rasul
kat atas itu adalah sifat2 yang wajib bagi rasul. apekah dia? 1) Siddik (benar) 2) Amanah (Jujur) 3) Tabligh (menyampaikan) 4) Fatonah (bijaksana).
yang ini ape dia kawan2? ini la dia bahasa arab. huhu nasib baik melekat lagi kat kepala hotak aku walaupun udah dekat 17 tahun aku belajar. bahasa arab kat ye murid2 sekalian, adalah menunjukkan nombor 11 sampai nombor 20.
`
`
`
bibik id*h

malam tu aku tgh berfoya2 lagi berseksi seksa depan tv. tiba2 bibik id*h datang umah. wuuu berdesup aku menutup aurat. yela kan dosa kalo kita membuka2 aurat ni. da lama bibik aku ni x dtg umah. last time masa dia singgah umah kitaorg, aku masih lg belajar degree huhu. ada masalah perselisihan paham. btw aku tabik wat sume org, walaupun kadang kala kita bergaduh, jgn la bermasam muka n x bertegur sapa secara berpanjangan. aku x salahkan sape2. tp kan huduh lagi buruk kalo gaduh lama2. bermaafan2 dapat pahala bukannya MENJATUHKAN AIR MUKA. alhamdulillah keadaan da kembali jernih
cupcakes yg dihadiahkan kat kitaorang sempena si adik kembar aku nak bertunang esok. cake ni anak dia wat, siap ada bintang2 yg berwarna warni. ala cantik mana pun masuk kat perut n lepas tu jadi bahan perkumuhan (ceh guna perkataan lembut) gak. secara kasarnya jadi tahi yg busuk kekeke
`
`
`
mari kita memburu sirih

balik je dari banting, singgah kat umah bibik aku. nak memetik sirih secara senang hati dengan muka yg tak malu hoho. sirih bukannya nak makan mahupun wat sayur goreng ngn belacan, tapi nak wat hantaran tunang adik aku. nak petik tu senang, cuma be careful wit pemangsa yg ada racun tu huhu, manalatau dok berlingkar kesejukan kat bawah daun2 sirih itu
sirih menyirih yg begitu byk dan wangi. tumbuh secara melior kat depan umah bibik aku. so sape yg merupakan penggiat dan pemangsa sirih, sure tersenyum lebar tgk ini daun huhuhu. sedap ke makan sirih? huduh je aku tgk org makan benda alah tu
`
`
`
anak kazen

Last time singgah umah bibik ij*h, nak amik daun sirih. then kat situ de sekali anak sulung dia- sa*ira a.k.a kazen aku. dia baru je lahirkan anak lelaki yg diberi nama m.mukhr*z. so atuk n nenek aku dapat la merasa pegang cicit dia. sa*ira ni cucu dari anak ketiga nenek n atuk aku. mak aku anak pertama. patut as cucu yg paling tua, da dapat anak. tu la, sape suh kawin lambat2
`
`
`
Friday, January 8, 2010
nape kena bertunang?
Wednesday, December 23, 2009
hantaran tunang
Friday, December 18, 2009
aktiviti menghabiskan duit
Thursday, December 10, 2009
solat berjemaah

huhu baru aku tau..kucing aku ni kuat penyibuk. org nak solat pun dia nk join sekali. Nampak je mak n ayah solat, bdesup si kucing aku ni nak jd makmum. Eh eko x amik air semayang lagi. Mana leh solat. Lgpun eko baca fatihah pun x betul..asik miau2 je, xde ke perkataan lain ko leh sebut...cuba la rajin sikit bukak mukadam tu.
,
,
,
Saturday, December 5, 2009
mari kita bersedekah kepada makhluk Allah
ptg tu, lepas g byar duit moto, booking kete (aik tak booking lagi?)..ayah ajak wat sedekah. wahhh adakah kita mahu g umah anak2 yatim? then kitaorng singgah beli buah rambutan, buah pisang, and roti.. wahhh lagi, skrang ni trend org bagi sedekah bg buah pisang, buah rambutan or roti kaa? konpius aku. then drive terus g pantai morib. wahhh kali ketiga, org yg nak kena sedekah ni suka mandi mandi di pantai morib?
cis, cis cis..mati2 aku ingat nak sedekah kat umah anak yatim, rupanya nak bagi makan si monyet2 terbiar. sian dowh aku tgk diorang ni, terpinggir. byk pembangunan kat sini, pokok2 ditebang, last2 diorang tak de umah. sudah tentu diorang xde makanan. dimanakah pusat aduan kebajikan diorang ni? wakil2 rakyat sila tampil ke hadapan. jangan asik terima makanan bawah meja jaa
sesi-sesi sukaneka. sukan campak mencampak, then ada yang menyambut, then lastly ngaaap masuk molot...huhuu bukan senang dowh nak tgk sukan berprestij ni. antara calon-calon juadah yang menjadi pilihan - pisang+roti+ rambutan. alaaa ko campak je macam2 diorang mesti makan punya la. ni la dia sikap yang baik yang patut kita contohi dari monyet2 iaitu bersyukur apa yang ada. makanan tu sedap ke x sedap, bantai je makan. x memilih langsung. adakah manusia macam itu sekarang ini? kuasa memilih melebihi kuasa bersyukur huhuhu
aku letih la plak nak kuar kereta. gejala penat tak sudah (eleh cakap je ko takut ngn monyet2 ituuu hahahahaha). yela banyak dowh monyet2..nnt diorang menodai aku..sapa yang susah...k8ram si8gh w8liah gak yg kena wat repot sensasi. dia plak yg dpt nama, bukannya aku pun
Wednesday, December 2, 2009
muzik yg paling indah

mataku xleh lelap...teringatkan seseorang huhu. Nak tgk tv, rancangan entah pepe ntah, nak bermain2 ngn my kucing, si budak sekor ni da terbongkang sbelah tikar 2, nak baca majalah2 lama, ayah aku da g jual pg td (dapat 4 hinggit je..sadis tul), nak joget lambak, karang ada makhluk2 huduh nak join sama huhu..wat suppose i do rite now???
Tiba2 aku dengar bunyi yg bagiku sangat merdu n sedap didengar. bunyi mak n ayah aku berdengkur huhu...seriusly, im feel good a bit. Mcm2 irama dan melody ada. Kdg2 mcm bethoven, kdg2 mcm mozart, kdg2 mcm rain si penyanyi korea 2. Then aku terfikir, adakah 10 tahun akan datang, aku dapat mendengar muzik yang sama ini? T__________T
"Ya Allah ya tuhanku, tuhan yg maha pengasih lagi maha penyayang. ampunilah dosa2 kedua ibubapaku, masukkanlah mereka dalam syurgaMu, hindarilah mereka dari nerakaMu, berkatilah mereka, jagailah mereka dan kasihanilah mereka seperti mereka mengasihaniku ketika kecil"
'
'
'
raya yg dpt daging free

Huhu raya haji ni, x g mana2 pun. Just g umah nenek n atuk ygku sayangi. Erm rasa tenang+sukasuki+ rasa nak peluk depa pun de gak khokhok bila tgk muka depa tersenyum gumbira. nak je borak panjang tp apakan daya, aku ni dok pandai berbahasa jawa. Ngn nenek leh la sikit2 sbb nenek pandai ckp bahasa melayu ckp 2 tapi ngn atuk, aku perlukan emak or bibik2 sbgai penterjemah professional. Sian aku kan.
Time ni (look at de pic) masing2 tengah berebut cup cake yg bibik ro*i buat. Erm leh tahan gak la tapi memang xleh lawan kesedapan kek yg aku wat (eleh eko ni n*a penah wat ke kek cawan ni). Lalala. Xpe one day aku wat special bg bini aku makan
Pepepun, i need their 'happiness' to make make feel happy :). Soklan cepumas pada hari ini: wat is the meaning of teruterubuzou(betul ka ejaan ni)?
'
'
'
Sunday, November 8, 2009
Majlis merisik akunyer

Sabda Rasulullah swt
Maksudnya: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya
sumber)
alhamdulillah dengan izinnya, satu permulaan dari perjalanan yang panjang untuk berumah tangga sudah pun dilakukan iaitu majlis merisik. Majlis ni dengan erti kata lain seperti yang tertera diatas (malas aku nk eksplen satu2). so lepas ni tinggal tunang n kawin...tak sabarnya aku nih..
hahaha manusia yg baca entry ini sudah kena sihir seketika..kah kah kah...majlis risik ni bukan untuk aku tapi untuk adik kembar aku..hohoho...aku tak tipu la eh cuma ayat tajuk entry tak abis lagi ("Majlis merisik akunyer adik") keke. malas nk letak dot3.
so tadi diorang g merisik ngn jayanya tanpa kehadiran aku dan adik kembar aku. disebabkan adik aku x g, aku pun x g la. giler pe aku nak ikut, karang orang2 di sana ckp aku ni bakal menantu diorang plak..ke tak naya tu.
ingat nak letak gambar diorang tapi aku rasa tak perlu la sbb karang tokmo orang ckp yg bukan2 plak. yela manusia ni kan suka ckp benda2 buruk dari benda2 yang baik walaupun benda tu udah baik dan sempurna. manusia la kan...tak lepas dari kesalahan. harap2 masing2 menyedari dan menginsafi diri masing2 huhuu...macam aku ni udah insap (ya ka nu*r? bila kali terakhir ko tobat nasuha?)
gifts yg nak di bagi. selain cincin, ada bawak sikit cenderamata/hati. yola orang sana udah wat masak2 sedap, kita just bawak cincin, tak sedap ati la. tadi masa balik dari beli barang kt kl, cepat2 my adik-adik bungkus hadiah sbb nak pegi lepas isyak.. apepun tahniah wat adik aku sbb udah mengikat sebelah jari pompuan yg dia nk kawen. satu lg jari (tunang) akan menyusul kemudian. Aku..bila pulak? huhu
`
`
`
Friday, November 6, 2009
jenjalan

ahad lepas, my fmily n i g melaka. singgah PD(dulu kecik2 terpinga2 benda alah apa PD ni) jap. x mandi pun sbb air laut sekarang kan mengandungi bahan2 yang merbahayakan tubuh badan. so tokmo la ke kancah kebinasaan (watdehel pe yg aku merepek ni). jupe my cousin n my uncle & aunty. si budak comel-sarah pun ada. mahu tarik lor dia punya pipi tp time ni dia tgh xde mood. so tunggu la nnt bila sampai melaka. masa ni tgh makan2 kat kedai makan (yela abis makan kat mana lagi..xkan makan kat kedai papan kot)
si sarah yg asik melekat dari tadi ngn nenek dia. cis nak dokong pun payah. takpe sarah tunggu la nnt. aku rasuah ngn gula2 besar punya. masa 2 konpem mau dekat sama aku kekeke..cis aku sudah mengamalkan rasuah. masyaAllah bawak mngucap nu*r. itu sikap org masuk neraka huhu
si sarah, makhluk yg comel lote tu dpangku oleh ayah aku. ooo da jd kamcing ke hehe. td bukan jual mahal lagi ka...biasa la tu. sikit2 jd friendly
ko ni n*a. x senonoh tul. kat umah org leh main anak patung. cis hilang sifat kejantanan ko nih keke. eleh pe salahnya aku main anak patung. si patung ni x mengajak aku berbuat maksiat. cuma membuatkan ku jadi lagho..tul x sarah?
`
`
`
si bunian itu
malam2 tu ms tgh baca buku depan tv, my family (including dad haha) tgk cite si bunian. best ke cite ni. aku tengok skema je dia ckp. mesti paper BM org bunian score tinggi2 sbb ayat dialog dia cantik sangat. tp ayah aku bgtau, cite ni wat kita lalai n mudah terpedaya ngn kuasa org bunian. ingat cuma ALLAH sahaja yg berkuasa
wah ini kah rupa bunian? ini bukan bunian. ini nor* da*ish si pelakon puteri itu. uuuu macam ini kah bentuk pizikal bunian. sentiasa berputih memanjang. udah xde kalor lain ka dunia bunian ini. x rock sungguh. leh kali si director ni letak la kaler cantik sikit, kelabu ka, merah jambu ka, x pun biru firus khokhokhok.
wah si dia ni sudah jadi mereng. aku tatau dia jd mcm ni. tapi kool la tgk si dia ini jadi gilez. cume gaya tepuk macam cimpanzi tak wat huhu..potong 5 markah
wooo di akhir cerita. ada petikan kata2 tuhan. bgs2 boleh dijadikan contoh n pengajaran kat makhluk2 yg lalai macam mkck jual cendol tue. lalai sungguh keke
`
`
Monday, October 26, 2009
Melantak donut
Aku Mahu Bercuti

huhu aku mahu bercuti. rs berat je dok opis nih..apekah..rasa nak bawa family g jalan2 lagi. aritu da bawa ayah, mak n adik2s terbang. ayah memang da biasa naik plane sbb dia ada urusan kerja ke singapore n indonesia. mak n adik2 lom penah naik lg....hehe lepas landing je kat airport, masing2 berebut2 cite ape yg diorang rasa dalam kapal terbang tadi..seronok je dengar diorang bercerita hehe..xpe2 next time kalo da rezeki, nu*r bawak terbang lagi k
`
`
`
Monday, October 5, 2009
my first bento
Setelah aku membuat kajian dengan terperinci, aku dapati makanan kat kedai kurang berkhasiat, xde protein dan kalsium, xde vitamin E, kurang garam mineral, kurang asid sulfurik, so aku mengambil pendekatan drastik dengan membawa bento sbgai makanan tgahari. Yela untuk menjamin diri aku kekal sihat, bertenaga dan mengekal bentuk badan unggul huhu.
khohoho hari ni hari pertama aku membawa bento(watdehel-bento ada seni lipatan kain). Ni ha aku bawak bekal ke opis. Smlm ckp ngn mak, nak bawak bekal macam masa2 sekolah dulu. Then mak ckp "eh tak malu ke ngn kawan2 opis, bawak bekal". Aku ckp la wat pe nak malu. Biar la diorang memandang dengan senyuman sinis. watpe nak dimalunya. eleh sebenarnya diorang jeles 2 sbb diorang x bawak bekal yg disediakan oleh bini2 n mak2 diorang...huhu jahatnya aku..kekeke
Bekal utuk hari ni, nasi goreng perencah adabi, telur cincau kuning, n telur itik yg sudah jadi masin yg amat
g hospital

semalam pagi,masa aku tengah berfoya-foya depan tv, then ayah bgtau nak g hospital. my atuk yg ku chentai masuk wad. my sis n mak je ikut ayah g hospital. aku tak pegi sebab masa tu tgh comot, tak bermekap2 lagi. biasa la aku kan, nak kena pakai foundation dulu...2 yg lama bersiap 2 hahaha watdehel
aku g hspital ptg ngn my bro. sampai sana je da ada bibik i*a n her husband. tengok atuk semangat je makan. cuma dia takut kena injection haha (cuba tgk dat pic). eleh aku pun takut kena inject, kalo x da lama aku g derma darah. tak lama pun kat sana. lepas ayah blnja makan ramai2, kitaorang balik
`
`
`




