1/2/09. Bulan baru. Yang aku tau hari ni cuti. Cuti Wilayah. Dulu masa aku sekolah teknik kl, rasa pelik tul. Sebabya, time first feb semestinya cuti sekolah. So balik kampung. Tapi bila dok umah, kawan-kawan kampung kena pergi sekolah. Hahaha padan muka diorang. Suka aku dok tengok member aku kena gi sekolah. Tapi bila time cuti Selangor - hari keputeraan sultan selangor, aku pulak kena gi sekolah. Tak leh balik kampung. Selamat dari kena gelakkan nagn diorang. Huahau
Pagi tadi berasa bosan sangat. Bangun pun lambat dalam dekat-dekat pukul 9.30 pg. Malam tadi layan ntah berapa banyak movie. Member roomate tak balik lagi. Lepas siap mandi je, terus g kedai bawah. Untuk menghilangkan kebosanan, kena bermini shopping. Shopping besar-besar kena gi hypermarket. Haha da macam pompuan lak aku. Kopak duit aku beli barang kt kedai bawah. Mahalnya tak ingat.
Nak beli cadar. Nampak cadar colorful kat bawah tue. Aku pun kena basuh cadar and sarung bantal sediada. Da naik gatal2 badan aku. Nak cari gambar sailormoon, tapi huhu takda. Yang da cuma corak2 kotak2. Amik je la. Beli yang single punya. Nah amik ko aku beli kalor merah.
Cadar and sarung bantal yang sudah dipasang..tak sabar punya pasal nak tengok tahap kemerahan katil hostel aku.
Then, amik payung satu. Payung aku yang lama da koyak rabak. Aritu pakai, da bocor sana-sini. Aku rasa masa tue, conpem orang2 yang tengok aku bawak payung tue ingat aku udah gila. Haha. Payung tinggal rangka. Cuma tutup betul2 atas kepala. Kain kat setiap bucu payung udah tercabut and koyak. Bukannya taknak beli tapi asik lupa nak beli je. Kali ni da nampak depan mata, angkat la satu.
Alas kaki pun aku beli gak. Yang ada kat bilik cuma satu. Tak cukup. Kena beli lagi satu. Member2 sebilik tak kerja lagi. Takkan nak suh diorang beli. Oleh kerana aku ni seorang yang baik hati, maka aku beli la alas kaki baru. Lain2 barang - sabun mandi + 2 suratkhabar (aku gila ngan suratkhabar) + vitagen (untuk kebaikan usus kita..hehe)+plastik sampah+buku tulis (nak salin no contact. mana la tau kot2 hilang akunya handset). Fuh, lega hati sudah bermini-mini shopping di pagi ahad ni. HAHAHA.
p/s: kamera kawan aku sudah bengong sebab tue tarikh kat kamera lambat 2 tahun. huhuhu
No comments:
Post a Comment