Apa orang buat kalo dapat duit banyak. Erm banyak tu leh wat. Beli sana, beli situ. Yang baik pulak boleh sedekah kat orang yang nak sangat duit. So, semalam dengan rakusnya aku telah berbelanja sakan kat Mid Valley. Abis je waktu keje, berdesup aku gi situ. Dalam kepala aku, cuma nak abiskan duit je. hahaha....sewel aku ni.. Shopping list udah dilistkan. Budget udah kira. Tinggal nak 'terbangkan duit je. hehehe. Tema shopping kali ini ialah "BERBELANJA LA KAMU SEBELUM KAMU DIBELANJAKAN...hahaha. Tapi semalam cuma Shoppping Part 1. Ada lagi Part 2 and Part 3. Part 2 mungkin hari ini kalo udah cukup energy nak berbelanja. Target arini nak serbu Time Square plak. Nak beli kasut Converse All Star
Mula2 sekali kena la makan coklat dulu. Baru ada feel nak belek2 barang yang aku beli. Kasi kepala aku weng sikit. hahaha. Hazelnuts satu!!!
Aku udah tak larat nak amik gambar seluar2 and baju2. Sebabnya banyak yang amat. Cuma yang aku mampu lakukan adalah dengan mengambil gambar tag harga je. Antara barang yang mahal adalah jeans yang kalo biru lusuh...fuh dasat tol harganya. Tapi nak wat camne...si syaiton yang direjam sudah menggoda aku suh beli suar ni...so aku dengan lemah iman telah membeli suar ini dengan rase tak bersalah...Barang lain2 short pants, track bottom, T-Shirt berkolar and tak berkolar.
Maklum la aku ni single mingle lagi. lum ada bini. So sape yang aku nak peluk kalo bukan Si Bantal Peluk. Hohohoho. Bantal ni sedap tul kalo peluk. Lembut. Tapi semalam segan plak aku ngan org sekeliling sebab menghurung bantal ni ke sana dan ke mari. Lantak la, janji dapat beli and peluk.
Benda alah ini dibeli dengan tujuan menceriakan bilik. hahaha. Leh dengar muzik angin...Ting..ting..ting. Aku tatau ape name benda ni cuma cakap ngan promoter tu saya nak benda yang berbunyi2 ni..hahaha...Tapi roomate aku wat spoil betul la. Dia ckp, kalo tak ada angin, ribut, taupan and at the same time benda ni berbunyi sendiri..maknanya...jeng2...
Hait..ubat gigi and benang gigi pun nak tunjuk ke. Tak ni ha, nak cakap color kotak ubat gigi tu cantik betul..pink kalor...hahaha
Aim aku memang nak beli sabun mandi jenis liquid. Hoho. Check punya check yang ini kasi bau yang agak wangi. Deodorant tu pun wangi gak
Aku kan kaki MP3. So da berdozen-dozen earphone aku rosak. Ni yang dilatest one aku beli. Last time earphone aku rosak sebelah. Tak guna beli mahal2 tapi bunyi macam bunyi tv yang takde siaran. So aku amik yang ni je la. Di samping harganya yang murah, earphone ini mempunyai wire yang panjang di kedua-dua belah telinga. Sony punya brand cuma panjang sebelah je. Naik tecekik aku pakai earphone sony sebab asik tertarik-tarik je bila nak pandang ke kiri dan kanan.
Kasut sukan ini dibeli atas rasa tanggungjawab aku untuk menjaga kesihatan. Kalo x, conpem aku x beli. Nak pakai untuk aktiviti bersukan especially sukan yang aku tak suka : berjogging. Naik patah lutut aku jogs. huhuhuhu
No comments:
Post a Comment