SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Sunday, January 11, 2009

3rd Match

- Selangor Menang Lagi - full stop.





Kah Kah Kah ...suka aku...tapi Liverpool seri 0-0 dengan Stoke City

SELANGOR memahat nama sebagai calon juara Liga Super 2009 apabila menjarakkan kedudukan dalam carta mata selepas menang 3-0 mengatasi Negeri Sembilan.

Di Stadium Shah Alam, Selangor yang bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan dua pasukan teratas, membuka tirai jaringan menerusi tindakan susulan Amirulhadi Zainal pada minit ke-21 selepas ledakan Safee Sali termuntah daripada dakapan penjaga gol Farizal Harun.
Belum sempat Negeri Sembilan menyusun langkah, barisan K Devan sekali lagi menembusi gawang pelawat menerusi Fareez Asmawi pada minit ke-27. Kapten Selangor, Amri Yahyah menebus kesilapannya gagal melaksanakan sepakan penalti pada minit ke-70 dengan jaringan peribadi lima minit selepas itu untuk melengkapkan kemenangan bergaya Merah Kuning.


(sumber : Berita Harian)

No comments:

Post a Comment