SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Tuesday, June 30, 2009

seksanya hendak kahwin



ahad lalu ada ruang rencana di dada akhbar perdana yang menarik perhatian aku untuk membacanya. selalunya banyak rencana berat2...baca sekerat je...tapi kali ni tentang kepayahan lelaki-lelaki zaman sekarang mahu berkahwin...hohoho...aku just summary sahaja apa yang aku ingat agar menjadi ikhtibar kawan2 dengan izinNya..moga ALLAH mengampuni dosa2ku..Amin

Akad nikah adalah proses perkahwinan yang wajib bagi semua pasangan beragama ISLAM. Sudah semestinya masing2 mengimpikan perkahwinan sempurna dan diingati sepanjang zaman. Namun, disebalik kesempurnaan ini, ada masalah mengHANTUi orang lelaki..jika mahu menyunting bunga di taman semestinya ada FULUS yang cukup ==> WANG HANTARAN

Soal wang hantaran jika munasabah bukanlah satu persoalan tapi akan menjadi bebanan jika keterlaluan. Konfem akan dengar "mahu jual anak ke?"

Secara purata kadar wang hantaran pada masa kini ialah sekitar RM 8K ke RM 10K. dan berdasarkan ekonomi dan kemakmuran negara ini dianggap munasabah. Namun jika dihitung perbelanjaan kenduri kedua2 belah pihak sehingga ada mencecah RM 12K ke RM 20K, tidakkah ini menyebabkan pihak lelaki MENGELUH? mana mungkin eksekutif muda yang gajinya sekitar RM1800 hingga RM 2000 dapat menyimpan dalam masa yang singkat. Mahu2 dekat 5 tahun baru mission tercapai.

Kebiasaan harga wang hantaran ditetapkan atas beberapa kriteria:

1) PENGARUH KELUARGA PENGANTIN PEREMPUAN

nak kawin anak mak datin tak sama nak kawin anak makcik jual goreng pisang. jika pihak perempuan mata duitan, mahallah gamaknya duit hantaran. sikap sebegini merosakkan jalinan institusi kekeluargaan itu sendiri.

2) TAHAP AKADEMIK PENGANTIN PEREMPUAN

semakin tinggi tahap pendidikan wanita tersebut, semakin mahal hantarannya. tak sama wang hantaran si maimunah -minah kilang ngn prof.dr.dato'azizah..huhuhu

3)RUPA PARAS PENGANTIN PEREMPUAN

Walaupun perkara ini adalah subjektif kerana kecantikan dinilai berbeza oleh lelaki berbeza namun ia termasuk dalam penetepan harga wang hantaran. Semakin cantik dan 'BERGETAH' seseorang itu, semakin tinggilah nilai yang perlu dibayar.

4) JENIS PEKERJAAN

Pastinya pekerjaan seperti doktor, jurutera, akauntan dsb dibayar gaji mahal..so mahallah jumlah wang hantaran...


walaupun mahal sekalipun seseorang wanita itu, tidak semestinya menjamin kebahagiaan rumah tangga..lihatlah yusr* dan err*, puteri shahana* dan datuk rosla* dsb.. dalam islam yang terutama adalah MAS KAHWIN. tetapi masyarakat mengutamakan wang hantaran daripada kesempurnaan majlis akad nikah. Stigma ini patut diubah..


p/s: bukan senang hendak berkahwin dan melamar anak dara orang.

No comments:

Post a Comment