Cuti2 di China dikira ok. Just bawak duit shopping. This is my first time cuti kat luar negara. Before dis cuti dalam negara je...hoho..cuma cuti kali ni kena keluar banyak sikit belanja including buat passport.
Al-hamdulillah takde musibah yang kena kat aku sepanjang di china except masa entrance kat airport. Kena tahan ngan pegawai airport kat situ sbbnya bila scan temperature, lebih dari nilai manusia normal : 37.3. tu pasal kena soal siasat, check temperature, check tekak, nafas, dada, pressure. Nasib baik tak kena tahan kat spital. Lepas tue diorang kasi lepas selepas bagi satu surat biru. Kesian kat member2 kat bwh tunggu...yelah just nak check temperature ambil masa 2 hours. Sebabnya diorang wat keje memang lembab+lambat+bad english. Aku n ni* sentiasa tertanya2...ape lah diorang nak wat ni. Kejap kuar kejap masuk...huhuhu
Susah tul nak communicate ngan pegawai kat situ. Just 5 words je diorang jawab : yes, no, ok, not ok, wait. Nasib baik ada seorang pegawai perempuan tau ckp english. tu pun sikit2. kira ok la. tanya dia nape kena tahan. Sbb for safety reason H1N1. and for my case nape tak kena tahan sebab mungkin my body lom lagi dapat adopt perbezaan suhu dalam kapal terbang n kat china. Dats why naik .3 degree. sbbnya lepas diorang check tekak, napas, pressure takde tanda2 demam. Cuma ni* je kena tahan sbb naik 37.7 + ngan sakit tekak. tu tanda2 demam. Dia kena tahan kat spital satu malam. Esok petang sampai hotel. So dia terlepas pegi tembok besar china, Kedai Jed, Kedai permata, Market yang murah + makan malam kat restoran china
Just nak conclude beberapa perkara untuk renungan diriku:
1) Bahasa is the power tool when u r travel oversea. Susah tul kalo pergi negara yang rakyatnya kurang tahu berbahasa english especially di china ni. Asik2 mandarin. Kita kena learn Mandarin. I think ingat terms2 yang penting macam nak tanya arah jalan, hospital, tempat makan, harga barang dll
2) Secara tak sedar, kawan-kawan menjadi our important persons bila keluar negara. Sebabnya bila anda termangu-mangu kat tempat asing, tak tahu cakap mandarin, takda duit, takda kredit nak kol, taktau jalan balik, takda makanan nak makan....sapa yang akan tolong kita selain ALLAH. sudah semestinya kawan2 kita. Contoh yang paling ketara kes ni*. Bayangkan kalo dia seorang sahaja datang beijing, then ada musibah kena kat dia, tak ke naya camtu. Nasib baik ada dr : rancang/plan how to get him out from hospital, bernar*: sebagai interpreter, burn: gives his opinion cara balik ke hotel, kawan-kawan yang lain: bagi makanan HALAL wat ni* makan kat spital. Aku takleh bayangkan kalo takde kawan2...huhu
3) Adakalanya kita akan bersikap pentingkan diri sendiri. Then at the end bila kepuasan diri tercapai, kita jadi pemurah kembali seperti di Msia. Ini terjadi bila kita membeli-belah. Kadang2 ada members nak beli barang yang dia NAK SANGAT BELI tapi kehabisan duit YUEN, cuma duit ringgit je yang banyak. Nak tukar pulak rugi sbb mark up byk sgt. Then proses meminjam dgn kwn2 berlaku. Kita pentingkan diri bila terasa byk sangat barang nak beli walhal takde pun. Kita takut kalo pinjam kat member, nanti kita nak beli barang xde duit. Satu lagi bila proses pembayaran. Selalunya kebanyakan members bwk duit besar. So bila nak bayar barang, just wakil je yang bayar. Nnt kat bas byr balik kat dia. Di malaysia, kita boleh byr balik bila2 masa. tapi bila keadaan seperti di China, secara tak spontan kita akan menjadi KEDEKUT+PENTINGKAN DIRI SENDIRI...kalo boleh nak suh byr balik hutang tadi secepat yang mungkin. Takut duit YUEN masing2 tinggal sikit. huhuhu. Finally, kita akan jadi pemurah bila hari LAST DAY cuti. Masa tu ramai la yang nak offer duit YUEN. Sebabnya, ada YUEN lebih + x jupa barang yang nak dibeli+ da borong byk brg tinggal sisa2 YUEN+ terlepas barang nak beli kat market awal2 dek sikap tertunggu2 (mungkin ada kat pasar lain walhal takde pun). Masa ini sapa yang nak. Masing2 pikir nak balik umah + takde barang yang nk beli sbb brg yang sepatutnya nak beli ada kat tempat terdahulu..huh..time brg ada depan mata, duit takde, nak pinjam takleh...time brg tkde depan mata, bru lah dapat rezeki YUEN lebihan...haha...dis is the proof kadangkala manusia bersikap pentingkan diri sendiri...
4) Bawak makanan HALAL sendiri + Air puteh/jarang/kosong/mineral. Ini kerana, setiap restoran yang kitaorng pergi, SAMA SAHAJA jenis makanan dia. Da naik termuntah aku. Masa last day, nasib baik ada sambal bilis goreng yang bawak dari M'sia. Kalo tak, tak leh telan aku. Air pun kena bawak gak sebab susah nak dapat air+ wat cuci "wiiwii"
5) Ubat2-ubatan memang penting. Especially panadol+strepsil+minyak angin. Fuhh...sbb kat china panas yang kering. tekak mudah kering, kepala mudah weng
`
`
`
`
Rajieen | راجعين
11 months ago
No comments:
Post a Comment