Hari ini hari sabtu. Hari sabtu hari cuti. Banyak sangat nak wat sebenarnya tapi huhuu....Hari Sabtu aku akan ...............
Bergelak-gelak dan mengilai macam pontianak dengan roomates aku
Makan icecream yang dijual oleh akak cun kat kedai bawah..lalala
Berdancing dalam bilik macam orang sewel
Membaca paper sambil makan dorayaki
Baring atas katil sambil membaca buku cerita ataupun buku2 lain....wahhh bestnya
Tengok tv sampai juling
Datang tengok seminar kat Dewan masjid UIA
Berdating dengan si ***u*
Bershopping sakan sampai pokai
Bermain pingpong seperti atlet professional..haha
TAPI
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Im stuck here. Writing my thesis report...huhuhuhuhu....HELP ME!!!!
`
`
`
`
Saturday, July 25, 2009
Hari Sabtu
Planner
Semalam one of my member share his future plan. Honestly Im really2 shock and terkasima a few seconds. My personal planner pun x selama itu. Tapi planner dia sampai ke tua. This is very interesting because i hv a friend who sekepala dengan aku. Tapi for the moment my plan xleh tunjuk kat dia atas special reason. Maybe one day ill share wit him. Bro, akunya final destination xlah sampai to win nobel prize. Tapi sekadar mahu seperti 'tok guru itu' kalo boleh. Sikit pun jadilah. Supaya tiada keresahan pada rohani aku. Doakan moga2 kita mencapai cita2 yg telah diplan. See u in 2028. My biggest dream in dat year.
`
`
`
Good Luck Bro
Selamat maju jaya kat member aku- fird*us. Sekarang dia sudah bertukar kerja ke tempat baru. Setat bekerja dengan dia semasa project dengan company di Melaka. 3 orang dalam project ni, aku, fird*us and kor*k. Kitaorng dok kat sana lebih dari sebulan. Then lepas tu jarang satu group project sebab dia stick kat project cnc. Cuma dia tolong checkkan grammar thesis aku sbb his english is better than me. Sekarang fird*us mengikut jejak langkah kor*k yang telah beralih ke tempat lain terlebih dahulu. Dia seorang yang positif in any work, aggressive, energetic, proactive, techomaniac n good planner. Hopefully aku harap aku ada sifat itu dalam diri aku.
Aku tau mesti dia da fikir semasak2-masaknya the possibility, opportunity, responsibility dan momentum kerja di tempat baru before wat this big decision. Your future in your hand. Aku berharap this perubahan mengubah dia menjadi lebih baik. Honestly, i wish one day, im in ur position. Thanks for everything. Good Luck Bro
`
`
`
Wednesday, July 22, 2009
Kek Resepi Rahasia
Traffic Jam di MidValley
Watdehel…tengah2 bergumbira masa nak balik KL dari kampong, tiba2 berlaku kesesakkan dan kesesatan di dalam mid valley. Ingat nak bersenang2 masa singgah midvalley tapi ntah macam mana banyaknya umat kat dalam tu. Selalu x macam ni tapi masa tu dasat
sungguh. Nak g skodeng gurl cantik kat kedai La Boheme pun xleh sbb kene beratur, nak naik tangga bergerak lagi malas itu pun kene bersusun ala piramid, nak cucuk duit pun kene beratur yang panjang macam ular tengah menyusukan anak dia, n paling tak ske time nak memancut membuang air kat tandas pun berlaku kesesakan....dasat tol..apekah sume ini…
Setelah diselidiki dengan jayanya, rupanya hari 2 adalah hari J-CARD day…patutlah ramai orang. Rupanya ramai nak melabur duit kat c 2. Macam orang gila aku tgk.
Ada yang bawak TOTO lah, paling tak leh blah kedai2 sekitar pun wat jualan murah pasal J-Card Day. Sume nak murah. Time aku da duit taknak pulak wat murah.
Gambar mengalami gegaran Parkinson jap, terkejut yang amat sbb tiba2 muncul ramainya manusia-manusia di merata-rata tempat. Ingat ada hari sukaneka kat dalam midvalley. Leh la aku join
Kesimpulan: Jangan la kuar time masa J-Card Day. Kuar lah hari M-Card day ke, P-Card day ke…x pun hari yang xde card…senang nak mengskodeng nnt lalala
`
`
`
Dimanakah tempoyak itu?
Da lama aku tak balik kampong. Ape la mak aku ckp nnt. Lambat tul aku balik bulan ni..ntah nape ntah. Balik je ade la sikit2 changes kat umah. Aku pe lagi…menari A-go-go jap sblm masuk rumah…then g cari itu si hitam…makin gemuk ke makin gatal…asik ngorat kucing betina je kejenya. Balik umah just nak rehatkan badan dan menidurkan diri tanpa henti disertai bantal busuk aku yang udah lama aku tinggal…lalalaala
Sekarang ni tgh musim buah durian. Kat mane2 pun ada. Yang beza cuma mahal atau murah. Aku bukannya kuat makan durian. Dulu memang kuat makan tapi sekarang kalo makan tak sampai 3-4 ulas da muak. Then lepas tu berlari2 keliling rumah mencari kipas cina. Berkipas disertai dengan tarian joget gerudi ala2 inul haha. Tu la, family aku beli banyak durian. Then yang lebih2 tu dibuat tempoyak udang. Fuhh sedap siut. Tak ramai orang suka tempoyak. Si muzr* pun kurang suka. Karang aku bwk ko datang umah aku, makan tempoyak yang mak aku masak, gerenti ko jadi penagih tempoyak nnt. Hahaha.
Sepanjang kat umah, keje aku tak lain tak bukan melantak itu tempoyak. Makan dengan pucuk ubi rebus, ikan rebus goreng panas, n ikan kering. Kalo letak spaghetti itali ngn sos moyanis kat sebelah pun aku tak pandang…haha. Kesannya, selama 2 hari ni, aku mengalami cirit berit yang kronik. Bertafakur sentiasa di bilik air. 2 la orang makan 5-6 sudu je…aku makan satu pinggan…lalala
Kesimpulan: Lenkali kalo nak melantak tempoyak, kena ajak ramai2 makan sama2. Karang leh sakit perut n cerit berit sama2. Berjemaah kan lebih baik dari berseorangan lalalala
`
`
`
PIC Training
Last week selama 2 hari aku n nadia telah menjoinkan training PIC. This hands on training focus on circuit development and how to deal with PIC. Banyak benda yang boleh wat dengan PIC ni dengan syarat kene master programming. Then, kalo part program da master, just kene wat sikit electronic circuit. Balik dari training ni, aku kena cari info sikit+revision and then mungkin nak share ngn existing engineer yang tak g training.So far, this is not advanced training. Basic2 je cm intro into PIC world. Demonstrator memang cukup friendly and ada experience yang luas dalam Pic ni. Pepehal thanks to group cos hantar kitaorang ke training yang mahal tak ingat ni
Hahaha. Cuba lihat betul2…kat nama nadia. Ade ke patut cakap si nadia ni bini kepada bapak dia. Haha. Lenkali kalo nak letak gak dats word, letak la
nama suami nadia…haha gelak sakan. Balik training, mesti si nadia share ngn husband dia
Si nadia tgh khusyuk sungguh wat sambungan wiring kat training kit. Aku amik gambar pun tak perasan..haha
One of the module kat sini. Kasi itu LED bersinar bak matahari nyanyian agnes monica…watdehel?
`
`
`
Tuesday, July 14, 2009
Ke Ibu Pejabat cikgu2
Last week aku disuruh oleh second bos g putrajaya and pergi menyelinap ke kementerian pelajaran Malaysia..Nasib baik si Maisara* ikut sekali..karang tak pasal2 aku berborak2 macam orang hutan kat dalam keta...da la nak cari parking bukan main susah..lenkali letak la parking VIP macam kitaorang ni..kedekut tol..last sekali parking belakang post pak guard...
Naik opis diorang...fuhh..fuhh..dan lagi fuhhhh...dasat...suma nak cantik, baru, berkilat, ada nilai estetik...nak je aku angkut sofa kat situ bawak balik umah...
lepas je jupa akak cantik and borak2 pasal projek...patutnya bagi la buah tangan ke, air sirap limau ais kurang manis ke, karipap makcik maimon ke..ni langsung xde....bertangan kosong je balik UM...huhuhu..
`
`
`
Orientasi
Esok hari rabu. Hari rabu aku suka menyanyi macam orang gila kat dalam bilik time roomate aku kuar hohoho...yosh..bukan nak cite pasal ittew tapi esok hari ada orientasi bersama pelajar2 tahun satu, dua, tiga and empat. Aku sebagai super duper 3x senior diorang yang perihatin lagi bertanggungjawab, membantu menjayakan program tu bersama engineer2 yang lain. Ada gak pelajar2 postgraduate yang join sama.
Part aku, aku kena uat cara2 belajar dengan betul....huhuhu...nak je aku letak first step mesti tahu cara2 meniru dengan berjaya tanpa dikesan oleh lecturer. Itu step yang bagus 2...jangan main2...Satu lagi aku nak letak cara2 mengcopy & paste assignment kawan2 dengan rasa tidak bersalah...biar padan muka kawan 2...sape suh wat sorang2...rasakan kena copy..khokhkokh...akan tetapi the rules bukan ditangan aku...follow jew la ape yg disuruh buat...tapi yang penting and the most important thing...suma pelajar junior kena tahu menari pop yeh yeh 70-an...baru lah menarik lagi tertarik esoknya orientasi...
`
`
`
Friday, July 10, 2009
Seminar.IP
Last tuesday aku n nadi* telah disuruh oleh board untuk datang ke seminar IP kat dalam UM gak..tapi the biggest mistake yang aku wat ialah cara aku berpakaian...hahaha...rupa2nya seminar 2 adalah international seminar...kena la pakai smart2 and hensem2...baju kemeja, tie, kot, kasut kulit berkilat lagi bermuncung tirus...aku pulak pakai jeans, t-shirt, and kasut sukan...khokkhokk...nasib baik vc tak nampak aku...karang..dia suh aku berjoget atas pentas kang...da la step para-para sakura aku tak khatam lagi....
Seminar ini amat berguna bagi sesiapa yang mahu mempatentkan produk kajian diorang. Speaker jemputan terdiri dari UM sendiri, orang government and also from japan JI*A. Tapi yang tak syoknya time speaker dari jepun ckp. bukan la nak mengejek..bi aku pun hancus..tapi actually aku tak paham pepepun time diorang bg speech....bahasa inggeris telah dijepunkan....hahaha...cuma nasib baik ada sorang prof dari jepun ni bg speech fluent gila and very attractive..by the way the whole seminar berjalan lancar cuma BUUUURING sebab tak paham apa yang diorang membebelkan ni...si nadi* pun x paham sama
`
`
`
New Student
Last week new semester bagi semua universiti sudah bermula. Jadi pelajar-pelajar lama and juga pelajar baru setat mendaftar. Pelajar tahun satu memang x penah tgk muka tapi pelajar tahun 5 & 6 ada sekali hhahaha.. ini konpem yg repeat semester...patutlah muka cam familiar je...jangan yang ada bunuh diri macam semester lepas sudah sebab takdapat siapkan tesis...first time jadi kat sini under my supervisor
`
`
Tuesday, July 7, 2009
Minda yang rendah, Emosi yang hancur
Last night, aku n Hani* ada meeting with the Iranians. We hv to dicuss at their place becoz erm..i dont know...i feel a little bit 'fly' with KEKACANG di situ...haha..
Kitaorang ada perbincangan tentang project with kementerian and hani* terlibat bcos we want to grab his expertise...terpaksa la wat malam sbb my schedule sangat la penuh semalam sampai kena wat malam...nasib baik semalam xde puuliss sbb aku da bwak moto macam mat rempit..lalala
Citer disini bukan berkisar mengenai perbincangan dengan those 'YAHOOS' but ada benda yang tak kena di situ. Aku hampir-hampir bergaduh and berperang molot dengan pak guard muda yang tuuuut...HUHH...just a small thing tapi diorang handle macam negara ni nak g berperang ngan YAHUDI...kisahnya begini...aku mahu park my moto inside the resident area but pak guards yang EGO lagi BERLAGAK cam sang kancil itu melarang sekeras-kerasnya sampai muka BERKERUT SERIBU...aku ckp moto itu bahaya letak luar pagar sebab senang nak curi tambahan pulak tempat yang diorang suh aku parking di luar radius mata diorang...susah nak view dari guard post...lagi pun byk kes kecurian moto kat situ...tapi diorang degil gak...so aku nak rasa gak degil tu camne...jadi aku wat tatau je bwak moto dengan selamba masuk pintu pagar and parking...
then...oleh kerana terancam akan keegoan mereka itu...mulalah AKAL FIKIRAN diletak di bawah...EMOSI disanjung bak mahkota berkilau...MOLOT dari ber'sopan santun' telah bertukar menjadi bait-bait ayat yang hina lagi keji untuk didengar...MENGHALALKAN kemarahan dengan MEMBABI BUTA tanpa memikirkan secara kritikal apa yang dikatakan....disini kita boleh lihat fikiran orang kelas bawahan yang belum didedahkan dengan ilmu yang berguna tetapi dihadiahkan dengan emosi yang hina..ye la pak guard kan selalu dok melangu je membuang masa...apa salahnya dioarang bina sikit IQ and EQ diorang ke tahap yang sepatutnya ditambah pulak pembinaan spiritual yang kukuh....for sure benda yang sekecil itu diorang akan dapat tangani dengan lebih berhemah dan terselindung sifat keji pada diri...
diorang sampai ketahap meNGUGUT-ugut...apa da diorang ni...tak malu ke kat pelajar2 asing disitu..memalukan MELAYU...last sekali oleh kerana aku seorang yang tidak suka membuat hal...terpaksa mengalah dan membenarkan ape yang diorang wat...disini baru aku sedar...lain orang lain tahap pemikirannya...diharap aku mendapat hikmah disitu n semoga ALLAH mengampuni dosaku...
`
`
`
`
`