SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Monday, October 26, 2009

Aku hamil?




aku rasalah otak aku udah mereng jap lately. dlm byk info yg menarik lg tertarik dalam internet, aku leh tersuka baca info tentang kesihatan perempuan mengandung. aku siap baca dari fasa kehamilan hinggalah kelahiran...uuuu horror tul orang mengandung ni..takut aku tengok...kadang2 aku rasa macam nak meletup je perut org hamil..takut dowh...harap2 jgn lah bakal bini aku terberanak depan aku...kalo x, conpem aku masuk wad sekali huhuuhu. tak leh tgk itu darah...


disini share info cara nak tentukan anak laki or pompoan. got dis from dis website


Benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih2 tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telor/benih isteri hanya membawa keromosm X.

Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).
Ciri-ciri benih lelaki berbeda – benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbading dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.


Merancang Anak Lelaki


1. Makanan yang asid saperti buahan2 limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencoba. Makanan laut adalah digalakkan, zat2 logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetsan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.
3. Menukarkan cecair faraj kepada alkalin dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) satelah air mani suami menjalani peroses ‘layering’. Atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipileh embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua2 kaedah tersebut tidak perbolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.



Merancang Anak Perempuan


1. Digalakkan memakan makanan yang asid saperti limau, asam , nenas, cuka, air minum bergas dll. Pantang makanan laut.
2. Persetubuhan dialakukan sebelum penetasan telor isteri(ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian2 subur. Sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Ujian Ultrasound pada kebiasaannya boleh mengesan jantina bayi dalam umor kandungan antara 5-6 bulan.


Bolehkah merancang anak kembar ?

yg ni kena cari lagi


`
`
`

No comments:

Post a Comment