SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Tuesday, November 3, 2009

Memory MC-Roomates


dari kiri: na*ib, zul, su*airi and lu*fi



sejarah awal pembabitan

Permulaan memory kisahku di hostel MC, aku mahu cerita tentang orang yang paling dekat di kala itu, sapa lagi kalo bukan roomateku yang terchenta( ye ka?). Dahulu hostel ini dikenali sebagai millenium court, then dibeli oleh pihak MAHS* College. sama jugak singkatannya-MC.

Masa final year aku decide mahu duk luar (eleh bukan kena buang kolej ke hehe). bukannya pe dok dalam pun ok gak tapi wat aku asik sakit pala, sakit hati huhu. tandas kat hostel dalam kena kongsi ramai2. aku secara tak langsung jadi pekerja kontrak cuci-cuci tanpa gaji. kena bersihkan tandas yang kotor. bbudak yang dok ni bukannya reti jaga tandas. asal balik kuliah je, jenguk tandas, mesti tersumbat ngn tisu la, plastik la, sabun la huhu..so nak tak nak aku terpaksa bersihkan sebab camner aku nak buang air dengan rasa gumbira kalo tandas punya la kotor. So kesimpulannya, aku jadi pencacai bersihkan tandas x bertauliah tiap2 ari.

untuk mengelakkan migrain yang berpanjangan, aku n naj*b decide nak dok luar. masa tu hostel MC baru bukak. ramai yg tokmo amik sbb sewa biliknya mahal. kitaorang redah je asalkan selesa. kesannya, masa g kuliah, kawan2 tanye, ko dok mana skrang? aku jwb la dok mc. jawapan tipikal dan spontan diorang- wah itu hostel org kaya kekeke.


Roomates



Aku sewa bilik yang leh letak 3 orang. Roomate pertama aku ofcos la si na*ib. sorang lagi kosong. lum ada lagi yang masuk. lama gak kitaorang dok berdua (macam gay la plak), adalah dekat setahun. then masuk budak dari sabah, namanya ry*n. rambut dia fuhhh panjang siut. guna teknik rebonding tu. aku ngn na*ib punya la suspen, islam ke dia ni. nama pun cam orang putih. rupanya dia ni muallaf, baru masuk islam. huhu. si ry*n ni kurang bercakap. aku tye sepatah, dia ckp 1/2 patah..apekah..ada zamrud kot kt molot dia.


Si ry*n x dok lama. dia blah cam tu je. tak cakap ngn kitaorang. cis, nasib baik dia x kebas skali barang kitaorang. then masuk pulak budak pahang. namanya zulfa*li. dia ni kuat main game. asal aku balik keje je, main game. takde benda lain. tapi jgn main2, dia ni ada akak cun kekeke :P. masa ni na*ib pun da kuar hostel huhu. tinggal aku ngn zul je.


Si zul kuar, masuk plak mamat afrika. si hitam gelap. bilik kalo blackout, konpem tercari2 gigi dia. yela, gigi dia putih, secara x langsung jadi lampu suluh kat bilik kakaka. nama dia ibrahim. orang djibouti. huhu alim dowh dia ni. kuat g surau. hari2 aku kena tarbiah ngn dia. alhamdulillah, disebabkan dia, aku berubah kepada yg baik. dia pantang tgk pompuan seksi. kalo baca majalah sama2 pun, if ada gambar pompuan seksi, dia kasi tutup ngn tgn dia dulu. lps tutup je sume, baru leh baca balik kekeke. so sepanjang aku dok ngn dia, mata aku berpose penuh...sungguh aku ckp. huhu aku nak wat jahat kat bilik pun pikir 2 kali hahaha


lepas ibrahim kuar, masuk pulak si mamat dari arab. namanya iyad, org yaman. dia ni wa ckp lu. teruk bebenor. tatau aku nak ckp pe. nasib baik aku udah ditarbiah ngn si ibrahim, kalo tak hanyut aku ngn si iyad ni.


last sekali lepas iyad kuar, aku dok ngn budak ppum. sorang dr perak, sorang lagi dari melaka. yg budak perak 2 namanya su*airi, yg melaka- lu*fi. diorang amik kursus makmal. huhu masuk je panggil aku abg nua. mcam da tua sangat aku ni khokhok. alhamdulillah perangai diorang x teruk. so far diorang follow ape yg aku praktikkan kat bilik. bukannya nak ckp besar, tapi aku peratikan diorang berubah sikit2 ikut ape yg aku tanpa disuruh macam baca quran, solat kat surau, baca buku, menari agogo (ha yg ni x betul kekeke).


Konfrantasi bersama roomates dan pendekatan aku


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora, pokok mana yg tidak bergoyang kala ditiup angin, perut mana yg tak berbunyi kala lapar. huhuhu berfalsafah la plak.


aku tak nafikan, sepanjang dok bersama2 dgn macam2 karenah manusia dan latarbelakang, mesti ada time tak sejiwa dan tak sekata. erti kata lain, berselisih paham. Honestly, aku bukanlah seorang yang pemarah. aku memang dok suka marah jika tidak perlu. aku memang x pandai marah. geram ada la huhu. memang ni sikap aku. aku kalo marah kalo betul2 terpaksa. so macam mana aku menegur manusia2 di bilik ini jika mereka membuat kesilapan?


x sume org leh kena marah. karang tak pasal2 aku yg kena marah balik. aku tidak menegur mereka secara direct tapi ape yg aku buat adalah secara perbuatan. aku bukan nak mengaibkan perbuatan seseorang cuma aku nak mengingatkan diri aku ape yg aku wat jika berada dlm situasi begini pada masa akan dtg. contohnya dengan si lu*fi dan su*airi. diorang ni suka sangat gantung sotong kurita (seluar dalam) kat tingkap. aku memang sangat2 tak gemor. yelah, depan bilik aku ni gurls nurse. nanti diorang mesti nampak spender ape yg diaorang pakai. silap aribulan, nurse2 ni ingat tu spnder aku. so aku sgt2 tak suka diorang gantung kat tepi tingkap. ape yang aku wat, adalah aku alihkan spender diorang then gantung sebelah bilik air or sebelah katil. Tiap2 kali diorang gantung, masa diorang takde kat bilik, aku senyap2 g gantung tempat lain. so akhirnya diorang paham, abg nua tak suka kalo gantung spender tepi tingkap. secara automatiknya, lepas tu diorang udah x gantung lagi kat tingkap. cume ngn si lu*fi ni, dia blur sikit, so aku kena ckp direct ngn dia minta dia jgn gantung kat tingkap.


macam tu jugak ngn ry*n. dia ni kuat merokok n suka merokok kt bilik air. aku mana suke hidup ngn asap beracun tu. so ape yg aku wat, aku sje wat batuk2 kuat2 kat bilik air masa time aku mandi. last2, dia g rokok kat luar bilik hahaha. ngn si ibrahim pun satu, dia ni suka sangat makan tapi tak buang sampah. sume sampah kasi longgok kat sebelah meja. ada satu ari 2 masa aku tgh nk kemas2 bilik, aku tengok da berulat da sampah dia. tapi nk tegur dia ni payah sikit. dia ni tak leh ckp direct. ape yang aku wat, aku msg kat dia, aku jatuh sakit pasal bilik kotor. Ptang tu jugak, dia kasi bersih n buang sampah2 dia...hehe jahatnya aku.


tapi ada sekali tu, memang aku marah on direct. takde lapik2. sebabnya ada satu ari 2, si lu*fi lupa tutup seterika. angin gila aku masa tu. kalo terbakar bilik macam mana. jadi, aku tunggu dia balik kuliah, sampai je kat bilik, suh dia duk face 2 face ngn aku. then aku ckp elok2 aku agak kecewa ngn sikap sambil lewa dia sebab benda kecik pun xleh wat. just switch off the sterika pun leh lupa. lepas setel je sume, aku tgk dia mcm angin sikit. aku ni bukan suka jenis gaduh lama2. x best dowh dok masam2 muka. malam tu, lepas aku kasi angin aku kuar, aku belanja diorang makan kfc. alhamdulillah everything back to normal.
`
`
`
`

No comments:

Post a Comment