SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Saturday, January 31, 2009

Haikal

Haikal and pasangan - mariam


Semalam dapat email kat friendster. Kawan aku masa belajar kat UM-Haikal, akan berkahwin dengan pasangannya S.Mariam. Diorang akan berkahwin pada 14/3/09 (umah pompuan) and 22/3/09 (umah laki). Umah laki kat bentong, pahang. Masa time belajar dulu, diorang ni memang da couple..kalo ta silap sejak tahun satu lagi. Satu-satunya pasangan sama batch and paling lama bercouple.
Aku da satu lagi member. Dia pun couple ngan kawan satu batch. Lama gak tapi tup tup yang si gurl dengar cite da bertunang ngan orang lain and this year mungkin akan kahwin. Dulu kitaorang member2 semua ingat diorang ni conpem kahwin sebab asik berkepit je ke hulu hilir. Tapi, lastly takde jodoh. Takpe la as long masing2 gembira sudah.


Friday, January 30, 2009

nothing to do


Malam ni malam jumaat. Sepatutnya time2 macam ni aku mengaji and baca surah yassin. Tapi aku rasa malas sangat. Tu la si syaiton yang direjam sudah berlegar2 kat bilik. Best sangat baring atas katil sambil baca paper hari ini. My fav. paper = MalayMail coz simple and nipis. Satu lagi murah je-RM 1. Tak payah terkial-kial tambah 20 sen la, 50 sen la cam suratkhabar lain. The Sun...huhu ni suratkhabar ke jual kertas terbuang. TEBAL sesangat. Letih nak pegang. Kalo nak cari keje, hehehe baru la cari paper ni.

Lepas buring hafal satu paper, then main crossword dalam paper MalayMail. Nak main sudoku tapi rasa malas pulak nak berfikir. Normally, aku siap dalam 15 minutes, tapi entah macam mana malam ni aku leh tersiap 10 minit je. HAHAHA...suka aku


Then, amik gambar kat dinding bilik aku. Every month selepas aku bayar duit hostel, slip resit yang aku dapat, terus tampal kat bilik. Nak ingatkan aku berapa banyak duit yang aku habis dok kat hostel yang MAHAL ini.

Bebudak opis aku da kempunan makan roti gardenia. Sape lagi yang tukang promote..hehe. Da macam dadah pulak kalo tak dapat makan. Si Tasha suh aku belikan. Katanya dia teringin nak makan. Baby dalam perut pun nak makan gak. Dia da suh husband dia carikan, tapi roti ni susah nak jumpa. So, aku belikan satu buku untuk dia and lagi satu buku untuk kawan-kawan opis. Aku belanja..baik tul aku ni...hahaha





Thursday, January 29, 2009

Kenduri kat rumah paman tahir

Ahad lepas ada kenduri kesyukuran and kenduri arwah. Paman Tahir and Makcik Rozi yang wat. Dengar cite, diorang baru naik pangkat ke naik gaji. Murah rezeki. So, kenduri ni dibuat nak bagi sedara2 and kawan-kawan diorang makan. Siang, setat lepas zohor, da setat majlis makan-makan. Malam pulak wat kenduri arwah.





Ni Paman Tahir. Sengetkan kepala sikit k



Sapira ngn nenek aku. Si sapirah ni pantang nampak kamera. Asik nak bergambar jew


Ha..yang mengadap kamera ni ustazah sekolah rendah aku - Ustazah Kalsom. Dia ni dulu tak mengajar aku tapi aku kenal rapat ngan dia. Sebabnya dia ngan mak aku sama2 mintak keje jadi ustazah dulu. Sangat2 la peramah. Siap cerita apa yang kawan-kawan aku kat kampung. Anak dia dulu sama kelas ngan aku. Kitaorang panggil dia mamat zkrisham. Tapi mak aku cite dia ni sekarang wat keje yang tak elok. Ntah la mamat. Aku harap jangan la bergaul ngan orang jahat.




Suasana majlis




Sapira, mak sapira - bibik ijah dan bibik mum yang tengah wat muka sememeh



Yang pakai baju kalor pink tue bibik mum. Mengandung lagi..haha


Suasana majlis tahlil. Orang tengah sibuk baca zikir aku sibuk amik gambar..huhuhuu



Paman Tahir tengah cakap something kat pak imam




Abis zikir and doa, makan



Sepupu sepapat tengah makan


Sepupu2 pompuan


second person



pagi tadi check email, dapat email dari member UM. Sorang lagi kawan aku kawin. Namanya Nad.Salwa dengan pasangannya azmi. Tengok kad kawin dia, adik die ke atau kakak dia join kawin skali. Bagus la jimat kos. Kad kawin style zaman awal 2000. Nice and simple. Ok semoga berbahagia

Tuesday, January 27, 2009

The first person

Untuk tahun 2009, undangan pertama ke majlis kawin jatuh ke kepada Sharizan Saroni, kawan sekampung aku. Huhuhu. Dia ni patut bangga sebab antara banyak2 kawan aku yang nak kawin tahun ni, dia la yang pertama sekali wat majlis. Actually, dia ni dengar kabar sudah nikah. Cuma majlis kawin je wat lambat sikit. Bini ntah tatau aku orang mana. Yang aku tau bini dia ni adik beradik ngan bini hafizi taslim, kawan sekampung aku gak.

Aku tak berapa rapat sangat ngan dia ni. Tapi kalo jupa, leh berbual2 cecah sejam dua. Last time aku jumpa dia masa kat majlis kawin Helmi Roji, tahun lepas. Anyway, congratulation and semoga berkekalan sampai ke mati.
kad kawin warna merah jambu- Sharizan and Norazian. Kat sampul tu ada name aku..tapi salah ejaan..huhuhu

Kasut Baru

Satu ari sebelum EXPO UM09, aku jenjalan pusing2 satu midvalley. Nak cari kasut kulit. Expo macam ni kena pakai formal sikit. Sebab the first day, judge datang and orang2 kehormat pun ada jejak kaki kat expo ni. Kalau x, aku bantai je pakai my favourite kasut - CONVERSE ALL STAR...selesa sikit... Tapi the right reason is bos aku a.k.a lecturer aku datang pagi tue sebab dia presenter untuk dua booth. Karang x pasal-pasal kene tegur and perasaan malu akan timbul. kahkahkah..

Petang tue lepas abis waktu keje, berdesup aku pergi MidValley. Cari kasut kulit. Target kalor hitam and harga murah. Lagi pun bukannya aku pakai selalu. Cari yang nampak cam mahal la tapi padahal harganya murah bebenor. Pusing2 then jumpa kasut yang nampak ori+mahal+cantik tapi murah...hahaha..kt BATA..harganya x mahal pun...RM 79.00 je... saiz kasut 7 tapi kasut ni nampak cam saiz 8 pulak sebab nampak panjang. Lantak la..janji aku nampak macho+bergaya+cool...hahaha. Tapi memang betul...pagi2 masa aku datang opis, si farahanah da tegur aku pasal nampak aku pakai kasut baru ni....hahaha

Monday, January 19, 2009

Result Juara Lagu



Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) malam ini mencipta kejutan apabila Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai Juara Lagu. Kemenangan lagu itu ternyata melenyapkan harapan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir yang disebut-sebut bakal mengungguli anugerah berprestij itu yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil.



Kejayaan lagu tersebut melayakkan komposer dan penulis liriknya iaitu Taja Tass dan Lan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi. Hadiah utama disampaikan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Bukan itu sahaja, lagu itu juga berjaya memenangi kategori pop rock yang membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.



AJL23 turut memperlihatkan lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok, Ahmad Izham Omar dan Faizal Tahir dinobatkan sebagai juara kategori Balada serta berjaya membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi. Lebih manis lagi untuk Faizal apabila menerima dua lagi pengiktirafan iaitu Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik menerusi lagu yang sama dan menyaksikannya membawa pulang wang tunai secara keseluruhannya berjumlah RM20,000. Sementara itu, bagi kategori Etnik Kreatif pula, kemenangan berpihak pada lagu Persoalan Cinta nyanyian Farawahida dan melayakkan komposer dan penulis liriknya, Julfekar, Ku Seman dan Izza Rosley membawa pulang RM12,000 dan trofi.



Seramai lapan orang juri profesional mengadili anugerah berprestij itu iaitu Acis, Adibah Noor, Hazami, Dr. Wan Zawawi, Saharudin Musthafa, Mohariz Yaakup, Helen Yap dan Azmeer selaku ketua juri.AJL23 bertemakan Iluminasi Muzik itu menampilkan tiga pengacara iaitu Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail.



Anugerah Juara Lagu yang dianjurkan sejak tahun 1986 itu adalah acara tahunan untuk memberi pengiktirafan kepada para komposer dan penulis lirik tanah air.
Antara lagu lain yang bertanding adalah Dusta Berkalang nyayian Aiman, Doa Dalam Lagu (Zahid dan Heliza), Dingin (Ziana Zain), Cuba (Faizal Tahir), Bila Nak Saksi (Spider), Hanya Di Mercu (Ayu), Lagu Kita (Aizat), Yang Pernah (Estranged), Aku Stacy (Stacy), Kalis Rindu (Elyana) dan Bukan Di Sini (Sofaz).

Juara Lagu 2009

Hari ni anugerah juara lagu 2009. Finalist:

BALADA

1. DinginSinger: Ziana Zain
Music: Azlan Abu Hassan
Lyrics: Azalea

2. Sampai Syurga
Singer: Faizal Tahir
Music: Ahmad Izham Omar
Lyrics: Faizal Tahir

3. Bila Nak Saksi
Singer: Spider
Music: Tam
Lyrics: Loloq

4. Cuba
Singer: Faizal Tahir
Music: Audi Mok
Lyrics: Faizal Tahir

5. Lagu Kita
Singer: Aizat
Music: Aizat
Lyrics: Aizat

6. Hanya Di Mercu
Singer: Ayu
Music: Aubrey Suwito
Lyrics: Habsah Hassan

POP ROCK

7. Kalis Rindu
Singer: Elyana
Music: Aidit Alfian
Lyrics: Ad Samad

8. Yang Pernah
Singer: Estranged
Music: Estranged
Lyrics: Estranged

9. Lagu Untukmu
Singer: Meet Uncle Hussein
Music: Taja, Tass & Lan
Lyrics: Taja, Tass

10. Bukan Di Sini
Singer: Sofaz
Music: Zimi Sofaz & Ameer Sofaz
Lyrics: One

11. Aku Stacy
Singer: Stacy
Music: Intan Norul Azlin
Lyrics: Intan Norul Azlin/Layla Ismail

ETNIK KREATIF

12. Dusta Berkalang
Singer: Aiman
Music: Hafiz Hamidun
Lyrics: Ahmad Fedtri Yahya

13. Persoalan Cinta
Singer: Farawahida
Music: Julfekar
Lyrics: Ku Seman/Izza Rosley

14. Doa Dalam Lagu
Singer: Heliza & ZahidMusic: Ajai
Lyrics: Loloq


Hadiah yang bakal dimenangi para pemenang:


Juara Lagu ke 23 – trofi dan wang tunai RM25,000
Juara Etnik Kreatif – trofi dan wang tunai RM12,000
Juara Balada – trofi dan wang tunai RM12,000
Juara Pop Rock – trofi dan wang tunai RM12,000
Persembahan Terbaik – trofi dan wang tunai RM10,000
Vokal Terbaik – trofi dan wang tunai RM10,000



Tahun ini, AJL akan dihoskan oleh Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar. Malam berprestij itu juga bakal memperlihatkan persembahan dari M Nasir, Jamal Abdillah dan Jaclyn Victor dalam persembahan ‘interlude’ sementara One Nation Emcees sebagai persembahan pembukaan.

Thursday, January 15, 2009

Roti Gardenia


Hari ni aku tak sihat. Selsema and batuk-batuk. Suara pun da jadi serak. Mungkin sebab 2 hari berturut-turut dok dalam DTC. Dalam tue sejuk sangat macam peti ais. Da pakai sweater pun rasa sejuk lagi. Amik emergency leave arini and tak jaga expo.

Satu hari baring atas katil. Kalo boleh xnak makan panadol ("this thing can effect your health in the future"...ada member bagitau). Kalo pikir secara logik memang betul sebab jangan terlalu depend sangat ngan panadol ni..nanti x pasal-pasal ketagih. Asal sakit je makan panadol. Sekali-skali xpe kot. Tue pun kalo da x tahan sangat.
Makan pun tak berapa lalu. Just makan Roti Gardenia Delicia Butterscotch. RM 4.00. Memang sedap. Makan camtu je. Kawan-kawan pun ada cakap roti ni sedap...memang sedap pun bila makan. Color kuning cair+ada bintik-bintik butterscotch (Butterscotch is a type of confectionery whose primary ingredients are brown sugar and butter). Malam karang beli lagi..haha

Aritue udah rasa Roti Gardenia Delicia Choco Raisin. Harganya RM 4.00 gak. Rasa coklat plus ngan kismis. Satu hari melantak makan benda alah ni.

Gardenia Delicia Choco Raisin

Roti Gardenia Delicia Butterscotch

(got dis pics from Ummi)

Sunday, January 11, 2009

Cenderamata and Cenderahati Part 1

Hari ini tak balik kampung atas hal-hal tertentu. Balik mungkin 2 minggu lagi masa hari raya cina. Boleh cuti panjang. Pagi ni kt bilik kemaskan locker yang udah macam kapal pecah. Macam-macam ada...jangan main-main. Dari baju seluar, important documents, my treasure, tabung duit syiling, vitamins + minyak ikan salmon, album gambar, surat2 and kad-kad jemputan kahwin. And masa tengah kemas2 2 terjumpa gifts daripada member2 and my bos. Dapat je ape2 cenderamata atau cenderahati terus je campak dalam locker. Barang yang tak tercampak kat dalam locker, mungkin aku udah campak kat tong sampah, bagi adik beradik, used it sampai kondem, hilang etc. So ini saja la yang aku dapat kumpul


(aku lupe set tarikh kat camera. So tarikh yang salah kuar padahal aku baru amik tadi..huhuhu)



Part 1 - Gifts dari majlis kawin


Macam-macam bentuk cenderamata aku dapat. Dulu-dulu masa ikut parent gi umah orang kawin, mesti dapat bunga telur. Yang bezanya cuma color bunga tue and bentuk bunga. Kalo nasib agak baik, kadang-kadang bunga telur tue ada duit syiling. Duit syiling tue terselit dalam bunga rampai. Paling banyak duit syiling singgit warna kuning (da kena tarik oleh gov). Sekarang, macam-macam patent. Sudah jarang dapat bunga dengan telur rebus. Mostly orang bagi makanan such as sweets, cupcake, nata de coco, etc. So yang kat bawah ni aku jupa dalam locker aku. Yang x jupa tu mungkin aku da buang. Food gift udah dalam perut and udah diprosess menjadi s**t. HAHAHA.



Beg duit syiling. Beg dompet yang cute kat atas tu NATASHA bagi. Ada ke lelaki pakai purse cam ni. Last2 aku bagi mak aku pakai. Huahaha


Bakul ini dalamnya gula-gula. Mixing gula-gula. Kadang-kadang ada coklat bola

Lilin Wangi

Sudu and Garpu



Kipas.Banyak orang bagi kipas tapi mostly da JAHANAM aku pakai..yang ni nasib baik terselit kat dalam locker. Kalo x sama-sama hancur..hahaha


Sapu Tangan. Dililit cantik dengan bunga ros color coklat and putih dalam tikar kecik.

Yang ni satu lagi. Lilin Wangi. Tapi letak dalam box kecik. Yang ni kalo x silap kawan sekolah teknik aku kawin - Sazzuana. Nasib baik si dia ni stick nama kat lilin ni. Kalo x aku da lupa sapa yang bagi.

Frame gambar. Diberi oleh Zuliana Zulkifli, kawan sekolah rendah dulu
.
..
...
....
.....
......
.......
Akunya majlis kahwin...nak bagi pe ek?

3rd Match

- Selangor Menang Lagi - full stop.





Kah Kah Kah ...suka aku...tapi Liverpool seri 0-0 dengan Stoke City

SELANGOR memahat nama sebagai calon juara Liga Super 2009 apabila menjarakkan kedudukan dalam carta mata selepas menang 3-0 mengatasi Negeri Sembilan.

Di Stadium Shah Alam, Selangor yang bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan dua pasukan teratas, membuka tirai jaringan menerusi tindakan susulan Amirulhadi Zainal pada minit ke-21 selepas ledakan Safee Sali termuntah daripada dakapan penjaga gol Farizal Harun.
Belum sempat Negeri Sembilan menyusun langkah, barisan K Devan sekali lagi menembusi gawang pelawat menerusi Fareez Asmawi pada minit ke-27. Kapten Selangor, Amri Yahyah menebus kesilapannya gagal melaksanakan sepakan penalti pada minit ke-70 dengan jaringan peribadi lima minit selepas itu untuk melengkapkan kemenangan bergaya Merah Kuning.


(sumber : Berita Harian)

Saturday, January 10, 2009

Trophic Thunder & My Sassy Girl

Semalam singgah pasar malam kat Stesen LRT Universiti, depan Vista. Pasar ni ada tiap-tiap hari isnin dan jumaat. So, oleh kerana teringin nak tengok movie malam ni, singgah pasar ni jap. Nak beli DVD movie.

Pasar ni banyak diramaikan oleh bebudak UM. Nasib baik tak jumpa student 2nd year, 3rd year and final year department aku. Aku pernah ajar tutorial electrik and lab demo kat student 2nd year. Aku jadi mentor a.k.a supervisor kat student 3rd year sebab dis year diorang amik subject Industrial Project (IP). For 4th year student, aku handle 3 orang student - Law Jun Kiong, Tan Hsu Siang and Sharon Leong. These student amik subject project ilmiah a.k.a Thesis. So aku jadi mentor diorang. Kalo jupe, mahu tak kering duit aku kene belanja diorang.

Cari punya cari, kenen 2 movie ni. First Movie : My Sassy Girl. Starring by Elisha Cuthbert. Macam romantic comedy movie Korea..ala yang cite klakar nerd guy meet very2 beautiful girl. But perangai gurl tue.....teruk tahap dewa. Abis si boyfriend 2 kene torture ngan girlfriend die. Movie yang aku nak beli ni versi omputih. Tapi malang betul tue DVD yang aku beli ni rosak. Tak dapat tengok. Minggu depan kasi tukar.


Satu lagi movie : TROPHIC THUNDER. Member2 cakap citer ni klakar tahap maharaja. Starring by my favourite actor : Ben Stiller. Hahaha memang lawak cite ni. Pasal 3 orang actor popular tengah shooting citer perang. Tapi dioarang tatau, tempat shooting tue actually memang tempat terrorist. Hahaha. Diorang ingat prop letupan, bunyi tembakan etc tue sume prepared by pihak producer. Padahal diorang memang betul2 perang ngan terrorist. Haha. Director kene bom sampai berkecai hancur diorang ingat itu cume patung tipu yang sudah letak sos darah...hahaha. Rekomen tengok cite ni



Expo UM

UM RESEARCH, INVENTION & INNOVATION EXPO 2009
“Value Creation Through Research and Innovation”

Date : 13 - 15 January 2009
Time : 9.00 am - 5.00 pm
Venue : Dewan Tunku Canselor, University of Malaya
Organiser: Institute of Research Management and Consultancy (IPPP) UM

Next week ada expo kat DTC, UM. Group Research under bos aku masuk 8 booths. 6 booths masuk competition and lagi 2 booths tak masuk. Just masuk sebagai tanda penghargaan UM sebab dulu dapat medal kt EXPO UK. So, booths ini diletakkan sebagai pameran kat enterance DTC.

Booths yang masuk competition

1) Project Mr Herlinsyah
2) Project Mr. Fauzun
3) Project Pn Bushroa
4) Project Dr Reza (2 project)
5) Project collaborate ngan Cystall Group - project My Bracelet

Booths Penghargaan

1) Project MQL, dr hamdi
2) Project Dr Tan


So, aku dikehendaki jaga booth Mr Fauzun dan booth Pn Bushroa. Actually, aku jugak terlibat ngan project My Bracelet. But group member dari Crystall Research Team boleh take over jaga booth 2. Sebabnya group research kitaorang x cukup member. Dats why aku x leh join jaga booth project My Bracelet.

Wednesday, January 7, 2009

Medical Checkup

Dulu masa tahun 2006, aku alami eksiden yg boleh diklasifikasikan sebagai kritikal (doktornye pendapat), teruk n dasat (org ramai), wah takutnya!!! (bebudak)..hahaha. Yela teruk gak kecederaan aku. Patah sana patah sini simen sana n sini. Da jadi cm robot plak hohoho. Kene wat operation tue..jgn main-main and doktor suruh terus wat operate. Xyah queue ngn patient lain. Kiranye dapat laluan istimewalah..dpt green light dr doctor bedah. Tp urgent pun aku kene tunggu gak seminggu sblm masuk dewan bedah. Sbb rupe2nye slps tue ada org lagi dasat(3x) dr aku. Org2 itu punya eksiden menyebabkan aku dapat nombor corot. Ingatkan aku dapat no 1 kene bedah dl tp turun pangkat jadi no ke brapa ntah tatau. By dat time terbongkang la aku atas katil sepital. Masuk wat ORTHOPEDIK. Wad ini dikhaskan untuk org yg patah-patah tulang. Ada patah kaki, tangan, bahu, rusuk, lutut n paling teruk patah tulang belakang. Pandang katil sebelah kiri ada org tua melayu. Katil depan org tua india. Katil arah barat daya (woo masuk ilmu geografi lak) seorang nenek cina. Aku rasa kan time tue aku da jadi macam org tua plak..hahahaha...xde pun org muda2. Yg ada pun sikit. Tue pun ada sorang remaja skolah. Mase time buring2 tue tanye gak budak tu...cmner die leh terlantar masuk wad. Dia ckap kaki die patah tebu. Diulang patah tebu. WAAAAH. Kiranye macam patahkan batang mancis la. Tanye lagi tulang belah mane yg patah. Die ckap tulang kering. Sbbnye kalo x silap kene langgar lori..siankan. Lori boleh kasi patah kaki dia. Lom lagi basikal. Mesti lagi dasat.

Uuuu takut gak bile ingat2 mase kt sepital dulu especially time before masuk operation room. First time tue nk kene bedah. Bangga tol aku. Bukan senang nk kene dibedah..x sume org dpt kan…hahaha…apakah??..bukan ke org x suke kene bedah. Sbb nye suatu perasaan keSAKITan yg amat dasyat akan muncul. Org slalu ckp kene bedah tue x sakit sbbnye kene BIUS. Mula2 suke la sbb nanti x rase sakit sbb kene bius tp suke itu cume dlm jangka masa yang pendek. Sakit tue datang time lepas bedah. Yela bius a.k.a DADAH sudah abis dlm badan. Dos yg ada dlm badan sudah abis. Masa tue memang rase sakit sampai nk cakap pun x boleh. Nak minum air pun x larat disbbkan peritnye kene bedah. Masuk kol 8 pagi and selesai dlm kol 4 ptg. 8 JAM tue dlm dewan bedah.

Malam tue (esok pagi2 kene bedah) jam 12 aku da kene puase. Apepasal plak kene puase. Rupenye bila kene bedah mesti kene bius. Kalo bius yg boleh kasi pengsan satu badan, organ-organ dalaman kita akan berhenti bekerja. Jadi kalo ada makanan dalam perut, makanan tersebut x akan diproses and kita akan rase sakit. hohoho komplikated la pulak. Sejam sblm kene bedah, dr akan datang. Check blood pressure + etc. Amik darah la. Nasib baik nurse yg dtg skali tue cantik. Hahaha..da nk kene bedah pun nk usha2 lagi. Lagi 10 minit nk kene bedah, doktor2 pakar, doktor pelatih nurse2 cun akan dtg kt katil aku. Tanye la perasaan aku cner. Nak rase pe lagi...rase takut la..ape punye soklan la dr tue. Ada sorang dr tue suh aku mengucap wat kali akhir..mane la tau kot2....Whoa horror tul time tue. Then, attendance bwk aku g dewan bedah kt floor lain. Masuk je dewan bedah, doktor2 da pakai mask tutup mulut and kepala. Cara nk bagi aku aku pengsan bukannye kene cucuk syringe tapi pakai topeng gas + letak some liquid kt saluran tiub yg cucuk kt lengan aku. Then x sampai beberapa second, aku da pengsan. Sedar2 je, aku da ada kt satu station which is the place for the patient after surgery. Time tue rase sakit bukan main kuat. Tambah lagi ade budak nangis dengan suara yg nyaring lagi merdu kt bilik tue. Tgk2 rupenye die pun br kene bedah. Kalo x silap jari jemarinye patah kot. Aku ingat lagi time tue aku rase terAMAT haus. So first word yg aku ckp ngn ayah aku, aku nk minum air coke…hahahaha…n first word ckp kt doktor..aku nk kene inject lagi sbbnye rasa sakit sangat. Tempat luka kene belah ngn pisau bedah tu bukannye kene jahit. Tapi kene STAPLER. Diulang lg sekali ek…kene STAPLER. Tp yg ni bukan stapler kertas tue, tp stapler khas untuk manusia. Reason yg doktor bagi..nape x jahit je…doktor cakap tempat yg kene bedah tue besar and panjang…so the best solution pakai stapler. Bile aku rse2, memang ade bentuk cm stapler kertas tapi ni saiz yg besar.

Ramai gak member aku dtg lawat. Tp ada satu perkara yg menyebabkan aku rasa cuak x tentu pasal. Ramai kwn aku mintak maaf dari aku kalo de wat salah ke pe and suruh aku mengucap banyak2. Aku heran la..bukannye nk g mati. Cume sblum tue aku ckp aku kene bius satu badan which means aku akan paralyse and pengsan time bedah nnt. Kwn aku ckp takut time mase aku kene bedah tue..nyawa aku da xde. Pergh...terus jadi cuak x tentu pasal..tp biase la kan aku kan cool. Tp cool di depan kawan2. Bile sume org da balik..hilang da rase cool. Rase takut, cuak, bdebar. Hohoho. Da la aku x taubat lagi. Xnk kene eksiden lagi..

Berbalik kepada tajuk entry di atas, aku telah pergi ke klinik wat medical checkup wat kali terakhir. Lepas ni xde lagi g hospital. Sedih aku..yela x dpt jupe nurse2 yg cantik...KAH KAH KAH...tp kira orait la tue...sbb byk gune duit..duit byr admin la + duit x-ray la..mcm charge kene. Syukur.. dr kate kata aku da fully recover. Tulang pun da tumbuh. Besi TITANIUM pun berada dalam keadaan baik. Kjap je discuss ngn dr.

Atas kesedaran yg x berbelah bahagi, aku g klinik wat checkup.Wat urine and blood pressure. Takut kene sakit buah pinggang and high pressure, strok etc. Kat PPUM xde service wat medical checkup. Kali akhir mase aku wat medical checkup time nak daftar master. Nk masuk U kene wat checkup n x-ray. Tanye ngn mkck yg jage kaunter klinik tue, brape fees yg kene byr. Die ckp x byk. Kalo full medical checkup (ade x-ray, blood test,blood pressure, urine test, etc) mahal. Adelah nk dekat RM 200. Tp aku just nk check urine n blood pressure. RM 42 ringgit je.

kat bwah ni pulak result urine test aku

So antara banyak result yang kuar, aku cume lebih tumpukan certain point. Cth cm pH urine. Neutral nilainye 7. Kalo dpt bacaan kurang dr 7 and lebih dr 7, tu maksudnye urine tue beracid and beralkali. Something wrong there. PRO plak = kandungan protein. Kalo byk kandungan protein, maksudnya, kemungkinan kita ada sakit buah pinggang. Nasib baik aku dapat neg (negligible) or negative…watever la…so aku xde masalah di sini…aku de bace certain article kt internet...cmner nk tau kita kena kidney failure ialah dengan wat check urine…satu lagi kalo kita kencing and then kita Nampak byk buih2 kuar…tue antara tanda2 sakit buah pinggang. Satu lagi point yg aku tgk ialah GLU = kadar glukosa. Nk tau ade x kandungan gula berlebihan kt air kencing aku…huhuhu nasib baik xde….ok sbg conclusionnya aku diassume oleh dr..aku xde dpt penyakit sperti di atas…alhamdulillah…Next aku plan nk wat lagi medical checkup dlm 6 month from now and include extra test such as check kadar denyutan jantung, ketumpatan tulang (xnk kene osteoporosis), check darah, check mata and lastly kadar lemak dalam badan…hohoho manyak nye..

Sunday, January 4, 2009

Khatam Al-Quran

Alhamdulillah..syukur kepada tuhan hari ni aku masih lagi sihat sejak kemalangan dua tahun lepas. Last checkup, dr kate aku da fully recovered from serious injury. No need wat medical chekup. B4 accident tue, i think my life memang terumbang ambing. nothing much to do. ye la baru habis degree dengan bersusah payahnye. Then enjoy smpai x ingat. dok bilik sewa kongsi ngn mcm2 org. Kalo dpt yg alim tue, alim la aku..hoho. Kalo dpt yg kurang elok (kata kasar = JAHAT), jd truk perangai aku.

Anywy nasib baik kejahatan yg pernah ku wat x berkekalan. Xdela sampai dosa besar tp bila aku renung2 ade jugak benda yg tuhan xske tp aku wat. Tp lps eksiden 2, aku btul2 xnk wat jahat. kalo leh nk wat baik je memanjang. Nk tolong org, nk jd baik. HARI INI al-hamdulillah aku da khatam Al-Quran. Org cm aku ni lame tol nk khatam. Bygkan aku bace setahun yg lalu, baru arini abis bace 30 juzuk. sbbnye lepas solat, aku just bace 1-2 pages. Mane la nk abis cepat. Tp sejak sbulan lalu, aku habiskan at least 2-3 surah. Ingat nk khatam time 31 December n 1 january setat bace dari depan...tp 2 la byk sgt halnye. Setakat ni da dua kali aku khatam Al-Quran (setahun sekali khatam)..setat bace dari lepas eksiden. Target tahun ni nk 2 kali khatam n bace gak terjemahannye.

Ingatan bgku. Bukan nk bangga ataupun sombong...jauh skali riak. Tp ini utk peringatan bagiku supaya jangan lupe membaca Al-Quran andaikata aku terbce entry ni pd masa akan dtg. Semoga Allah mengampuniku, ibu-bapaku, rakan-rakanku, guru-guru dan juga muslimin dan muslimat samada yg masih hidup mahupun sudah meninggal dunia.

The New Red Giant

Source : New Strait Time



Source: Berita Harian




Source: The Star




Source: Kosmo



Source : Utusan Malaysia


pergh..game smlm was soo different. last time tgk time piala m'sia tahun 2007 - slangor vs kedah. Selangor memang really2 teruk. Passing fail, defend mudah bocor, midfield..erm boleh la. Si tukang sumbat gol plak susaah nk lepas defend lawan. But dis new year mmg lain. More improvement kt all possion especially kt bahagian tengah. Tabik spring kt Amri Yahya n si kepala botak; hardi jaafar. passing pun kira ok. But paling ketara defend selangor. I think defend memang leh pakai...good decision amik Khairul Baharom. Keeper pun kira cekap gak, kalo x confem kedah score byk. Yelah sarung tangan baru katakan. si khairul muhymeen tue mmmg nk kene ikat kt kaki...wat aku bdebar jek time die dpt bola. nasib baik die cume score 1 gol je. Hohoho..lenkali next year slangor amik la die...But tenkiu bebanyak kt lor kt keeper kedah tue - Helmi eliza. kalo x kerana dek die punye ke-x-best-an main smlm, bg 3 gol percuma kt selangor. KAH KAH KAH.. suke aku. lenkali wat lagi ek. kasi lepas gol byk2 time lwan selangor. I think mental die lum stabil kot sbb lepaskan gol mudah time piala suzuki last month. Anyway you need a time to rest.

Saturday, January 3, 2009

Hari ke-3 taun ni

move from one site 2 other site. xde benda nk wat. dok termangu kt bilik. hujan kt luar 2. pg2 ni mmg sedap tol kalo tido. solat subuh td nasib baik x burn..hohoho. tjge time2 nk abis wktu.
arini cadang nk siapkan report thesis tp lalalalala....satu benda x wat. dok kemas2 je bilik 2. kejap2 bce paper pas2 masak air. malas nk menaip. minggu dpn lecturer nk tgk. Lagi 4 bab BESOR lum wat. Bile la nk abis master ni wey...da naik buring

hostel ni kalo cuti mmg sonyap. aku rs yg tinggal mgkn student yg dok jauh2 kot cm sabahan and sarawakian. aku selangorian haha tp x balik kmpg cos keje punye pasal. x jauh pun. tp 2 la kalo balik konpem tido je. Mlm ni de bola kt tv n wajib tgk. karang terpakse ber-youtube..tgk result game je nnt.

semalam de Pre-Council Meeting. Bos nk tgk hasil discussion each group. Ade 3 pcahan group. Aku dlm group research team. Sumenye de dekat 6 org satu group. Tp yg menghairankan..aku sorg yg kene present. adoi..b4 dis Pn bushroa suh sume present point memasing tp nmpk cm buang mase je kalo sume orng kuar present. Last2 aku yg jd tukang present. Byk 2 nk kene present tp nsib baik aku da wat homework mlm sblm 2. Pg2 sblm presnt just touch up pe yg patut n sikit discuss ngn group member. Ade lak gak setengah jam aku present then Q&A. Nasib baik point 2 bos cm accept je. lantak la janji aku da wat keje. 2 minggu lagi sambung meeting. Mybe kt bilik seminar hotel kot. asik2 kt meeting kt department. Naik muak da aku tgk bilik ni. ahaha

Jp lagi nk g borak ngn mkcik jual nasik lemak kt bwh. xdeorg lain ke aku nk borak. Mck 2 comel la. Nmpk da tua tp dressing die cm org muda..hohoho nk borak ke nk tgk baju...APAKAH...