SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Sunday, March 1, 2009

Selangor kalahkan Kelantan - Liga Super

SELANGOR berjaya merampas takhta Liga Super selepas membelasah Kelantan 3-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.


Ternyata aksi malam tadi begitu 'panas' apabila dua kad merah dilayangkan, pertama kepada bek tengah Selangor, Khairul Anuar Baha- rom pada minit ke-39 dan yang kedua kepada penjaga gol Kelantan, Halim Napi minit ke-77.


Kehadiran kira-kira 40,000 orang penonton menyemarakkan aksi 22 pemain di atas padang dengan masing-masing berjaya mempamerkan tempo permainan rancak sejak awal permainan.
Selangor tidak memerlukan masa yang lama untuk memperoleh gol pertama pada minit keempat selepas R. Surendren berjaya menyudahkan hantaran Amirul- hadi Zainal.
Namun, malang menimpa Selangor pada minit ke-39 apabila Khairul dilayangkan kad merah selepas didapati bersalah menyiku Mohd. Zamri Ramli.


Pada babak kedua, Selangor terpaksa mengeluarkan Amirulhadi dan memasukkan Fazilidin Khalid bagi menguatkan barisan pertahanan selepas ketiadaan Khairul Anuar.
Kelantan menguasai keseluruhan permainan dengan kesemua pemain Selangor terpaksa berkampung di kawasan sendiri menahan asakan berterusan daripada pasukan pelawat itu.
Menerusi satu sera- ngan balas, Selangor memperoleh sepakan percuma betul-betul di depan pintu gol Kelantan.


Sepakan percuma yang diambil D. Surendran itu terus menerjah jaring pada minit ke-68.
Malang menimpa Kelantan apabila Halim dilayangkan kad merah pada minit ke-77 selepas sengaja membaling bola ke arah C. Premnath.


Selangor mengesahkan kemenangan mereka menerusi jaringan ketiga Premnath pada masa kecederaan perlawanan



(source: Kosmo)



sumber: Utusan and Kosmo





sumber: Berita Harian


No comments:

Post a Comment