Got dis info from mstar.com.my
BEBERAPA pemain pasukan Selangor bersama piala yang dimenangi setelah menjuarai perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Selangor berjaya menewaskan Kelantan dengan 4-1 hasil sepakan penalti pada perlawanan itu. --fotoBERNAMA
KETUA pasukan Selangor Mohd Amri Yahyah (kanan) diasak pemain Kelantan Zairul Fitree Ishak (kiri) ketika perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional malam tadi. Amri menjaringkan gol penyamaan pada masa tambahan. --fotoBERNAMA
SUASANA di Stadium Nasional, Bukit Jalil ketika perlawanan akhir antara pasukan Selangor dan Kelantan merebut Piala FA. Selangor menang dengan sepasukan penalti.
KUALA LUMPUR: Selangor berjaya menamatkan kemarau tiga tahun tanpa memiliki sebarang piala utama dalam Liga Malaysia apabila menumpaskan Kelantan 4-1 melalui sepakan penalti setelah kedudukan terikat 11 sama pada perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Seperti yang dijangka perlawanan Kelantan dan Selangor yang disaksikan kira-kira 85,000 penyokong 'Red Giants' dan 'The Red Warriors' berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Pada babak pertama, Selangor yang mempertaruhkan gandingan Mohd Safee Sali dan Rudie Ramli di barisan serangan seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan yang terhidang untuk menjaringkan gol.
Namun pujian juga seharusnya dihamburkan kepada penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail yang jelas mempamerkan kematangan di dalam permainannya walaupun merupakan penjaga pilihan kedua Kelantan pada awal musim.
Peluang terbaik Kelantan pula hadir pada minit ke-28 apabila percubaan luar kotak penalti Indra Putra Mahayuddin mengegar palang gol walaupun telah berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Hamsani Ahmad.
Bersambung babak kedua tanpa sebarang jaringan Kelantan terus mengatur gerakan dan hampir menjaringkan gol pendahuluan melalui tandukan Ahmad Ezrie Shafizie Sazali namun tersasar.
Selangor yang terdesak untuk mencari gol memasukkan pemain kebangsaan, Amirulhadi Zainal dan mengeluarkan R. Surendran pada minit ke-57 namun gagal mengubah corak pemainanan skuad Red Giants yang terus di asak Kelantan.
Kelantan yang dilatih Peter James Butler terus dihidangkan dengan beberapa peluang untuk menggegar jaring lawan namun dihampakan dengan ketangkasan Hamsani.
Perlawanan bagaimanapun terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan setelah keduadua pasukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit permainan sebenar.Penguasaan Kelantan akhirnya diterjemahkan dengan gol pada minit ke-93 melalui tandukan Mohd Norfarhan Mohammad di sebelah kiri pintu gol Selangor setelah menerima hantaran Mohd Badri untuk menewaskan Mohd Hamsani di gawang gol.
Namun gol itu hanya bertahan selama lapan minit apabila kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah yang juga dipilih pemain terbaik perlawanan menanduk masuk bola hantaran D.Surendren untuk menewaskan Mohd Shahrizan bagi menyamakan kedudukan.
Setelah tamat 30 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol penentuan yang akhirnya terpaksa menentukan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti.
Tuah dan pengalaman nyata milik Selangor apabila dua pemain Kelantan iaitu Indra Putra dan Zairul Fitree Ishak gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala semua empat pemain Selangor berjaya menyempurnakannya untuk keputusan 41.
Kemenangan ini membolehkan Selangor menjuara Piala FA sebanyak lima kali sejak mula dipertandingkan pada 1990. BERNAMA
.
.
Rajieen | راجعين
11 months ago
No comments:
Post a Comment