SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Friday, November 27, 2009

meeting ngn orang nippon









semalam satu UM udah sunyi. yelah ramai yang udah balik kampung. kawan-kawan sekerja pun udah balik kampung. aku je terkial2 duk kat opis siapkan slide presentation n jurnal (huhu perlukah aku sebut aku wat pe....biarlah andaian org)...


siap je, lepas tu aku kena present n discuss ngn prof dari jepun ni. nama dia prof ar*ga. baik orangnya. peramah gak tapi susah sikit nak paham english dia (eleh macam la english aku ni perfect kekeke). selama hampir 2-3 jam discuss pasal research je. tengahhari baru habis
`
`
`

3 rakaat je...





apesal stop? nape turun? =====> kata2 yang terpacul dari salah seorang penumpang

then apakata driver bas "3 rakaat je, x lama". kata-kata mudah n ringkas dari seorang yangku kira baru menjejak awal 40an. Aku hanya senyum sendirian.

Sume penumpang kehairanan, pelik nape stop n keluar driver sorang ni. Terpaksa dan dipaksa tunggu driver melakukan 'kerja'nya. Ada seorang pakcik tua, kulihat bergegas turun sekali. Maybe tak sanggup tunggu or maybe join skali driver ni. Yang lain sabar menanti. entah selesai ke tak tugas masing2 dengan sang pencipta. mgkn urusan dengan sang driver lagi mustahak kot. Wallahualam bi shawab

Tabik spring kat driver bas kerana x segan silu mempertahankan akidahnya. aku tak join dia sebab sudah lebih awal sujud kepadaNya. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kami. Amin
`
`
`

kahawen





huhuhu tiba sudah masa yang menyebabkanku jadi pokai seketika. Gejala-gejala merbahaya ini (mcm benda jahat la plak) suka sangat berlaku ujung tahun..huhu..ada masa wat serentak lak tu...xde kerjasama langsung diorang ni..lenkali jangan la wat sekali sume masa time ujung tahun...sian la kat orang cam aku ini..

ujung tahun ini la yg ada banyaknya makanan free of charge. kadang2 udah naik muak aku makan...yela sama je tiap2 majlis...lenkali letak la ayam tandoori ka, pizza hut ka, takpun paling koman letak la pasta de france hhuhu baru de kelas (wah aku tidak mengenang tradisi tradisional..huhu)


jangan memain..ujung tahun ni la kita akan jumpa banyaknya pahlawan-pahlawan melayu yang gagah perkasa, macho, kuat nak mampus (ya ka? hehe)..senang cite pahlawan ini ada aura keperwiraan walaupun memakai baju sewa sehari hahaha...satu lagi pahlawan ni dikeliling puteri raja..sebut je puteri macam mana..nak puteri santubung, puteri gunung ledang, puteri lilin, puteri macam kat tv tu....fuhhh rakyat biasa leh jadi puteri raja tuu...


ko ni nu*a..cakap biar terang..xsoh bergurau senda..ni ha bermulanya pesta mendapat kad jemputan kawin dan juga bermulanya pesta berjimat cermat kekeke..untuk cuti sekolah ujung taun kali ni, kad jemputan pertama yang aku dapat adalah dari kawan sekolah menengah teknik aku dulu. namanya fat*i. dulu kitaorang sama2 jadi pemimpin pelajar. tapi habis sekolah je x pernah kontek. nasib baik dia ni kawan sekelas adik kembar aku..tau la gak sikit2 berita tentang dia..tapi alahai..umah pengantin jauh bebenor...belah dia kat kedah, belah pompuan kat kelantan..huhu Doraemonnnn!! dimana kamu..aku mahu pinjam poket eko sat
`
`
`
`

Thursday, November 26, 2009

haji hari selamat



slm kepada muslimin dan muslimat. Selamat menyambut hari lebaran versi haji. Moga diampuni dosa2 kita dan dipayungi dengan rahmat serta barakahNya

Saturday, November 21, 2009

kucingku boroi dan buncet



huhu lately byk benda yg berlaku
Ya Allah, tabahkanlah hatiku, kuatkanlah semangatku dan jadikanku insan yg x mudah putus asa

pepepun si kucing ni udah nampak keboroiannya. Aku ingat manusia je ada perut boroi, rupanya bangsa kucing pun ada yg borai..subhanallah..da la boroi buncet lak 2 (boroi sama ka ngn buncet?). Aku ingat kene bawak ke klinik binatang la..manalatau ada cacing kerawet yg bermaharajalela kat dalam perut dia. Yela makan pun x basuh tangan ngn sabun dettol, cebok pun pakai tangan kanan..mestilah ada caceng menyelinap masuk huhu...adakah perut manusia borai disebabkan cacing? Fikir2kanlah

Saturday, November 14, 2009

jariku cedera parah


huhu jari jemari ygku hargai telah cedera parah akibat dikelar oleh besi yg tajam macam pisau samurai (pisau ka pedang samurai?). Ms tu aku tgh angkat besi tp besi tu x dipotong dengan rata. jd belah potongan tu tajam yg amat. So jariku sudah menjadi mangsa kezalimannya huhu. byk dowh darah teruna aku ni kuar..adalah dlm 15 minit non stop bleeding. Nasib baik aku x tumbang pasal tgk darah byk sgt. Da la aku xdok ngn nurse2 lagi huhu
'

'

Sunday, November 8, 2009

gile shopping



huhu aku rasa aku kena jupa pakar sakit jiwa. suka beli buku tak hingat dunia..td udah melayang duit aku dekat RM 300 huhu.. menangis ingat balik duit aku tu

so krg bila aku da abis baca, aku share ngn buku tu kat sape2 yang nak baca. baik aku share dari dok dibaca oleh cicak2. karang cicak 2 lagi pandai dr korang..sape yg malu..aku gak
`
`

Ba*ri datang melawat



masa sabtu lepas, masa aku sedang membelek buku, si ba*ri kol. dia de kat deng*il. so alang2 da dekat aku suh dia singgah umah aku. ajak sekali makan tghari. si ba*ri ni ada keje kat paya indah. keje2 palap*s dia. lama dowh x jupa dia. btw si ba*ri ni la satu2nya kawan baik+rapat aku sejak dari matrik...keke teringat dia cite pasal kelas bahasa inggeris. dia ckp english terengganu kakakaka





huhu langkah kanan si ba*ri nih..ckp nak dtg umah je..berdesup my mum masakkan makan tghari..nasib baik si ba*ri ni x memilih makanan. dia bedal pe je yang ada. mak masak tempoyak udang, ikan goreng, pucuk ubi rebus n masak lemak pe ntah. sume dia sapu keke.

ayah pun ckap kalo de kawan2 nk singggah umah, jgn malu2. bgtau je karang konpem da makan free. cis tak pasal2 lepas ni satu um datang umah aku keke
`
`
`

Majlis merisik akunyer



Sabda Rasulullah swt
Maksudnya: Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.



Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya

sumber)


alhamdulillah dengan izinnya, satu permulaan dari perjalanan yang panjang untuk berumah tangga sudah pun dilakukan iaitu majlis merisik. Majlis ni dengan erti kata lain seperti yang tertera diatas (malas aku nk eksplen satu2). so lepas ni tinggal tunang n kawin...tak sabarnya aku nih..

hahaha manusia yg baca entry ini sudah kena sihir seketika..kah kah kah...majlis risik ni bukan untuk aku tapi untuk adik kembar aku..hohoho...aku tak tipu la eh cuma ayat tajuk entry tak abis lagi ("Majlis merisik akunyer adik") keke. malas nk letak dot3.

so tadi diorang g merisik ngn jayanya tanpa kehadiran aku dan adik kembar aku. disebabkan adik aku x g, aku pun x g la. giler pe aku nak ikut, karang orang2 di sana ckp aku ni bakal menantu diorang plak..ke tak naya tu.

ingat nak letak gambar diorang tapi aku rasa tak perlu la sbb karang tokmo orang ckp yg bukan2 plak. yela manusia ni kan suka ckp benda2 buruk dari benda2 yang baik walaupun benda tu udah baik dan sempurna. manusia la kan...tak lepas dari kesalahan. harap2 masing2 menyedari dan menginsafi diri masing2 huhuu...macam aku ni udah insap (ya ka nu*r? bila kali terakhir ko tobat nasuha?)





gifts yg nak di bagi. selain cincin, ada bawak sikit cenderamata/hati. yola orang sana udah wat masak2 sedap, kita just bawak cincin, tak sedap ati la. tadi masa balik dari beli barang kt kl, cepat2 my adik-adik bungkus hadiah sbb nak pegi lepas isyak.. apepun tahniah wat adik aku sbb udah mengikat sebelah jari pompuan yg dia nk kawen. satu lg jari (tunang) akan menyusul kemudian. Aku..bila pulak? huhu
`
`
`

jamuan perpisahan



huhu akhirnya kawan aku si ma*di (berbaju putih) udah berhenti kerja. dia dpt keje wat nuklear bom. aku harap ko jgn la jd militan yang dikehendaki oleh interpol mahupun si PBB. Karang tak pasal2 aku rasa bangga hingga hidung kembang kempis. yela kawan aku ni militan yg dikehendaki ramai..sape yang x bangga lagi terharu biru

so, as a fren, aku doakan ko berjaya di masa hadapan. semoga ko mendapat apa yg ko cita-citakan. cuma aku terkilan 2 benda ja. satu ko x belanja lagi aku victoria station. satu lagi, aku rasa terkilan dan sedih sebab abang2 beca (mr B n mr SP) lum puas membuli eko. aku pun lum puas tgk ko jadi pencacai pak2 iran itu kekeke..watdehel aku ni..x baik dowh ckp cam 2..nu*r minta maaf cepat!!!





Juadah-juadah di pagi hari. calon2nya adalah nasi lemak ngn ayam rendang, cengkodok pisang (ye ke namanya camni). satu lg kueh pe ntah aku lupa. air plak air tipikal utk sarapan, sape lagi kalo bukan encik teh or encik kopi (kalo x silap la)





En f*dil wakil group memberi kata2 akhir (ni kata-kata terakhir ka kata-kata amaran..conpius)kepada si ma*di nih. then lepas dia bg ucapan, dia leh suh aku baca doa makan. nasib baik masa tu otak aku udah kembali ke titik origin. karang tak pasal2 aku baca doa qunut. xpe la baca doa makan je, kalo disuruh baca doa penutup ke doa menghalau si syaitan yg direjam ka, mau aku menggigil lutut nk doa kekeke






manusia-manusia yang akan melahapkan makanan yang ada. biasa la kalo pasal makan2 ni sapa yang tak suka. lg pun da lama x wat makan2 kt dalam opis. tapi yang pasti effect yang jelas, nyata dan terang (macam bacaan izhar halqi plak), lepas jamuan konpem satu bilik berbau khokhok. time ni kalo nak kentut pun jangan risau punya. pasai bau makanan lagi kuat dari bau gas beracun itu
`
`
`

Friday, November 6, 2009

last word



today hari belum terakhir (ckp je terang2 hari khamis) si ma*di present. esok baru last day. ada makan2 pg esok2. so td ada wat small meeting pasal project cnc. ma*di nk reveal pe yg dia udah wat spnjang berkecimpung menjadi seorang pencacai yang berjaya di bawah kendalian abang2 beca (Mr B n Mr SP la sape lagi). aku cukup berbangga ngn ko nih...bgs2 amalkan sikap ni masa buat missile nuklear nnt. jgn ko letupkan umah aku sudah.

So far ape yg diberitahu oleh si ma*di n sh*kif, sepanjang memegang tampuk pemerintah sebagai CEO electrical division, diorang tak dapat capture satu ilmu pun cara2 membuat mesin larik itu dari abang2 beca 2. ape yg diorang da wat cuma la mencari2 brg menggunakan circuit design yg entah pape entah. last2, si abg2 beca 2 bg circuit baru n barang pun diorang cari sendiri. so si sh*kif n ma*di cuma jadi waiter amik pesanan dan membeli brg 2 kt kilang. cam sia2 je cari barang info sendiri spnjg 2 bulan berkhidmat di bawah panji2 cnc.

xpe bro, byk kelebihan yg korang tak sedar. contohnya cara peluk org iran. jgn main2 susah nak dapat tue
`
`
`

jenjalan



ahad lepas, my fmily n i g melaka. singgah PD(dulu kecik2 terpinga2 benda alah apa PD ni) jap. x mandi pun sbb air laut sekarang kan mengandungi bahan2 yang merbahayakan tubuh badan. so tokmo la ke kancah kebinasaan (watdehel pe yg aku merepek ni). jupe my cousin n my uncle & aunty. si budak comel-sarah pun ada. mahu tarik lor dia punya pipi tp time ni dia tgh xde mood. so tunggu la nnt bila sampai melaka. masa ni tgh makan2 kat kedai makan (yela abis makan kat mana lagi..xkan makan kat kedai papan kot)




si sarah yg asik melekat dari tadi ngn nenek dia. cis nak dokong pun payah. takpe sarah tunggu la nnt. aku rasuah ngn gula2 besar punya. masa 2 konpem mau dekat sama aku kekeke..cis aku sudah mengamalkan rasuah. masyaAllah bawak mngucap nu*r. itu sikap org masuk neraka huhu






si sarah, makhluk yg comel lote tu dpangku oleh ayah aku. ooo da jd kamcing ke hehe. td bukan jual mahal lagi ka...biasa la tu. sikit2 jd friendly





ko ni n*a. x senonoh tul. kat umah org leh main anak patung. cis hilang sifat kejantanan ko nih keke. eleh pe salahnya aku main anak patung. si patung ni x mengajak aku berbuat maksiat. cuma membuatkan ku jadi lagho..tul x sarah?
`
`
`

lepas kelas



lepas kelas bahasa yg wat lidah aku bersimpang siur, hujan la plak. hujan rahmat katakan. so we stuck kt pasu* nk tunggu hujan berenti. kasi borak la ngn si hi*man n kak p**n. wuuu cantik siut rambut si hi*man ni. ada gaya, mutu dan keunggulan (ceh macam kenal je iklan ni)




asik2 kasut huduh ni. xde kasut lain ka wahai bro yg hensem lg macho. lenkali letak lor kasut naiki ke, abibas ke x pun kasut harimau bintang. bru de style
`
`
`

si bunian itu

malam2 tu ms tgh baca buku depan tv, my family (including dad haha) tgk cite si bunian. best ke cite ni. aku tengok skema je dia ckp. mesti paper BM org bunian score tinggi2 sbb ayat dialog dia cantik sangat. tp ayah aku bgtau, cite ni wat kita lalai n mudah terpedaya ngn kuasa org bunian. ingat cuma ALLAH sahaja yg berkuasa




wah ini kah rupa bunian? ini bukan bunian. ini nor* da*ish si pelakon puteri itu. uuuu macam ini kah bentuk pizikal bunian. sentiasa berputih memanjang. udah xde kalor lain ka dunia bunian ini. x rock sungguh. leh kali si director ni letak la kaler cantik sikit, kelabu ka, merah jambu ka, x pun biru firus khokhokhok.





wah si dia ni sudah jadi mereng. aku tatau dia jd mcm ni. tapi kool la tgk si dia ini jadi gilez. cume gaya tepuk macam cimpanzi tak wat huhu..potong 5 markah





wooo di akhir cerita. ada petikan kata2 tuhan. bgs2 boleh dijadikan contoh n pengajaran kat makhluk2 yg lalai macam mkck jual cendol tue. lalai sungguh keke
`
`

kekuatan



"Ya Allah, berikanlah hambamu ini kekuatan, ketenangan dan ketabahan atas ujian yg x tersangka2. Jadikanku seorang hamba yg tidak mudah melatah atas segala cabaran" amin


ok setelah kita berinsap dan taubat nasuha, jom kita berfoya2 bersama2 ngn si syaitan yang direjam...huhu watdehel
`
`
`

Thursday, November 5, 2009

Malas keranaNya

Ada org berkata. letak la sedikit nasihat. tp 4 situasi sekarang, aku sendiri patut dinasihati. byk sgt kekhilafanku tanpa kusedari. share from dis dakwah



Apakah kita pernah mengalami malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau tidak merasakan kenikmatan ketika membaca Al Qur’an atau solat? Atau mungkin merasa susah untuk bangun malam untuk qiyamulail? Padahal jam sudah di set untuk mengejutkan kita,
alarm handphone juga sudah disetting tapi ketika berdering tetap terlelap dalam tidurnya, hanya kedengaran seperti dalam mimpi dan akhirnya mati-mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar, lepas tu tarik selimut tidur lagi. Padahal biasanya dengan mudah boleh bangun. Apa yang terjadi dengan diri kita?

Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat Al Qur’an atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memperlambatkan waktu menunaikan solat, terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal-hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita istihar sebagai hari malang atau takde “mood”. Dan makin malang lagi kita dengan sengaja melanggar titah perintah Allah swt.

Jika hal-hal seperti itu terjadi pada diri kita, maka segeralah kita evaluasi diri. Ada apa dengan diri kita? Keadaan seperti ini jangan dibiarkan begitu saja, lama-kelamaan akhirnya terbiasa. Seperti halnya penyakit, kalau sudah ada gejala segera periksa ke doktor dan minum ubat agar segera sembuh. Begitu pula dengan ruhiyah kita, kalau sudah ada gejala futur dan penurunan anjakan ruhiyah maka segera kita mutabaah diri kita, bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?

Jangan-jangan kita banyak maksiat yang kita kerjakan hingga menghalangi amalan-amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga dari hal-hal yang makruh bahkan diharamkan oleh Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama/filem yang melalaikan meski cuma satu atau dua jam. Mungkin mata kita tidak di jaga dari melihat hal-hal yang tidak berguna bahkan mengandung maksiat, akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah padaNya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam, mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku-buku tazkirah hati dan rasa berat untuk melihat web haluantarbawi yang memberi nasihat.

Selain mata, telinga juga perlu kita jaga. Boleh jadi kita susah bangun malam untuk bertaqarub kepada Allah swt kerana kita tidak menjaga telinga kita. Telinga kita gunakan untuk mendengarkan gosip atau muzik-muzik melalaikan bahkan terkadang boleh terngiang-ngiang dalam memori kita kerana seharian yang didengari adalah muzik-muzik itu, dangdutlah, bollywoodlah, lagu cintanlah, lagui sayulah dan semacam lagi. Akhirnya malamnya telinga kita tidak mampu kedengaran dering jam alarm hp bahkan suara adzan, telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga rasa bosan mendengar nasihat. Na’udzubillah.

Selain itu mulut tak kalah pentingnya untuk dijaga. Kerana mulut itu pula yang banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke dalam neraka, Na’udzubillah. Kerana mulut boleh menjadi sarana gibah, fitnah, caci-maki dan sebagainya. Mulut kita tak dapat kita kawal, macam air aje mengata perilaku kawan-kawan. Kita kenal pun tidak dengan si pulan tu, tapi mulut kita syoknya mengatakan mereka. Mulut kita juga rasa berat nak zikir, tak terkeluar dari mulut...Mengapa ya..?

Selanjutnya adalah hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu kita jaga. Hati ibaratnya pemimpin bagi organ tubuh yang lain, yang menjadi komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat. Hati ibarat cermin, semakin banyak bermaksiat maka semakin banyak noda titik-titik hitam di cermin itu. Atau bahkan mungkin tidak lagi titik-titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan dan tidak boleh dipakai untuk bercermin lagi kerana sudah diselaputi. Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat maka kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.

Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda / bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah. Tapi tetap memperhatikan adab-adabnya, perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan di dalam satu majlis, hati-hati!



Tuesday, November 3, 2009

Memory MC-Roomates


dari kiri: na*ib, zul, su*airi and lu*fi



sejarah awal pembabitan

Permulaan memory kisahku di hostel MC, aku mahu cerita tentang orang yang paling dekat di kala itu, sapa lagi kalo bukan roomateku yang terchenta( ye ka?). Dahulu hostel ini dikenali sebagai millenium court, then dibeli oleh pihak MAHS* College. sama jugak singkatannya-MC.

Masa final year aku decide mahu duk luar (eleh bukan kena buang kolej ke hehe). bukannya pe dok dalam pun ok gak tapi wat aku asik sakit pala, sakit hati huhu. tandas kat hostel dalam kena kongsi ramai2. aku secara tak langsung jadi pekerja kontrak cuci-cuci tanpa gaji. kena bersihkan tandas yang kotor. bbudak yang dok ni bukannya reti jaga tandas. asal balik kuliah je, jenguk tandas, mesti tersumbat ngn tisu la, plastik la, sabun la huhu..so nak tak nak aku terpaksa bersihkan sebab camner aku nak buang air dengan rasa gumbira kalo tandas punya la kotor. So kesimpulannya, aku jadi pencacai bersihkan tandas x bertauliah tiap2 ari.

untuk mengelakkan migrain yang berpanjangan, aku n naj*b decide nak dok luar. masa tu hostel MC baru bukak. ramai yg tokmo amik sbb sewa biliknya mahal. kitaorang redah je asalkan selesa. kesannya, masa g kuliah, kawan2 tanye, ko dok mana skrang? aku jwb la dok mc. jawapan tipikal dan spontan diorang- wah itu hostel org kaya kekeke.


Roomates



Aku sewa bilik yang leh letak 3 orang. Roomate pertama aku ofcos la si na*ib. sorang lagi kosong. lum ada lagi yang masuk. lama gak kitaorang dok berdua (macam gay la plak), adalah dekat setahun. then masuk budak dari sabah, namanya ry*n. rambut dia fuhhh panjang siut. guna teknik rebonding tu. aku ngn na*ib punya la suspen, islam ke dia ni. nama pun cam orang putih. rupanya dia ni muallaf, baru masuk islam. huhu. si ry*n ni kurang bercakap. aku tye sepatah, dia ckp 1/2 patah..apekah..ada zamrud kot kt molot dia.


Si ry*n x dok lama. dia blah cam tu je. tak cakap ngn kitaorang. cis, nasib baik dia x kebas skali barang kitaorang. then masuk pulak budak pahang. namanya zulfa*li. dia ni kuat main game. asal aku balik keje je, main game. takde benda lain. tapi jgn main2, dia ni ada akak cun kekeke :P. masa ni na*ib pun da kuar hostel huhu. tinggal aku ngn zul je.


Si zul kuar, masuk plak mamat afrika. si hitam gelap. bilik kalo blackout, konpem tercari2 gigi dia. yela, gigi dia putih, secara x langsung jadi lampu suluh kat bilik kakaka. nama dia ibrahim. orang djibouti. huhu alim dowh dia ni. kuat g surau. hari2 aku kena tarbiah ngn dia. alhamdulillah, disebabkan dia, aku berubah kepada yg baik. dia pantang tgk pompuan seksi. kalo baca majalah sama2 pun, if ada gambar pompuan seksi, dia kasi tutup ngn tgn dia dulu. lps tutup je sume, baru leh baca balik kekeke. so sepanjang aku dok ngn dia, mata aku berpose penuh...sungguh aku ckp. huhu aku nak wat jahat kat bilik pun pikir 2 kali hahaha


lepas ibrahim kuar, masuk pulak si mamat dari arab. namanya iyad, org yaman. dia ni wa ckp lu. teruk bebenor. tatau aku nak ckp pe. nasib baik aku udah ditarbiah ngn si ibrahim, kalo tak hanyut aku ngn si iyad ni.


last sekali lepas iyad kuar, aku dok ngn budak ppum. sorang dr perak, sorang lagi dari melaka. yg budak perak 2 namanya su*airi, yg melaka- lu*fi. diorang amik kursus makmal. huhu masuk je panggil aku abg nua. mcam da tua sangat aku ni khokhok. alhamdulillah perangai diorang x teruk. so far diorang follow ape yg aku praktikkan kat bilik. bukannya nak ckp besar, tapi aku peratikan diorang berubah sikit2 ikut ape yg aku tanpa disuruh macam baca quran, solat kat surau, baca buku, menari agogo (ha yg ni x betul kekeke).


Konfrantasi bersama roomates dan pendekatan aku


Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, laut mana yang tidak bergelora, pokok mana yg tidak bergoyang kala ditiup angin, perut mana yg tak berbunyi kala lapar. huhuhu berfalsafah la plak.


aku tak nafikan, sepanjang dok bersama2 dgn macam2 karenah manusia dan latarbelakang, mesti ada time tak sejiwa dan tak sekata. erti kata lain, berselisih paham. Honestly, aku bukanlah seorang yang pemarah. aku memang dok suka marah jika tidak perlu. aku memang x pandai marah. geram ada la huhu. memang ni sikap aku. aku kalo marah kalo betul2 terpaksa. so macam mana aku menegur manusia2 di bilik ini jika mereka membuat kesilapan?


x sume org leh kena marah. karang tak pasal2 aku yg kena marah balik. aku tidak menegur mereka secara direct tapi ape yg aku buat adalah secara perbuatan. aku bukan nak mengaibkan perbuatan seseorang cuma aku nak mengingatkan diri aku ape yg aku wat jika berada dlm situasi begini pada masa akan dtg. contohnya dengan si lu*fi dan su*airi. diorang ni suka sangat gantung sotong kurita (seluar dalam) kat tingkap. aku memang sangat2 tak gemor. yelah, depan bilik aku ni gurls nurse. nanti diorang mesti nampak spender ape yg diaorang pakai. silap aribulan, nurse2 ni ingat tu spnder aku. so aku sgt2 tak suka diorang gantung kat tepi tingkap. ape yang aku wat, adalah aku alihkan spender diorang then gantung sebelah bilik air or sebelah katil. Tiap2 kali diorang gantung, masa diorang takde kat bilik, aku senyap2 g gantung tempat lain. so akhirnya diorang paham, abg nua tak suka kalo gantung spender tepi tingkap. secara automatiknya, lepas tu diorang udah x gantung lagi kat tingkap. cume ngn si lu*fi ni, dia blur sikit, so aku kena ckp direct ngn dia minta dia jgn gantung kat tingkap.


macam tu jugak ngn ry*n. dia ni kuat merokok n suka merokok kt bilik air. aku mana suke hidup ngn asap beracun tu. so ape yg aku wat, aku sje wat batuk2 kuat2 kat bilik air masa time aku mandi. last2, dia g rokok kat luar bilik hahaha. ngn si ibrahim pun satu, dia ni suka sangat makan tapi tak buang sampah. sume sampah kasi longgok kat sebelah meja. ada satu ari 2 masa aku tgh nk kemas2 bilik, aku tengok da berulat da sampah dia. tapi nk tegur dia ni payah sikit. dia ni tak leh ckp direct. ape yang aku wat, aku msg kat dia, aku jatuh sakit pasal bilik kotor. Ptang tu jugak, dia kasi bersih n buang sampah2 dia...hehe jahatnya aku.


tapi ada sekali tu, memang aku marah on direct. takde lapik2. sebabnya ada satu ari 2, si lu*fi lupa tutup seterika. angin gila aku masa tu. kalo terbakar bilik macam mana. jadi, aku tunggu dia balik kuliah, sampai je kat bilik, suh dia duk face 2 face ngn aku. then aku ckp elok2 aku agak kecewa ngn sikap sambil lewa dia sebab benda kecik pun xleh wat. just switch off the sterika pun leh lupa. lepas setel je sume, aku tgk dia mcm angin sikit. aku ni bukan suka jenis gaduh lama2. x best dowh dok masam2 muka. malam tu, lepas aku kasi angin aku kuar, aku belanja diorang makan kfc. alhamdulillah everything back to normal.
`
`
`
`

Sunday, November 1, 2009

Selamat Tinggal MC

Patutnya da lama aku update post ni. xpe la wat sikit2. seperti yg termaktub di luh mahfuz, aku telah ditakdirkan dibuang hostel (macam gangster pulak aku ni sampai kena buang) yang aku duduk sekian lama sejak time degree dulu. huhu aku akan bercerita my memory kat sini bukan utk dijual tapi sbg suatu catatan memory dlm hidupku. manalah tau tahun 2040 nanti tempat ni jadi pusat membeli belah kekeke





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~2005-2009~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berakhirnya sebuah legasi makhluk terbuang di tengah2 keseksian dan keayuan nurse2 kolej jururawat. Disinilah aku belajar erti tolak ansur, disinilah aku belajar erti membaca, disinilah aku belajar erti berjemaah, bangun malam dan solat malam, disinilah aku belajar untuk berubah dari zaman jahiliah ke zaman renaissance.





Sebelah je tempat tinggal aku ni, berdiri megah pusat yang banyak mempokaikan duit aku serta menyediakan makanan yg kurang berkhasiat huhuhu. asal buring makan kat kedai bwh, konpem tempat ni aku g melaburkan duit. tak kira la siang ke malam. ada skali tu nak dekat tgh malam aku sanggup turun sbb punya la kemaruk nk makan ayam khokhok.

sebelah kfc ni ada mamak jual ABC, cendol n rojak. time lunch, kadang2 singgah sini jap makan. ok la boleh tahan dia punya rojak
`
`
`
`

my fren



~~~~one day mungkin tinggal memory. gud luck guys~~~~~~~
`
`

Jiran meninggal




last week, anak jiran aku meninggal. aritu mak dia meninggal huhuhu. aku tak berapa kenal sangat sebab dia lagi tua dari aku. maybe dlm 30-40 tahun. petang 2 masa aku tgh baring2 baca buku, then ayh aku bgtau da org meninggal. usaha kat luar jap, da ramai org kat umah jiran aku. Malam 2 lepas solat isyak, g tahlil kat umah dia.

hehe ada peristiwa kelakar masa tgh tahlil. actually b4 setat, org umah akan letak cawan berisi air kat setiap penjuru supaya bacaan tahlil dapat diserap oleh air tu n leh minum. masa tgh baca yassin, adalah jiran aku yg lain datang lambat. dia leh tertendang gelas 2 sampai tumpah. so org2 kampung yg pakai kain sarung meloncatlah macam kera kena sebat kekeke. org lain yg tgh baca yassin leh siap tergelak kakaka...konpem tak khusyuk diorang ni. nasib baik pak imam maintain kool, khusyuk n masyuk (eleh dalam hati nak gelak la tuh kekekeke)
`
`
`
`