SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Thursday, April 30, 2009

Baby Muzr*




Baby yang comel nilah anak si Muzr*...Name dia Muhammad Muiz* Syafy*...fuh dasat tol...muka dia da macam muka bini muzr*...congrats..tido je memanjang...cuba la cakap peace ke...say hi ke....





Satu set barang baby..ada baju, seluar, topi, napkin kecik 3 helai, mainan bunyi2, sarung kaki. Kitaorang beli kat Bangsar Village...Nasib baik sempat beli tengah ari td..kalo tak jalan jammed..





Baju baby...baju yang siap bersambung ngan seluar...meber aku kata ni baju "baju bebet"..ntah pe ntah...







Bini Si Muzr*...hohoho sian dia...mesti letih memberanakkan anak...lek2..da lepas da..mesti rase lega yang amat...lepas ni pkir pulak anak yang no.2...lagi ramai lagi meriah...






Gurls tengah sibuk nak tulis nama atas hadiah. Siap leh eja nama baby tue..ko ni muzr*..berbelit2 lidah aku nak baca nama anak ko..letak la roy ke, din ke, senang la sikit aku nak panggil

Ustazah Aishah



Masa kenduri kawin makcik aku...tiba2 mak aku bgtau aku "nuar tak tegur ustazah ke"...aku pun cari2 la mane la ustazah aku ni..rupanya kat belakang aku jew...die ngn husband dia. Borak2 jap ngn dia...Lame tak jupa..dia siap leh cakap sapa ni...hahahaha...yelah...dia ajar aku masa aku sekolah rendah agama dulu...lame dah..sebab tu da tak kenal...aku masih lg kenal sbb muka dia same jew...die ni antara ustazah yang paling garang...ari2 asik berleter je..hahahaha...ustazah aku sempat tanya soklan emas "nuar ni bila lagi nak jemput kenduri..." waaaaaaa




Ustazah aku tgh salam ngan nenek aku..kiriman duit kawin...jupa lagi ustazah

Family sebelah mak



Atuk n Nenek...huhuhu nasib baik aku masih ada lagi atuk n nenek. alhamdulillah. Diorang cukup2 baik..suka tolong..hopefully bila aku jadi datuk nanti...aku nak jadi macam diorang...Atuk aku paling rilek+cool, nenek aku kuat bercerita...suara dia sampai ke dapur leh dengar...sepupu aku yang paling kecik siap boleh bcerita ngn dia..huuhuhu...tapi one rule yang selalu aku wat....kalo ada atuk aku sebelah aku...aku pastikan mesti ada nenek aku sekali..sebabnya atuk aku tak pandai cakap bahasa melayu...dia cuma pandai cakap bahasa jawa pekat..nenek aku boleh dua2...kalo tak de nenek aku...susah tol aku nak paham..hahaha..aku ni bukannya pandai sangat ckp bahasa jawa...sikit2 leh la...







Ni la paman2 and bibik2 aku (pakcik n makcik). Keluarga sebelah mak aku ni agak ramai tp x seramai sebelah ayah aku. Paling tua sudah semestinya mak aku (anak sulung)and paling muda bibik siti (muda 3 tahun dari aku). Aku rase akan datang gambar2 ni mgkn akan jadi kenangan. Masing2 makin lame makin berumur. One day aku akan tunjuk gambar2 ni kat anak cucu aku. Family sebelah mak aku cukup2 sporting+ very2 peramah and im appreciate that. Satu lagi masing2 sudah tanya aku " NUAR KO BILA LAGI NAK KAWIN? UMUR DA TUA..CUKUP LA BELAJAR 2..KAWIN LA DULU"....hahaha..aku dengan penuh berhemah pun menjawab soklan masing2 "ERM..TAKDE PUN ORANG MASUK MINANG SAYA...KALO TAK LAMA DA KAWIN...LALALA"...releks2 pkck n mkck sekalian...ada la satu ari nnt saya kawin gak...amin..

1) Wak Esah (Mak aku...korang jgn la wat tarian sailormoon depan mak aku...karang mak aku ikut sekali...hahahaha...)

2)Paman Alip (ada 4 org anak. Yang sulung kat politeknik. Dia kalo solat cukup lama. Aku bila solat same dia, lutut aku jd parkinson tiba2...haha)

3)Bibik Ijah (hoho dia punya masakan pergh sedap dowh..anak sulung dia safira sudah kawin...2 la patutnya cucu yg paling tua la kawin..ni cucu yg ketiga paling tua kawin dulu..kahkakah)

4)Paman Tahir (die ni cikgu..bini dia pun cikgu...aku tye anak dia pun nak jadi cikgu...hohoho)

5)Bibik Mum (Bibik yang paling ranggi+sporting+POTPETPOTPET...letih aku melayan...jap2 tye..nua bila nak de bini...waaaaaa)

6)Bibik Anis (Anak dia ramai...rilek je die ni...jarang ckp ngn dia sbb jarang jupa)

7)Bibik Ina (Ni la mkcik yg baru kawin aritue...dia tua 2 tahun dari aku..agak kamcing ngn dia ni...nice and easy going...congrats)

8)Bibik Siti (Bibik yang paling muda...baru abis belajar..skrang tgh cari keje)

Hari Kahwin Makcik



Minggu lepas 3 hari 2 malam...makcik aku kawin. Biase la adat kat sini. first day nikah, second day orang kampung datang gotong royong and last day bersanding. Suami makcik aku Hass*n...orang pahang. Macam mane leh dapat jauh ni...Anyway kahwin gak makcik aku sorang ni (Marlin* binti Os*an). Congrats.




Orang kampung+sedara mara yang sudah tersusun2 duduk rapat ngan pengantin. Aku rase kompem mase ni pengantin laki berdebor...hahaha




Akad Nikah. 2 kali jew..pengantin laki 2 cuma terlebih cakap. Sepatutnya cakap " aku terima nikah Marli*na binti Osm*n...." tapi pengantin cakap " aku terima nikahNYA". Nikah diwakilkan kepada tok imam and dibuat dalam masjid kampung aku...Kampung Buk*t Chang*ang.




Bagi ape ntah lepas abis akad nikah. Pengantin perempuan takleh masuk pengantin sebab datang bulan. So kat luar pun jadi la




Bersanding n amik gambar lepas nikah..pewwwiiiit hahaha




Bersanding dekat pokok kelapa sawit. Cuba tengok kain batik atas kerusi 2. Actually, aku n paman alip letak kain lain. Lepas 2 nenek aku bising sebab kain 2 buruk sangat. hahaha..kitaorng tengok ok je..rupanya kain 2 sudah dipakai sbg kain basahan




Sepupu2 yang gila bila tengok orang tamgkap gambar




Pengantin bersanding atas pelamin. Pelamin ni dalam umah. So penuh tul orang dalam ruang tamu masa 2







Aktiviti makan2 bersama pengantin. Tengah tunggu orang2 tua amik tempat.





Makanan orang kawin. Kalo ari2 wat cmni kan bagus, makan sedap. Time kawin jugak je dapat cmni. Yang penting aku cop udang galah 2..





Kek Kawin. Kalor putih n coklat. Masing2 da cop nak amik yang part yang mana.




Aktiviti makan kek. Sume sedara ada kat c2. Keje2 kasi tinggal. Yang penting dapat makan kek kawin. Bukan senang nak makan kek orang kawin. Kek arijadi da jemu makan

Wednesday, April 29, 2009

Kad Kawin



Aku rasa kad kawin kawan aku ni mahal. Tengok la sarung dia. Keras+ color bersinar2..cantik. huhu. Kawan aku yang nak kawin ni Azi*zi...sekolah rendah sama2. Dok satu perumahan. Tiap2 petang main bola sama2. Aku setat da tak jupa dia masa aku pindah masuk sekolah teknik kl. Congrats




Kad kawin dia. Panjang spt trend masa kini






Kad kawin yang ni pulak dari kawan aku B*htiar b. Ch* L*h. Kawan sekolah rendah n sekolah menengah sampai form3. Bini die pun rakan sekelas aku...Si*i A*shah. Diorang kawin pada 26 April...arijadi aku huuhu...aku tak dapat pegi gak sbb masa tue aku kat umah nenek aku. makcik aku pun kawin gak..




Kad kawin dia ni ada gambar tepak sirih. Kalor coklat. Kad kawin ni da byk aku tgk. nice

Buat Passport




Oleh kerana aku akan bergerak ke luar negara...so kena la wat passport. Nape kene wat passport? Visa tu plak apedia? x sama ke ngan passport? aku de tye member aku... kalo nak pergi ke luar negara...kene wat passport...leh guna sampai 5 tahun... passport ni macam ic kita...dlm negara pakai mycard...luar negara pakai passport... Visa tu pula macam pass kebenaran nak masuk ke negara yang mana kita nak g..just wat sekali je....tapi kalo g negara lain, kene wat lagi...macam tiket bas la..

Banyak procedure yang nak kene ikut.

1) Sediakan gambar berukuran passport 2 keping. Tunjuk muka yg terbaru...karang tak pasal2 kene tangkap gambar lagi sekali kalo officer tue x puas hati

2) Isi form. Kene tau nombor surat beranak.

3) Pergi Kaunter. Amik nombor giliran. Bawak form 2 ngn gambar passport

4) Officer tue akan bagi balik form 2 yg sudah dicop n nombor giliran. so kene tunggu sampai dipanggil.

5) Then, sampai je nombor giliran, bg balik form 2+cap jari+ic. Lepas tue officer tue suh tunggu sampai no giliran dipanggil lagi

6) Bile kena panggil je, bawak duit RM 300 hinggit (32 pages). 64 pages for RM 600. Lepas bayar, officer tue akan suh datang balik dalam masa DUA JAM, pergi kaunter 35 amik nombor giliran yang baru

7) Setelah dua jam, dtg balik, g kaunter 35, amik nombor giliran, tunggu dipanggil, lastly baru leh amik passport





Beratur amik nombor giliran. Sampai2 je...da mcm ular da org beratur...nasib baik tak berapa ramai orang sgt pagi2 ni...cepat la sikit amik nombor...




Members yg wat sekali passport. Letih menunggu. Lenkali letak la dalam tu movie theater ke, pertunjukkan karoeke ke, jualan murah sampai 99.9% ke...ini tak..yg de tv yg bukak siaran berita cina...mana la ku paham...huhuhu




..akhirnya siap gak passport aku ni...letih doh tunggu. da la dalam tu sesak. sesak di mana2. sesak kat parking kete, sesak nak byr passport, lastly sesak gak nak makan kat kedai mamak...huhuhu...tensi. Ini dia passport 32 pages yang berharga RM 300 + duit cover 2 hinggit+ duit gambar 14 hinggit (aku terambik salah kedai...ade kedai yg offer lagi murah dowh)+ duit potostat beberapa sen.






gambar takleh tgk. muka aku dlm ni macam muka gengster da. aku tgk pun da naik gerun. ape pe pun aku da de passport...yeahhh
.
.
.

Mail



Balik je kampung, ada byk surat. Antara surat2 yang aku dapat selain KAD-KAD KAWIN, surat dari sekolah lama aku. Aku ingat tak bayar hutang ke pe. Rupa2nya, ada invitation reunion kawan2 lame tahun 1999/2000. Diorang nak wat kat hotel mane ntah. Kene bayar lak tue. Buat la amal jariah sikit. Kasi free baru la ramai yang leh join. Aku x conpem lagi nak join sbb masa itu dijangkakan aku akan sakit perut. X selesa kalo aku datang.huuhuhu. Tengok dulu cner. Kalo geng2 bujang datang, baru aku datang. Senang sikit nak borak2. Ni tak..Kalo geng2 yang da kawin datang+anak2...terduduk diam la aku kat c2. Conpem topik pbincangan pasal anak2. Aku nak ckp pasal pe? anak patung?




Lambang sekolah aku. Tak berubah-ubah. Cuba la kasi cantik sikit. Letak pedang samurai. Kasi gempak




Lagu Sekolah. Ni kompem suh nyanyi time mase kat hotel. Mimik je cukup la. Da lupa aku cner. lalala

Tuesday, April 28, 2009

Selangor juara piala FA 2009

Got dis info from mstar.com.my







BEBERAPA pemain pasukan Selangor bersama piala yang dimenangi setelah menjuarai perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Selangor berjaya menewaskan Kelantan dengan 4-1 hasil sepakan penalti pada perlawanan itu. --fotoBERNAMA





KETUA pasukan Selangor Mohd Amri Yahyah (kanan) diasak pemain Kelantan Zairul Fitree Ishak (kiri) ketika perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional malam tadi. Amri menjaringkan gol penyamaan pada masa tambahan. --fotoBERNAMA




SUASANA di Stadium Nasional, Bukit Jalil ketika perlawanan akhir antara pasukan Selangor dan Kelantan merebut Piala FA. Selangor menang dengan sepasukan penalti.




KUALA LUMPUR: Selangor berjaya menamatkan kemarau tiga tahun tanpa memiliki sebarang piala utama dalam Liga Malaysia apabila menumpaskan Kelantan 4-1 melalui sepakan penalti setelah kedudukan terikat 11 sama pada perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Seperti yang dijangka perlawanan Kelantan dan Selangor yang disaksikan kira-kira 85,000 penyokong 'Red Giants' dan 'The Red Warriors' berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Pada babak pertama, Selangor yang mempertaruhkan gandingan Mohd Safee Sali dan Rudie Ramli di barisan serangan seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang keemasan yang terhidang untuk menjaringkan gol.

Namun pujian juga seharusnya dihamburkan kepada penjaga gol Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail yang jelas mempamerkan kematangan di dalam permainannya walaupun merupakan penjaga pilihan kedua Kelantan pada awal musim.

Peluang terbaik Kelantan pula hadir pada minit ke-28 apabila percubaan luar kotak penalti Indra Putra Mahayuddin mengegar palang gol walaupun telah berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Mohd Hamsani Ahmad.

Bersambung babak kedua tanpa sebarang jaringan Kelantan terus mengatur gerakan dan hampir menjaringkan gol pendahuluan melalui tandukan Ahmad Ezrie Shafizie Sazali namun tersasar.

Selangor yang terdesak untuk mencari gol memasukkan pemain kebangsaan, Amirulhadi Zainal dan mengeluarkan R. Surendran pada minit ke-57 namun gagal mengubah corak pemainanan skuad Red Giants yang terus di asak Kelantan.

Kelantan yang dilatih Peter James Butler terus dihidangkan dengan beberapa peluang untuk menggegar jaring lawan namun dihampakan dengan ketangkasan Hamsani.

Perlawanan bagaimanapun terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan setelah keduadua pasukan terikat tanpa jaringan pada 90 minit permainan sebenar.Penguasaan Kelantan akhirnya diterjemahkan dengan gol pada minit ke-93 melalui tandukan Mohd Norfarhan Mohammad di sebelah kiri pintu gol Selangor setelah menerima hantaran Mohd Badri untuk menewaskan Mohd Hamsani di gawang gol.

Namun gol itu hanya bertahan selama lapan minit apabila kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah yang juga dipilih pemain terbaik perlawanan menanduk masuk bola hantaran D.Surendren untuk menewaskan Mohd Shahrizan bagi menyamakan kedudukan.

Setelah tamat 30 minit masa tambahan, kedua-dua pasukan masih gagal mencari gol penentuan yang akhirnya terpaksa menentukan kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti.

Tuah dan pengalaman nyata milik Selangor apabila dua pemain Kelantan iaitu Indra Putra dan Zairul Fitree Ishak gagal menyempurnakan sepakan penalti manakala semua empat pemain Selangor berjaya menyempurnakannya untuk keputusan 41.

Kemenangan ini membolehkan Selangor menjuara Piala FA sebanyak lima kali sejak mula dipertandingkan pada 1990. BERNAMA

.
.

Monday, April 27, 2009

Solat

AKU PALING TAKUT kalau balik umah...solat time mak aku kat sebelah atau ada dekat2 ngan aku. Conpem kene sound direct sampai tembus telinga aku dengar. HAHAHAHA. Mak aku ni pantang kalo nampak orang salah movement dalam solat. Conpem nak tegur. Tapi bukan lepas solat. Time aku solat gak nak tegur. hahahaha. Maklum la mak aku ni ustazah...


Ada time tue time aku solat...line clear...mak aku kat dapur.. mesti tgh mandi tue. Time ni la nak solat dgn aman. Tapi malangnya..aku solat kat ruang tamu. Ruang radius untuk mak aku tgk aku solat jelas lagi clear. Dengan tiba2 dengar pap..pap..pap... bunyi selipar mak aku. Ni mesti tengah naik tangga...Lepas tu hilang da bunyi tue. Rupanya...mak aku stop jalan n perati aku solat...wahhhhhhhhh... Sbbnya lepas tue mak aku terus sound

"Ha nuar...berdiri tu betul skit. Kepala pandang lantai"
" Tu tgn tue...letak atas sikit dari pusat"
"Salah tue rukuk tue. Tegak sikit badan tue"
"Sujud tu betulkan. Tangan letak betul2. Tegakkan sikit"
"Tegakkan kaki tue bile duduk tahiyah akhir"




Wahhhhhhh.hahahahaha. Masa mak aku sound bukannya aku rs stress. Tapi rase nak tergelak. Kalo adik aku de sebelah kompem die ckap " mak abang nuar tue senyum2 mase sembahyang..jap lagi nak tergelak la tue..." lepas tue betul2 aku gelak...hahahah... tak khusuk sungguh aku...





Ape-pe hal sebelum mak aku dengar bacaan aku...baik aku menyiapkan diri aku ini. Karang tak pasal2...potpetpotpetpotpet...ayat yang konpem akan kuar " ni macam maner nak jadi suami orang, tajwid pun tungang langgang" . So, beli la aku si buku tajwid ni. Aku pun da ingat2 lupe. Paling akhir aku khatam tajwid masa sekolah rendah. Skarang otak da berkarat. Byk yang lupa. Kadang2 bace Quran...lupe yang panjang dan yang pendek.


p/s: Sila baca doa Qunut. Mengikut kawan aku...bacaan Qunut tu ada panjang dan pendek. Yang panjang kene baca 6 harkat. Yang pendek kene baca 1 harkat je. So caner nk bace:

Yang panjang : Qunuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut. cukup 6 harkat
Yang pendek: Qunut. Qunut. cukup 1 harkat je


hahahahaha berdekah2 aku dengar.....

Notice

KAHKAHKAH....pecah perut aku baca notice dr pihak management. Masa aku balik hostel petang tadi, roomate aku bgtau, "abg nua de bace x notice kat bawah tue...hahahha".. aku pn trgelak x tentu pasal. tapi tatau sebab pe..So masa nak g makan bace la notice. HAHAHA...ADA CASH REWARD tue..jgn main2..da macam pekan koboi pulak..cume xde gambar wanted. ni ha..actually penghuni blok B ni tak betul sikit a.k.a separuh gila..hahaha...tiap2 malam menjerit tak tentu pasal. Kalo sorang da menjerit, conpem lain2 residents akan ikut...da macam beruk-beruk menyanyi da aku dengar...sian kan...ni yang menyebabkan pak guard2 skalian naik hangin...nak tangkap sape yang wat keje jerit menjerit ni ha...hahaha.. final decision...tampal notice kasi cash reward kat sape2 yang leh bagitau sampai ttangkapnye penjerit2 x bertauliah ni.

Satu lagi...tangan-tangan residents kat sini gatal2. abis sume divandalismekan..hahaha...dari lif sampai la ke bumbung hostel...ni yang berapi2 pak guard kat bawah..




kahkahkah lagi sekali lor. Bg sape2 yang tak nampak;


To all residents of Block C,

Cash reward shall be given to any residents who provide information for the following:-

Identify the person/s who destroy hostel property

Identify the person/s shouting and behaving like CRAZY PERSON every night and making unnecessary noise.









Notice baru suh residents tulis name sape yang nak masuk n keluar lepas jam 11 mlm. Nampaknya byk la belanje pak guard2 skalian. Kompem lepas ni byk la buku-buku report kene beli. hahaha. Tiap2 malam byk sesangat students lepak dpn tue. Da macam bukit bintang plak (hehe ni kawan aku ckp. die terkejut bukan main riuhnya depan hostel ni tiap2 malam. siap de gerai tue)

Shopping



Minggu lepas, aku n opismates aku ni g jenjalan kasi abis duit. Bukan aku yang nk shopping. Tapi si p*an. Nak beli barang sblum g trip ke tuut. tuuut lagi sekali. aku n dini temankan jew





Tgh melilau si p*an cari barang kat kedai ni. Pilih jgn tak pilih. karang naik muka masam la minah kedai ni





Nak beli selipar la tue...mahal slipar tue...beli je kat kedai runcit blakang rumah...slipar camni aku wat frame kat dinding umah jew...sayang nk pijak





bag yang berharga tuuut. mahal wey...naik juling mata aku tgk harganya. rase nak berjoget sailormoon depan jurujual pun de gak...hahaha biar die kasi turun harge. tapi sikit punye serius la minah si jurujual itue...da macam si rapidah a*ziz plak






Abis je shopping mahal2...kene la makan2 kat kedai makan dalam de Gardens ni. Si D*ni oder bento. Daging ayam kicap die sedap. Rugi plak aku x order




Si p*an makan makanan ini...hape ntah namenye..sos lemon die punya la sedap dowh..rase nak suh je mkcik kedai tue letak sos tue kat tomyam aku..kasi ilang die punya pedas





aku nye plak makan ini tomyam. pedas seh..da berapa teguk aku minum air. tak bhati perut tol si tukang masak itu. masak pedas-pedas sampai aku susah nak telan






Si dia ini mahu mencuba-cuba bile sampai opis balik...nasib baik xde prof z*har*. hahaha





Berkenan dgn beg itu. tapi tgk die punya harga leh bayar sewa umah aku+blanja mmber 10 org makan kfc...tue pun de lebih lagi...tak pe de rejeki esok2 beli la

Tuesday, April 21, 2009

Buku

Minggu lepas aku tolong poskan surat kat kps,um. Singgah jap kat P*kan B*ku. Tiba2 ternampak buku kat bawah ni. So, melayang lah duit aku dekat 50 hinggit sekali beli ngn reader's digest.





Buku ni memang2 menarik perhatian. Sebab ada title kat depan "Tahanan tanpa bicara". Fuhh...Aku memang suka buku bibliography orang especially pengalaman orang. Before dis aku de beli buku pengalaman orang kanan al-ar*am, kisah hidup mangsa rogol di pakistan which is kisah dia ni satu dunia tau, kisah seorang anggota askar m'sia kena tangkap ngan pihak rebel kat Sri Lanka..dan banyak lagi doh. Very interesting baca buku experience orang. Berbalik kepada buku ni, mengenai syed husin ali, pensyarah UM ditangkap oleh kerajaan dan disumbat ke dalam ISA. Dia di tahan beserta pemimpin pelajar yang meningkat naik masa 2-Anwar Ibr*him. Fuhh dasat tul keadaan dalam ISA. I hope aku x akan jejak kaki aku kat situ suatu ari nanti






Reader's Digest pun aku beli pasal dapat free satu lagi. Amik la opportunity yg de