SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Monday, August 17, 2009

Hulagu Khan- Khabar Hitam dari Timur





Semalam setengah hari aku habiskan buku novel sejarah Islam. Selalunya kebanyakan buku sejarah peperangan Islam mengisahkan peperangan Zaman Nabi Muhammad S.A.W, peperangan di Zaman Bani Umaiyyah dan Bani Abbsiyah, Perang Salib yang melibatkan Sultan Salahudin Al-Ayubi, perang-perang Zaman Uthmaniyah, kebangkitan Al-Ikhwan, peperangan di Palestin, Afghanistan, Iraq dll. Buku kali ini agak menarik kerana mengisahkan bagaimana kejatuhan Islam di Zaman Bani Abbasiyah dan tidak diceritakan secara fakta semata-mata tetapi naratif penceritaan kisah sejarah ini berbentuk novel. Yang menariknya, penceritaannya dibelah pihak musuh iaitu Orang Monggol. Bagaimana strategi orang-orang jahat ini mencipta sejarah dengan menakluki Kota Ilmuan Islam- Kota Baghdad. Try la baca kepada sapa-sapa yang belum baca. Banyak manfaatnya.



Kejatuhan Islam di zaman Bani Abbasiyah adalah angkara serangan Orang Monggol dan pembelotan yang dilakukan menteri kepada Khalifah al-Musta’shim Billah iaitu Umayiduddin Muhamad al-Aqami. Orang Monggol terkenal dengan penakluk dia yang unggul iaitu Genghis Khan. Genghis Khan berjaya menakluki hampir separuh dunia tetapi gagal menawan kota seribu satu malam iaitu Kota Baghdad. Buku ni bukan mengisahkan tentang Genghis Khan, akan tetapi mengisahkan cucu dia iaitu Hulagu Khan yang berjaya menjatuhkan Kerajaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Kota Baghdad iaitu tempat di mana kebanyakan ilmuan Islam dilahirkan. Hulagu Khan berpegang kepada prinsip datuknya iaitu


“Yang paling nikmat dalam hidup adalah apabila dapat mengalahkan musuh, kemudian memancung leher mereka, merampas barang-barang berharga milik mereka, dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka”



Pengajaran yang boleh disimpulkan:

1) Orang Monggol tidak takut akan besarnya jumlah solsadu Islam, banyaknya pedang tentera Islam bersinar, banyaknya anak-anak panah berterbangan dari pihak Islam, akan tetapi mereka takut kepada DOA ORANG ISLAM. Kerana doa inilah yang menakutkan Genghis Khan dari menawan kota Baghdad dulu. Doa adalah senjata sebenar umat Islam. So strategi yang dilakukan Hulagu Khan adalah mereka memperdaya dahulu alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging BABI dan ANJING. Benda haram ini menyebabkan doa-doa tidak dimakbulkan selama 40 hari.

2) Strategi yang betul adalah penting demi menjamin kelicinan perjalanan sesuatu perkara.


3) Sikap perkauman (asabiyah) adalah sangat-sangat berbahaya kerana sikap inilah yang menyebabkan umat islam tidak bersatu padu. Sikap ini ketara di pemerintahan Khalifah terakhir zaman Bani Abassiyah iaitu Orang Parsi, Orang Turki dan Orang Arab saling bersengketa walaupun di bawah satu agama. Kesempatan inilah yang digunakan oleh Orang Monggol untuk menjatuhkan umat Islam. Bagi mereka yang mahu berfikir, sila relatekan kisah ini dengan keadaan kita sekarang.


4) Kita hanya merancang, akan tetapi Allah yang menentukan. Allah tidak menetapkan sesuatu perkara terjadi tanpa hikmah di sebaliknya


Semoga Allah mengampuni dosaku. Yang baik datang dari Allah, yang jahat datang dari kekhilafanku sendiri.


p/s: Haha penulis buku ni kena belanja aku makan aiskrim sebab aku da tolong promote buku ni…lalalala



No comments:

Post a Comment