Wah hari ahad di rumah sendiri. Syoknya hingga tido kena gigit nyamuk pun tak kisah. Takdenya berhari Ahad di Kl yang asik berbunyi hon-hon itu. Tapi kat sini pun bunyi hon gak. Bengang tol aku. Rupanya mamat india tengah jual putumayam. Aku bukannya suka sangat benda itu. Hon la kat umah lain. Seperti biasa, dok kat umah takleh bangun lambat sebab mesti kena kejut oleh mak aku suh solat subuh. Aku kalo da bangun susah tol nak tido balik kecuali time bulan posa lepas sahur, senang2 je tido. Lepas 2 kena sound oleh mak aku, posa larat tapi sembahyang subuh x larat….lalalalaala. Pagi2 ni seperti biase lepas kemas tilam, aku g mengendap kat tingkap. Mana la tau ada akak2 kilang yang cun baru balik kerja. Then lepas tu g basuh baju and sidai baju kat tingkat dua. Aku kalo part2 membasuh tanpa mesin basuh memang malas tol. Nasib baik mesin basuh kat umah steady lagi walaupun jika aku melakukan eksperimen sabun breeze+sabun fab+dynamo…lalala. Tapi part yang payah time nak sidai baju ni ha. Mak aku taknak baju disidai kat ampaian kat luar rumah. Takut ada pompuan ngorat aku (hehe yang ni aku tambah). Mak aku suh sidai kat tingkat 2 rumah. Letih dowh part ni. Letih nak bawak basuhan naik tangga. Nasib baik waktu pagi kat tingkat atas sejuk and nyaman. Kalo mak aku suh sidai tghari, konpem aku g berlari2 menyorok belakang sofa, panas dowh kat atas. Then, setelah suma beres disidai, takde la mak aku bising. Leh la aku minum nestum sambil menonton kartun Atasinchi dengan perasaan gembira yang tidak terhingga. Sambil tu tunggu mak aku masak tempoyak udang yang pedas lagi memberairkan mata aku.
Cium puas-puas. Lepas ni bila da balik KL, da takleh jupa benda ni suma. Wah2, menjerit aku seketika sambil menggoyangkan bontot aku setelah membuka tudung salji. Best gile dowh jupa tempoyak udang pedas tahap maharaja, pucuk ubi rebus, sambal udang, kari ayam, ikan goreng, petai. Berdesup aku g cari pinggan. Macam jakun pulak aku ni. Yela dok kl xde sape pun nak masak sedap2 untuk aku. Aku mana da bini lagi. Makan kat kedai same je lauk dia ari2. Da la x panas, x sedap lak 2. Tak pun kadang2 makan fast food yang tak berkhasiat lagi menghabiskan duit tu.
Pagi 2, aku melantak sorang2 kat dapur. Rupanya adik aku n ayah aku udah melantak da tadi time aku tengah tengok cite katon. Cisss siut je tak cakap orang. Lepas abis makan je, aku terus berlari2 g dok bawah aircon. Hoho berasap badan aku makan benda 2 suma. Then, berlari2 g membuat pelaburan di tandas rumah sambil menyanyi dengan kuat lagu tema Gerak Khas… hopefully 20 tahun akan datang aku akan baca entry ni sambil membayangkan kesedapan makanan yang mak aku masak.
Semalam tghari sebelum balik umah, singgah beli resepi rahasia kat kl sentral. Yela, aku da belanja opismate, takkan family kat umah xleh belanja. Aku siap beli kek sebiji walaupun xde sape pun yang nak sambut arijadi kat umah. Masing2 melantak kek lepas makan nasi….hahaha..biar kasi gemuk badan aku walaupun badan aku tetap maintain kurus. Ada gak aku tanya mak aku, kurus sangat ke nua ni sbb member2 asik ckp nua ni kurus je. Mak aku ckp biase je. Takyah gemuk2. Asalkan sihat cukup. Biar la pe orang nak kata. Yang penting sihat. Betul gak ckp mak aku. Toksah layan sangat orang2 macam ni. Diorang nak bagi sedap je mata diorang memandang. Walhal, diri sendiri 2x5 je. Tapi kadang2 naik muak aku dengar sebab dengar benda yang sama. Aku seperti biasa hanya senyum sahaja melayan karenah diorang. Berdiam diri lebih baik dari membuka mulut yang boleh menyinggung perasaan orang. Semoga Allah mengampuni dosaku.
Time ni aku tengah bersejuk2 di bawah aircon. Mak aku udah berpakaian cantik nak g banyak umah pengantin. Tu tengah isi duit kat sampul surat. Mak n ayah aku pun nanti singgah kat umah kawan aku. Ada 2 orang kawan aku kawin arini. Kawan aku yang sorang ni, kawan sekolah rendah. Aku x g sbb masa ni aku tengah kenyang tahap gaban. Tengah berlengkor kat atas sofa. Tak larat nak jalan. Kirim je la kat mak aku.
Dengan berketar2, aku memasukkan note berwarna merah yang bernilai 10 helai duit biru ke dalam sampul surat yang aku da tulis nama aku. ..hahaha…TCJ* tu bermaksud singkatan taman perumahan umah aku. Kirim je kat mak aku bagi kat kawan pompuan aku yang sekarang ni sedang bersuka ria menjadi pengantin.
Time tengah masukkan duit, jiran aku tengah bermotorsikal. Ni da sah, mesti g umah pengantin.
Rajieen | راجعين
11 months ago
No comments:
Post a Comment