SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Saturday, August 29, 2009

Jodoh Sefikrah





Apakah itu sefikrah? adakah sama aliran? sama fahaman? sama kehendak? sama laluan dan perjalanan? Sama satu jemaah? sama course? atau sekepala?


Aku memahami mereka yang berada dalam dakwah dan gerak kerja berkumpulan memang memerlukan teman sefikrah dan sefahaman. Objektifnya tak bukan supaya lebih mudah berurusan dalam hal ehwal usrah dan berdakwah selepas kahwin. Sefikrah bererti keduanya sebaiknya memiliki ‘tashawwur islami’ wawasan keislaman yang sama. Pokok pangkalnya adalah kesamaan kafaah syariahnya, ‘kefahaman yang sama’. Sebab dengan memiliki kesamaan pemahaman keislaman maka tidak jadi masalah mengurus rumahtangga dengan baik dan mengambil keputusan dengan tepat atas dasar afiliasinya (gabungan)dengan islam.


Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat. Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya sekufu dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari.


Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)



Bagiku, asasnya adalah kerelaan dan kesatuan hati pasangan untuk sama-sama membentuk sebuah keluarga Muslim. Tidak ada masalah selagi hati itu jelas akan konsep rukun Islam dan rukun Iman yang betul. Tetapi perlu pada taaruf yang jelas agar keduanya dapat melayari bahtera kehidupan dengan berlapang dada serta mengharapkan mawaddah wa rahmah. Aku menyokong dan menghalalkan apa jua jenis jalan dakwah yang dia ceburi asalkan adanya jaminan kepada sempurnanya tanggungjawab seorang isteri, ibu, anak dan dia tahu batasan perhubungan seorang isteri muslimah. Aku melihatnya suatu proses pengorbanan kerana Allah, yang mana aku harapkan hanyalah sisa-sia dan tempias pahala tergenerate darinya. Moga-moga Allah meredhai apa yg dia perjuangkan. Amin



Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Nur: 26):

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

(Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik)



‘kuntum khoiru ummatin uhrijat linnaas’


Wallahuta'ala a'lam bissawab

1 comment:

  1. hmm, informatif. ada sorang 'kawan' dulu introduce kat aku ayat Surah An-Nur tu. teringat balik masa-masa dulu lepas baca entri ni.

    ReplyDelete