Alhamdulillah dalam kesibukan aku menyiapkan laporan tesis, sempat juga aku menghabiskan buku dwilogi pembangunan jiwa, karya Habiburrahman El Shirazy. Ini pun direquest oleh seorang teman supaya aku membaca buku ini. Dapatku habiskan tak sampai satu hari dek kerana terpukau dengan gaya penulisan keislaman yang membuatku sangat-sangat kerdil di sisi Allah.
Terima kasih sangat2 kerana memperlihatkan akan kelainan buku ni berbanding buku-buku novelis lain. Terus terang aku katakan, buku ini bukan setakat cerita pengalaman mahasiswa Universiti Al-Azhar, tetapi lebih dari itu. Ia diselitkan zikir kepada Allah, doa nabi Allah, hadis Rasulullah S.A.W, perkongsian ilmu Al-Quran, keagungan bahasa Arab , kata-kata bijak pandai, paparan sejarah ketamaduanan islam, gaya, etika dan moral kehidupan islam, etc. Andai kata wujud manusia itu di zaman kini, alangkah malunya aku dibandingkan dengan beliau. Aku bukanlah baik seperti malaikat, mahupun sejahat-jahat seperti iblis, tapi kadangkala aku lupa tujuan kewujudanku ini. Semoga hidayah dan ilmu yangku dapat dari buku ini menjadikanku seorang yang lebih dewasa dari hari-hari terdahulu dan menjadikanku insan yang mahu bertaqwa kepada Allah.
Aku rekomenkan kepada sape2 yang belum baca, cubalah selak 2-3 helai dulu. Nescaya mahu dihabisi 200-300 muka surat. Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku.
Adapun pengisian yg terkandung di buku ini, adalah :
1. Menyedarkan kita sebagai makhluk Allah yang sangat2 lemah dan tak punya apa2
2. Menunjukkan sikap ukhwah dan setiakawan serta jalinan persahabatan memberi nilai yang bermakna dalam hidup kita dan tidak salahku katakan nilai inilah yang kemungkinan akan menyuluhkan masa depan kita
3. Mengajar kita erti pengorbanan dalam islam. Tidak mungkin mendapatkan sesuatu yang kita hendaki tanpa secalit pengorbanan
4. Sesungguhnya sikap displin dan tegas adalah amat penting dalam mencorakkan suatu kehidupan yang berteraskan islam
5. Islam itu indah, mudah, sangat mempersonakan bagi mereka yang mahu berfikir
6. Jodoh bukan datang bergolek, bukan juga dihadiahkan secara percuma. Jodoh memerlukan suatu nilai ishtikharah yang ikhlas dan usaha tanpa disisir dengan egois yang nyata.
Wallahualam bi shawab. Setiap orang punya pendapat dan pandangan tersendiri
p/s: Adakah ada ‘Anna Althafunnisa’ di zaman ini? Jika ya, bagitaulah aku, pasti aku akan mengkhitbahnya
`
`
`
Rajieen | راجعين
11 months ago
wah, sgt menarik review yg anda berikan. sbb *a ada je buku tu, tp x pnah plak dioffer. huhuhu. nnt le aku beli. dn memerlukan fokus yg tinggi nk abiskan buku..
ReplyDelete