SeLAmat DaTAnG Ke Duniaku. Perkongsian dETik BerMuLAnya SuATu KEperCAyAaN
RSS

Saturday, August 29, 2009

Jodoh Sefikrah





Apakah itu sefikrah? adakah sama aliran? sama fahaman? sama kehendak? sama laluan dan perjalanan? Sama satu jemaah? sama course? atau sekepala?


Aku memahami mereka yang berada dalam dakwah dan gerak kerja berkumpulan memang memerlukan teman sefikrah dan sefahaman. Objektifnya tak bukan supaya lebih mudah berurusan dalam hal ehwal usrah dan berdakwah selepas kahwin. Sefikrah bererti keduanya sebaiknya memiliki ‘tashawwur islami’ wawasan keislaman yang sama. Pokok pangkalnya adalah kesamaan kafaah syariahnya, ‘kefahaman yang sama’. Sebab dengan memiliki kesamaan pemahaman keislaman maka tidak jadi masalah mengurus rumahtangga dengan baik dan mengambil keputusan dengan tepat atas dasar afiliasinya (gabungan)dengan islam.


Apatah lagi, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian dua orang insan untuk berkongsi segalanya dalam menempuh kehidupan berumah tangga, yang mengharapkannya kekal sepanjang hayat. Lantaran itu, sebaiknya kedua-duanya sekufu dalam banyak hal supaya rumah tangga yang akan diharungi lebih mudah dilayari.


Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi)



Bagiku, asasnya adalah kerelaan dan kesatuan hati pasangan untuk sama-sama membentuk sebuah keluarga Muslim. Tidak ada masalah selagi hati itu jelas akan konsep rukun Islam dan rukun Iman yang betul. Tetapi perlu pada taaruf yang jelas agar keduanya dapat melayari bahtera kehidupan dengan berlapang dada serta mengharapkan mawaddah wa rahmah. Aku menyokong dan menghalalkan apa jua jenis jalan dakwah yang dia ceburi asalkan adanya jaminan kepada sempurnanya tanggungjawab seorang isteri, ibu, anak dan dia tahu batasan perhubungan seorang isteri muslimah. Aku melihatnya suatu proses pengorbanan kerana Allah, yang mana aku harapkan hanyalah sisa-sia dan tempias pahala tergenerate darinya. Moga-moga Allah meredhai apa yg dia perjuangkan. Amin



Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Nur: 26):

الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

(Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik)



‘kuntum khoiru ummatin uhrijat linnaas’


Wallahuta'ala a'lam bissawab

Rahsia Hadiah




Hadiah yang dihadiahkan kadangkala mempunyai maksud tersirat

1) Kasut : Tanda caring
2) Minyak Wangi : Tanda sayang
3) Payung : Sentiasa ingin melindungi
4) Jam : Tanda menjaga hidup
5) Beg: sentiasa ingin perhatian
6) Baju: semoga hubungan berkekalan
7) Gambar: sentiasa ingin diingati
8) Buku: tanda bertimbang rasa
9) Bunga: tanda kasih
10) Gelang: Tanda keikhlasan
11) Cincin: Tanda ikatan cinta
12) Subang : Tanda kemesraan
13) Rantai : Tanda kebahagian

`
`
`
hadiah paling berharga

14) Khitbah : Tandanya dia serius dan betul2 serius


Friday, August 28, 2009

1st meeting undergraduate





Ini adalah perjumpaan pertama pelajar2 bawah supervision dr. Masa ini kene kenalkan diri, present objective+intro+blablabla...kali ni aku jadi mentor untuk satu student...lee* Che*Png*..si dia ni nak amik subject solder gak..orang nak bg tajuk lain taknak...degil sungguh minah itu....karang aku bagi C- baru tau..hehehe
`
`
`

penutup kete dari panas




Entah da berapa kali si pakcik mahd* ni....hehe si siva* suh alter cover ni...aku rase da dekat berkali-kali...kejap nak cm 2..kejap nk yang ni....huhu sivaranggam sungguh mamat itu...2 dalam gambar...sian kat kitaorang wat testing tengah2 panas2 dlm bulan pose lak 2...xpe2 sabar..
`
`
`

Wednesday, August 26, 2009

Training




Last week training selama 3 hari dekat department, belajar software CATI*, Mastrcm and CNC Virtual. Byk gak yg aku belajar. tak ramai pun join, group amm* cuma aku sorang je join...bebudak x join..sian aku belajar sowang2...T_T..


Tuesday, August 25, 2009

si hitam




ewahh2 mentang2 la suma orang pose...si dia ni pun nak pose gak hehehe...udah la tu xyah tembarang letih posa...cam tau2 je kat belakang xde makanan...then baring dengan senang lenang kat depan...huhuhu...diusik kepala n tangan pun wat tatau





Yang ni pulak cm tau2 je aku nak balik KL..xnak bg org balik la 2...hehe..saje dok atas keta bapak aku.....udah la 2...next week nua balik lg k..



`
`
`

Friday, August 21, 2009

Bulan Pose




Yay yay esok nak pose...yay yeh esok mesti ada makan sahur...yay yay leh solat terawikh ngan kawan2 kat surau...yayyyyyyyyy suka aku

Azam aku bulan pose tahun ni...hopefully aku jd insan yang bertaqwa kepadaNya..amin..


Selamat berpose kawan2!!!

Panggilan yang tak diduga





hahahhaa...kah kah kah...oooo tak baik dowh ketawa kuat2...nanti si setan masuk dalam molot...da la esok nak pose...ook taubat jap


Ni ha..tadi aku dapat satu calling..016xxxxxxx...aku ingat no tepon si Hilma*..aku jawap la seperti biasa masa mula2 angkat tepon..


"Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh"...panjang tul aku sebut. then orang sana cakap:

"Hello Mr Anuar...ini Siva lah...." KAH KAH KAH KAH....


tu la lenkali siasat dulu sapa yg kol
`
`
`
`

Mari kita mengaji




Semalam lepas maghrib...tiba2 ada ramai budak2 datang umah...dari budak yang lom sekolah sampai ke budak yang udah sekolah menengah...watdehel datang2 malam2 ni...rupanya diorang datang mengaji...hohohoo..mak aku selalu ajar mengaji kat taman tempat kitaorang tinggal...dulu masa aku sekolah menengah..selalu tolong mak aku kasi ajar budak2 mengaji...ye la time tu aku tak dok asrama lagi...kalo dok umah konpem mak aku suh aku ajar budak2nya mengaji especially time mak aku datang bulan...


Sekarang da lama aku tak nampak benda camni..Biase la aku selalu balik ujung minggu...time tu pulak kadang2 cuti mengaji...so xdpt tgk mak aku ajar mengaji...bgs gak budak2 ni dtg umah..leh la aku tau anak sapa ni....

Budak2 ni pulak semalam nampak pelik bila tgk aku...yela ntah mamat mana dgn pakai kain sarung dok melilau dengar diorang mengaji...tiba2 nampak 2 orang abang muka serupa..hehehe selalunya nampak adik kembar aku sebab dia skrg dok melepak kat umah...tapi semalam bebudak ni nampk pelik sbb ada dua orang abang muka serupa...kah kah..kah..


Alhamdulillah




Wah best dowh cutey2 kat umah ni...leh bergelak ketawa ngn adik2 aku, leh mengusik mak n ayah aku...boleh berlari sambil menari dengan kucing aku...leh jupa mkck2 n pkck yang aku jarang jupa bila time bukan cuti ujung minggu...dapat cium bunga wangi keliling umah...wah dpt CIUM BAU HUJAN gak kat sini...bestnya...malam ni plak tak sabar aku nak g surau...hoho...selamat berterawikh...kawan2 lama, kawan2 sekampung, kawan2 sekolah2...aku tau korang pun balik kampong gak...Malam ni jupe korang kat surau...kita kasi lumba sape dapat solat terawikh penuh tahun ni...huhuhu


Alhamdulillah setelahku simpan selama 6 tahun..jap2 macam nak masuk 7 tahun...akhirnya dengan izinNya berjaya juga aku meluahkan perasaanku...
aku mahu dia tahu selama mana tu im really2 like her...selama masa itu jugak aku hanya mampu berdoa agar ada jodoh antara kami... cuma belum masanya utk aku bagitau the truth...

aku rasa sedikit kelegaan dlm diri setelah aku bgtau hal sebenar walaupun tahu untung nasib di tangan dia dengan izin Allah..moga2 nasib itu menyelebelahiku....


Semalam juga, adalah antara agenda yang paling penting dalam hidupku. Aku da plan benda ni da lama sangat2 cuma lom berkesempatan dan juga hatiku belum dibuka lagi kot masa tu......mgkn aku lom cukup dewasa..Ikut planning asal, aku mahu bgtau mak ayahku sebaik sahaja aku grad master..tp aku tak grad2 gak...hampeh tol...tak leh jadi ni...aku kena bgtau gak.


Lama dowh aku berdiskusi dengan parent aku......muka bapak aku betul2 menampakkan keseriusan dia tentang topik yangku bincangkan...mak aku pulak seperti biasa tenang walaupun aku nampak ada riak terperanjat...hehe....byk yang dibincangkan dari topik study aku sampailah masa depanku...aku harap ape yang dirancangkan semalam berjalan dengan sempurna...amin...


Semoga cutey2 ni dapat memberi ketenangan kepadaku...setelah pikir2 lama depan pokok bunga melur hohoho...why not aku tak leh berjaya seperti di zaman mudaku..time2 sekolah n masa aku kat u dl...setelah diteliti dan dianalisi aku tertinggal beberapa part yang aku lupa nak wat...baiklah aku akan guna pakai formula2 lama yang aku rasakan sgt berguna untuk menjadikan aku berjaya sekali lagi cuma ada yang yang kena tambah sikit..insyaAllah dengan berkat bulan pose ni aku dapat berubah especially menjadi insan yang dekat denganNya...amin...
`
`
`

Thursday, August 20, 2009

Jodohku





"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…


Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandangan ku…
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu…
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…


Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini…
Janganlah engkau biarkan aku bersendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…



Ya Allah, tidak lain yangku harapkan hanya keredhaanMu. Semoga dengan pilihan ini, menjadiku insan yang lebih bertaqwa kepadaMu"



Amin…Ya rabbal ‘aalamiin…

Wednesday, August 19, 2009

MC ada event





Hostel tempat aku tinggal sejak seminggu lalu udah ditampal banner2 keliling blok. Then sabtu lepas pasang khemah. Ingatkan da majlis kawin ke pe. Huhu x dipernah wat orang kawin kat kolej ni haha. Rupa2nya ada signing ceremony kat sini semalam. Siap kepala kepada orang-orang sihat Malaysia pun datang - Dato' Sri Liow Tiong Lai, menteri kesihatan malaysia. Tempat depan kaunter bayar sewa udah tukar jadi tempat makan yang grand gile macam hotel 5 bintang. Nnt kalo da datang singgah la bilik aku, nnt aku sediakan cengkodok makcik gerai kat bawah lalalala
`
`
`

Tuesday, August 18, 2009

Keruan






"Wahai Tuhanku! Bahawasanya aku memohon petunjuk kepada Mu tentang mana yang baik buatku menurut ilmu Mu, dan aku memohon kesanggupan kepada Mu dengan qudrat Mu. Aku memohon kepada Mu dari keutamaan Mu Yang Besar, kerana Engkaulah Yang Berkuasa, aku tidak berkuasa, dan Engkaulah Yang Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, Engkaulah tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.


"Wahai Tuhan ku! Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini baik untukku dalam agamaku dan penghidupanku dan akibat pekerjaanku dalam masa yang dekat atau lambat, maka takdirkanlah dia untukku dan permudahkanlah, kemudian berikan berkat padanya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk untukku, terhadap agamaku, penghidupanku dan akibat pekerjaanku dalam masa yang dekat atau lambat, maka palinglah dia daripadaku dan palingkanlah aku daripadanya dan takdirkan kebajikan untukku di mana ia berada, kemudian berilah hatiku meredhainya".
`
`
`

Monday, August 17, 2009

Mimpi yang dasyat tahap 4





Huhuhu….tengah2 pagi ujung minggu aku terjaga dari tidur. Terkejut yang amat sangat. Dasat sungguh mimpi aku. Terus terang mimpi tu wat aku menggigil. Lepas tu da tak leh tido. Nasib baik udah masuk Subuh. Bangun terus solat Subuh, then baca Al-Quran and doa supaya ditunjukkan hidayah daripada Allah.



Aku bukanlah bermimpi berjumpa hantu. Tidak juga bermimpi malapetaka yang menimpa aku mahupun family aku. Aku bermimpi tentang perempuan yang jadi bini aku…wahhh…aku kenal siut perempuan itu…..Aku jarang mimpi seperti ini. Selalunya mimpi indah sampai aku tak mahu bangun dari tidur tapi mimpi ni wat aku takut hendak tidur. Mungkin mainan tidur kot...manalah tau lepas ni aku mimpi kahwin ngan fasha sanda...lalala



Sudah menjadi kebiasaanku sekarang ni aku banyak melakukan solat sunat terutama solat sunat istikharah supaya ditunjukkan jodohku. Moga-moga ada petunjuk dari Allah dan supaya aku berasa tenang. Simptom yang aku dapat sama je tiap2 hari and aku wat tak reti, sampai la simptom secara dasat hari sabtu lepas. Jika betullah memang dia jodoh yang ditunjukkan kepadaku, aku redha. Bismillah tawakaltu ala Allah. Amin
`
`
`

Bergaduh di tengah malam





Malam Sabtu lepas, aku n roommate aku tiba-tiba terjaga jam 2.30 pagi. Geram tol sebab bunyi yang MAHA BISING kat tingkat 6. Bunyi tu kuat gila sampai satu blok dengar. Macam ada pesta joget lambak plak. Bangun-bangun je roommate aku kuar usha. Aku pun keluar sekali. Sekali ramai gila da terjaga. Rupanya ada pergaduhan kat tingkat 6. Mamat india mabuk kasi ketuk kepala kawan dia sampai darah. Then masing2 bergaduh dan berwrestling. Meriah woo. Warden Blok, guard2 semua datang. Dasat sungguh sehingga 3 BUAH KERETA POLIS datang sini. Huhuuhuhu.. Nasib baik tak bukak bunyi siren polis, kalo tak conpem dengan blok2 perempuan pun meriah nanti.




"Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan"
`
`
`

`
`

Hulagu Khan- Khabar Hitam dari Timur





Semalam setengah hari aku habiskan buku novel sejarah Islam. Selalunya kebanyakan buku sejarah peperangan Islam mengisahkan peperangan Zaman Nabi Muhammad S.A.W, peperangan di Zaman Bani Umaiyyah dan Bani Abbsiyah, Perang Salib yang melibatkan Sultan Salahudin Al-Ayubi, perang-perang Zaman Uthmaniyah, kebangkitan Al-Ikhwan, peperangan di Palestin, Afghanistan, Iraq dll. Buku kali ini agak menarik kerana mengisahkan bagaimana kejatuhan Islam di Zaman Bani Abbasiyah dan tidak diceritakan secara fakta semata-mata tetapi naratif penceritaan kisah sejarah ini berbentuk novel. Yang menariknya, penceritaannya dibelah pihak musuh iaitu Orang Monggol. Bagaimana strategi orang-orang jahat ini mencipta sejarah dengan menakluki Kota Ilmuan Islam- Kota Baghdad. Try la baca kepada sapa-sapa yang belum baca. Banyak manfaatnya.



Kejatuhan Islam di zaman Bani Abbasiyah adalah angkara serangan Orang Monggol dan pembelotan yang dilakukan menteri kepada Khalifah al-Musta’shim Billah iaitu Umayiduddin Muhamad al-Aqami. Orang Monggol terkenal dengan penakluk dia yang unggul iaitu Genghis Khan. Genghis Khan berjaya menakluki hampir separuh dunia tetapi gagal menawan kota seribu satu malam iaitu Kota Baghdad. Buku ni bukan mengisahkan tentang Genghis Khan, akan tetapi mengisahkan cucu dia iaitu Hulagu Khan yang berjaya menjatuhkan Kerajaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Kota Baghdad iaitu tempat di mana kebanyakan ilmuan Islam dilahirkan. Hulagu Khan berpegang kepada prinsip datuknya iaitu


“Yang paling nikmat dalam hidup adalah apabila dapat mengalahkan musuh, kemudian memancung leher mereka, merampas barang-barang berharga milik mereka, dan mendengar tangisan orang yang mencintai mereka”



Pengajaran yang boleh disimpulkan:

1) Orang Monggol tidak takut akan besarnya jumlah solsadu Islam, banyaknya pedang tentera Islam bersinar, banyaknya anak-anak panah berterbangan dari pihak Islam, akan tetapi mereka takut kepada DOA ORANG ISLAM. Kerana doa inilah yang menakutkan Genghis Khan dari menawan kota Baghdad dulu. Doa adalah senjata sebenar umat Islam. So strategi yang dilakukan Hulagu Khan adalah mereka memperdaya dahulu alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging BABI dan ANJING. Benda haram ini menyebabkan doa-doa tidak dimakbulkan selama 40 hari.

2) Strategi yang betul adalah penting demi menjamin kelicinan perjalanan sesuatu perkara.


3) Sikap perkauman (asabiyah) adalah sangat-sangat berbahaya kerana sikap inilah yang menyebabkan umat islam tidak bersatu padu. Sikap ini ketara di pemerintahan Khalifah terakhir zaman Bani Abassiyah iaitu Orang Parsi, Orang Turki dan Orang Arab saling bersengketa walaupun di bawah satu agama. Kesempatan inilah yang digunakan oleh Orang Monggol untuk menjatuhkan umat Islam. Bagi mereka yang mahu berfikir, sila relatekan kisah ini dengan keadaan kita sekarang.


4) Kita hanya merancang, akan tetapi Allah yang menentukan. Allah tidak menetapkan sesuatu perkara terjadi tanpa hikmah di sebaliknya


Semoga Allah mengampuni dosaku. Yang baik datang dari Allah, yang jahat datang dari kekhilafanku sendiri.


p/s: Haha penulis buku ni kena belanja aku makan aiskrim sebab aku da tolong promote buku ni…lalalala



Saturday, August 15, 2009

Belajar Bahasa Jepun




Alhamdulillah syukur kepada tuhan, permulaan hidupku yang baru dinampakkan petunjuk. Bermula dengan kata-kata rangsangan my boss dan disertai sokongan kawan2...Semoga Allah merahmatiku dan ditunjuk jalan yang benar walaupun ianya berbengkang bengkok. Pagi sabtu ni benar-benar telahku ubah berbanding dahulu. Harap2 dapatlahku teruskan hingga ke akhir hayatku. Amin


Langkah kedua telahpun terlaksana. Hari ni aku telah mendaftarkan diri ke kelas bahasa jepun. Niat mahu menambah ilmu disamping menambah kenalan. Takpe la habis duitku sedikit dari habis ke tempat yang x sepatutnya. Hari ni x setat kelas lagi. Just preview silibus dan pendaftaran. Kelas setat bulan posa nanti.


Next week aku nak balik kampung. Da amik cuti dua hari setat dari hari khamis. Berposa di awal ramadhan di rumah. Mungkin mahu berbincang sedikit tentang masa depanku, jodoh pilihanku, kehidupanku, masalahku.
`
`
`

Friday, August 14, 2009

Cinta Di Rumah Hasan Al Banna




Da lama aku pinjam buku ni kat na*. Tak abis2 baca walaupun tak la setebal mana. Malam td kasi marathon habiskan buku ni. Kesannya tidur lambat huhuhu. Apapun buku ni sangat baik sebagai rujukan kepada bakal2 ayah/bapa kerana menjadikan pengalaman pemimpin Al-Ikhwan itu sebagai rujukan. Diceritakan pengalaman beliau mendidik anak2, menangani kedegilan mereka dan juga menguruskan dengan baik kehidupan anak-anaknya. Diselitkan juga beberapa nasihat yang berguna sebagai panduan. Semoga aku mendapat hidayah darinya dengan izinNya. Amin
`
`
`

Thursday, August 13, 2009

Rommate aku yang pelik




Watdehel...roomate aku ni...udah mereng cam aku ker..tau la aku suka wat benda gile kat bilik...takkan nak sampai terfollow kot..cadar dipasang dengan kemas tapi baring belah belakang hohohoho...salute sama eko..hehe
`
`
`

Leisure time sepenuhnya

Aiseh kawan-kawanku di opis..aktiviti santai bila xde bos...berborak2 dengan jayanya...bgus2..






Gurls





Guys
`
`
`
`

Lecturer yang aku kagumi




wuuuu....selalunya aku kuar bilik nak ke opis dalam 6.30-6.45pg..gelap lagi masa tu..tapi aku suka sebab xde orang, sejuk pulak 2 sebab lalu bawah pokok2, dengar bunyi cengkerek, bunyi si monyet tgh panjat pokok..so far xde lagi dengar bunyi hantu hahaha..

Hari tu..aku rasa rajin sangat...dalam kol 5 minit before 5am aku da bangun..mandi n solat bagai..aku terus g opis...pergh sejuk tol...time nak sampai fac engine, aku ternampak rupa yang aku pernah tgk dl..setelah diteliti dengan zoom 10x...baru aku cam...rupanya lecturer berbangsa cina yang pernah ajar aku subject algebra masa aku first year dulu..ntah mgkin skrang da prof kot....dasat tol aku tgk dia...gile dowh da la dia g opis pagi bebenor..da tu jalan kaki lak tu g opis...tabik kat dia... memang low profile....


p/s: gambar x berapa jelas...nasib baik sempat capture gambar dia tgh jalan..
`
`
`
`

Wednesday, August 12, 2009

Ketika Cinta Bertasbih- Buku 2





Sudah dihabisi buku 2..hehe cakap indon pulak aku ni. Btw, buku kedua dwilogi pembangunan jiwa ni mengandungi unsur-unsur nasihat dan amalan praktikal oleh para solehin. Contohnya, pada malam pertama perkahwinan, sebelum melakukan hubungan kelamin, para solehin (suami) akan memegang kepala isterinya lalu didoakan agar hubungan mereka diberkati Allah dan dengan harapan rumahtangga akan kekal berbahagia dengan lahirnya anak2 yang soleh. Setelah itu, disunatkan bersolat sunat 2 rakaat dan berdoa untuk kesejahteraan isteri khasnya, dan untuk orang ramai (umumnya). Lepas tu dengan sedikit bacaan doa dan kata2 menarik hati, baru la dimulai sesi tutttt..

Wuuuu dasat tol...Semoga aku mendapat hidayah daripadanya




Dipetik kata-kata Ayatul Husna dlm buku ini:

"Menurutku, cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan jadi nabi, mengubah iblis jadi malaikat, mengubah sakit jadi sihat, mengubah kikir jadi dermawan, mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah....itulah CINTA!"


`
`
`
`

Monday, August 10, 2009

Ketika Cinta Bertasbih - buku 1





Alhamdulillah dalam kesibukan aku menyiapkan laporan tesis, sempat juga aku menghabiskan buku dwilogi pembangunan jiwa, karya Habiburrahman El Shirazy. Ini pun direquest oleh seorang teman supaya aku membaca buku ini. Dapatku habiskan tak sampai satu hari dek kerana terpukau dengan gaya penulisan keislaman yang membuatku sangat-sangat kerdil di sisi Allah.

Terima kasih sangat2 kerana memperlihatkan akan kelainan buku ni berbanding buku-buku novelis lain. Terus terang aku katakan, buku ini bukan setakat cerita pengalaman mahasiswa Universiti Al-Azhar, tetapi lebih dari itu. Ia diselitkan zikir kepada Allah, doa nabi Allah, hadis Rasulullah S.A.W, perkongsian ilmu Al-Quran, keagungan bahasa Arab , kata-kata bijak pandai, paparan sejarah ketamaduanan islam, gaya, etika dan moral kehidupan islam, etc. Andai kata wujud manusia itu di zaman kini, alangkah malunya aku dibandingkan dengan beliau. Aku bukanlah baik seperti malaikat, mahupun sejahat-jahat seperti iblis, tapi kadangkala aku lupa tujuan kewujudanku ini. Semoga hidayah dan ilmu yangku dapat dari buku ini menjadikanku seorang yang lebih dewasa dari hari-hari terdahulu dan menjadikanku insan yang mahu bertaqwa kepada Allah.


Aku rekomenkan kepada sape2 yang belum baca, cubalah selak 2-3 helai dulu. Nescaya mahu dihabisi 200-300 muka surat. Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku.


Adapun pengisian yg terkandung di buku ini, adalah :

1. Menyedarkan kita sebagai makhluk Allah yang sangat2 lemah dan tak punya apa2

2. Menunjukkan sikap ukhwah dan setiakawan serta jalinan persahabatan memberi nilai yang bermakna dalam hidup kita dan tidak salahku katakan nilai inilah yang kemungkinan akan menyuluhkan masa depan kita

3. Mengajar kita erti pengorbanan dalam islam. Tidak mungkin mendapatkan sesuatu yang kita hendaki tanpa secalit pengorbanan

4. Sesungguhnya sikap displin dan tegas adalah amat penting dalam mencorakkan suatu kehidupan yang berteraskan islam

5. Islam itu indah, mudah, sangat mempersonakan bagi mereka yang mahu berfikir

6. Jodoh bukan datang bergolek, bukan juga dihadiahkan secara percuma. Jodoh memerlukan suatu nilai ishtikharah yang ikhlas dan usaha tanpa disisir dengan egois yang nyata.


Wallahualam bi shawab. Setiap orang punya pendapat dan pandangan tersendiri




p/s: Adakah ada ‘Anna Althafunnisa’ di zaman ini? Jika ya, bagitaulah aku, pasti aku akan mengkhitbahnya
`
`
`

Thursday, August 6, 2009

Hari mengambil jubah member



Kawan aku minta tolong kat aku utk ambil jubah convo dia...mesti dia ni tak sabar nak konvo next week. Dia ni g taiwan..so takdapat amik...jadi aku wakilkan dia...aku tau mesti ramai gila orang datang amik jubah nanti. So decide datang 1/2 jam before bukak kaunter. Tapi rupanya aku tak berapa bijak sangat. Udah ada orang tunggu lagi awal dari aku..aku rasa diaorang ni tunggu lepas subuh la...panjang bebenor barisan...fuh..takpe2 niat ikhlas nak tolong kawan...





Mula2 sekali udah kena beratur panjang macam ular just nak amik no giliran je...fuhhh..nasib baik aku tak tersalah masuk area...kalo tak jenuh aku nak cari tempat no giliran...





Second part, kena beratur untuk check samada kita da byr sewa jubah ke belum. Dan jugak check ada hutang tertangguh ke tak...perh time ni punya orang....macam dalam stadium bola...ramai bebenor...so nak tunggu punya turn jadi lama...masa tengah tunggu letak screen besar tayang cara nak pakai jubah...






Part ni yang amik masa lama. Aku habiskan masa dekat satu jam semata-mata nak tunggu turn amik beg jubah dan tentukan saiz jubah..Ramai sangat student. Ingatkan da dtg awal...rupanya ada yang awal lagi...terjupa gak juniors2 yang muka masing sangat gembira nak amik jubah..Tapi yang tak bestnya, orang da beratur awal, tapi adalah mamat n minah yang potong line...geram tol...tak nampak ke orang tengah berazab tunggu kat belakang ni....nak je aku bagi duku sikit kepala diorang tu..rambutan sungguh..






Time ni nak amik kad jemputan, sain surat, amik kad reader voice, isi form survey...fuhhh byk tuuu...lenguh lutut aku





Tengah beratur nak check kad reader. Kad ini diguna untuk panggil nama bila nak naik pentas nanti..check sound...then kena isi form gak yang entah form pe...nak balik cepat dok atas kerusi...letih dowh






Banyak gerai sudah dibuka especially gerai amik gambar...





Balik dari amik jubah, otw nak ke opis, singgah jap ke jabatan bendahari..nak settlekan masalah yuran pendaftaran new semester. This semester adalah semester extent...akunya biasiswa sudah tamat last sem...so kena la bayar sendiri..huhuhuhu pokai aku bulan ni..bukannya sikit






aku ingat dapat hadiah cabutan misteri ke pe sebab bersusah payah membayar yuran semester on time...rupanya dapat sticker kecik yang mudah sangat nak terkoyak...

Meeting




Kelmarin meeting bersama board member and suma RA's..Huu suspen sangat2..yele sebabnya nanti conpem my bos tanya bila nak siap tesis report...waaaa...sekarang ni aku tengah berusaha sedaya upaya nak kasi siap on time (walaupun da langgar byk due date)...

Meeting kali ni ada bos sekali...so dia cite la pengalaman selama sebulan 4 hari menjadi dean. Fuh sangat2 interesting cite dia...share macamni la yang aku nak dengar..then ada sedikit reshuffle sikit dalam aktiviti group...sekarang ni group activiti dipecahkan kepada 2 flagship. Satu focus research and satu lagi product. Aku telah tercampak ke project CNC machine and juga animation. wuuuu. projek kecil-kecilan wat gak tapi not too much time spend kat situ..

Then part yang paling takut lagi mendebarkan pun bermula. Dr bertanya pelajar2 master yang pemalas macam aku...bila nak hantar report...huhuhu...malu siut...da banyak kali tangguh nak hantar..then after dat discuss tentang opportunity kepada sape2 yang continue study- master or phd. Untuk phd, ada 3 cara. Satu buat under UM. Kalo under UM, program same macam universiti ronpaku, japan. Sapa2 yang dapat publish 3 paper leh terus dapat phd tanpa perlu siapkan report tesis..waaa best gile...Second way, switch program, setahun kat sini, setahun kat oversea, then balik habiskan kat m'sia. Kena ada dua supervisor. Cara ketiga, amik SLAB/SLAI..tapi yang ni susah sikit..limited tempat....for the moment, aku nak kasi ini report master siap dulu...then baru pikir next step....GOOD LUCK for me
`
`
`
`

Member lama




Last 2 week, aku jupe member yang udah jarang jumpa. Yela masing2 keje. Dia pulak dapat keje goverment industry...sibuk memanjang je...then kitorang bertiga decide jupa hari ahad...ingat nak makan CENDOL mamak yang sedap itu...dia selalu jual kat depan petrol station dekat ngan kfc. Tapi aritue takde plak...last2 makan nasi ayam yang tak berapa sedap lagi mencekik darah...tapir tol
`
`
`
`

Dorayaki




huhuhu...orang lain sarapan nasi lemak, karipap, mee goreng etc...aku? sarapan dorayaki..watdehel..da nak jadi doraemon ke pe...btw sedap gak bila makan...dorayaki malaysia katakan`
`
`
`

Seminar




Last week, aku n nadia dikehendaki oleh board untuk join seminar berkaitan licensing. Sepatutnya dr yang pergi tapi kita orang kena wakilkan dr sebab dr sangat2 la sibuk. Sekepala RM 50 tuu. For us yang masih baru lagi dalam benda2 macam ni, sangat la tak paham ape yang dibebelkan oleh si penceramah. Aku cuma paham sikit part je dalam byk2 critical input. biol seketika..




My nametag. Nametag tu tak clip betul2...asik jatuh je akunya kad nama 2..jimat sungguh





Bila da abis seminar, usha machine ni jap..kiosk nescafe...benda ni la yang dr nak beli kot letak dalam ofis
`
`
`

The Taking of Pelham 123





Ari pe ntah aku da tak ingat..me, muz*i, mah*i and sh*kif g tengok wayang kat Mid Valley. Tu pun secara kebetulan je. Masa tu aku nak balik hostel. Tiba2 terserempak ngn diorang. Rupanya nak tengok wayang. So join sekaki la. Aku ingat nak tgk citer Harry Potter. Tapi tengok cite ini. So far cite ni macam cita 24, pasal orang kene jadi tebusan.Cite ni berkisar tentang rampasan subway train kat bandar paling sibuk di US. Diorang mintak duit kt datuk bandar jika mahu passenger dilepaskan. Denzel berlakon sebagai operator train yang communicate dengan kepala penjahat lakonan john travolta. Sangat2 menyakitkan jantung aku bila tgk cite ni.





Dinner kat resepi rahsia jap..hehehe
`
`
`

Tuesday, August 4, 2009

Seni Membentuk Manusia



Alhamdulillah sempat jugak aku abis baca buku “Bercinta sampai ke Syurga” walaupun jarum kemalasan sudah mencecah tahap infiniti . Ada part yang aku skip sebab mungkin isinya hampir sama dengan buku-buku yang pernah aku baca. Mostly ape yang aku cari adalah perkongsian pengalaman ustaz hasrizal dalam menyelesaikan masalah rumah tangga dengan disisipkan olahan teori. Banyak buku-buku sebelum ni just menunjukkan sukatan teori yang panjang berjela yang aku taktau kat mana noktahnya. So far, buku ni seswai kepada pasangan suami isteri, bakal pengantin dan juga muslimin dan muslimat yang mahu mendapat sedikit hidayah daripadanya dengan izinNYA. Hopefully sekurang-kurangnya sikit nasihatnya, aku akan cuba ikut.



“Belajarlah untuk menjadi suami, belajarlah untuk menjadi isteri, belajarlah untuk menjadi bapa, belajarlah untuk menjadi ibu, kerana semua itu teras tarbiah, seni membentuk manusia”
`
`
`
`
`

Conference Paper




Yosh Malaysia Boleh!!!….akhirnya setelah berenang2 ikan bilis di pantai Mor*b, berkayak2 sampai cramp tangan di Sg Congk*k, berlumba lari dengan sang kancil tanpa ditipu olehnya, menari2 sampai melecet kat kaki kiri, bermakan-makan rambutan sampai tekak jadi sakit dan berfoya2 dengan hello kitty sampai telinga kena piat dengan mak, berjaya gak aku menyiapkan paper conference yang aku akan present di uia bulan sepoloh nanti. Yeye sukanya aku ..Horey 10x






Dekstop berwajah baru lagi. Kali si dodot beserta anak dia sedang menikmati pelangi yang cantik lagi berwarna-warni. Bukan senang nak tengok pelangi sekarang ni. Mari kita tengok sepuas-puasnya
`
`
`