“Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai Dunia..”- Salahuddin Al Ayubi
Salahudin Al-Ayubi adalah antara contoh agung bagaimana ummah mampu mengalahkan musuh yang kelihatan gagah perkasa tetapi sebenarnya kontang dan tandus jiwa mereka. Justeru buku ini yang mengisahkan perjalanan hidup seorang pejuang yang gagah berani wajar menjadi contoh teladan kepada umat Islam sepanjang zaman.
Peribadi Salahudin yang tegas dan beragama diulas oleh Lane-poole, seorang ahli sejarah Inggeris sebagai "Seorang yang warak dan zuhud. Berpaling daripada hidup bersenang-senang kepada hidup yang sederhana serta menjadikan dirinya sebagai teladan kepada tenteranya. Sejak itu beliau mula menumpukan segala usaha dan tenaganya kepada satu tujuan yang besar iaitu membina empayar Muslim yang cukup kuat bagi menghalau keluar kaum kristian dari Baitul Maqdis."
Selanjutnya buku ini menceritakan secara terperinci peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atas Salahudin dari zaman kanak-kanak hinggalah saat kematiannya. Pembaca juga dapat menilai strategi yang diguna oleh Salahudin untuk berperang dan menawan kembali Palestin daripada tentera salib. Beliau menggabungkan elemen kepimpinan, komunikasi, pengurusan organisasi dan sentiasa mempastikan hubungan dengan Allah terus menerus.
Contohnya semasa keadaan tidak menentu akibat kepungan tentera salib, Salahudin mengajak tenteranya melakukan ibadat dan berdoa. Katanya "Malam ini malam Jumaat, mari kita lakukan amal ibadat sepanjang malam dan berdoa semoga Allah memberi kemenangan kepada kita."
Selepas solat Jumaat keesokan hari, Salahudin mengajak semua umat Islam mengerjakan solat sunat hajat bagi memohon kemenangan.
Sebagai pemimpin, Salahudin juga memperlihatkan betapa pentingnya setia kawan dan sokongan daripada masyarakat Islam seluruh dunia bagi mempertahankan Palestin.
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
Tentera byzantine terkejut dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
engepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Satu lagi buku peperangan yang menarik untuk dibaca. Siapa yang tak kenal Tariq bin Ziyad, panglima perang yang gagah berani. Beliau mengetuai peperangan menakluk andalusia (sepanyol). Bala tentara muslim yang berjumlah 12.000 orang maju melawan tentara Gotik yang berkekuatan 100.000 tentera.
Begitu kapal-kapal yang berisi pasukannya mendarat di Eropah, Tariq mengumpulkan mereka di atas sebuah bukit, yang dinamai Jabal Tariq yang sekarang terkenal dengan nama Jabraltar. Diatas bukit itu Thariq memerintahkan pembakaran kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Lalu beliau menyeru ”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid ". Keberanian dan perkataannya yang luar biasa telah menaikkan semangat tentera islam untuk melawan tentera kafir. Kemenangan Tariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Spanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.
Ikramah - Penentang Jadi Pembela. Honestly, aku tak berapa kenal siapa dia ni. Rupanya beliau adalah anak Abu Jahal yang dikenali seluruh umat islam sebagai penentang Nabi Muhammad S.A.W. Ikramah pada mulanya menentang keras penyebaran agama Islam. Akan tetapi dengan hidayah Allah, beliau akhirnya menjadi penyokong kuat Nabi Muhammad S.A.W. Beliau digambarkan sebagai seorang yang sangat2 berani dan telah mengetuai beberapa siri peperangan menentang orang kafir sejak bersama Nabi Muhammad S.A.W sehingga di bawah pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab.
Beliau syahid ketika peperangan Yarmuk iaitu menentang tentera Rom. Tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang bertempur dengan tentera Rom yang berjumlah 240,000 orang. Setelah berlaku pertempuran sengit selama beberapa hari belum ada tanda-tanda pasukan mana yang menang. Akhirnya, beliau dengan beraninya menuju ke barisan depan lalu menyeru kepada tentera Islam. Beliau menyeru sesiapa yang mahu mati syahid, ayuh ke depan dan bergabung dengannya. Beliau berjaya membentuk pasukan BERANI MATI seramai 400 orang yang akan menyerbu tentera Rom. Panglima Khalid Al-Walid yang menjadi panglima perang pada masa itu, tidak dapat menahan keberanian pasukan berani mati yang diketuai oleh Ikramah. Pasukan ini dengan beraninya menyerbu tentera Rom lalu menyebabkan tentera Rom kalam kabut dan banyak yang terbunuh. Akhirnya tentera Islam berjaya mengalahkan tentera kafir tetapi Ikramah mati syahid di pangkuan panglima Khalid Al-Walid. Al-Fatihah
Last sekali beberapa hari nak raya, aku habiskan baca buku Abu Ubaidah - Penakluk Parsi. Buku ni aku plan baca paling last sebab tebal dowh....udah macam kitab feqah la plak...
Abu Ubaidah adalah antara orang yang awal memeluk islam dan telah dijamin antara 10 orang masuk syurga. Dikenali antara orang yang kurus, tinggi dan berjanggut. Beliau telah berperang sejak bersama Nabi Muhammad S.A.W sehingga di bawah kepimpinan Saidina Umar bin Al-Khatab. Dibawah pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab, beliau telah diberi penghormatan tinggi dengan menggantikan Panglima Perang Khalid Al-Walid sebagai panglima perang. Ketika itu, peperangan menakluk kerajaan Rom. Terkenal sebagai panglima perang yang warak, berani dan gagah serta cintakan syahid. Beliau juga seorang plan maker yang bijak mengatur strategi peperangan. Akan tetapi beliau meninggal dunia bukan di medan perang tetapi kerana penyakit taun. Al-Fatihah
p/s: buku-buku sejarah peperangan ini bukan mengajar kita erti keganasan mahupun penindasan. Akan tetapi dengan buku inilah kita dapat menghayati keberanian tokoh2 silam memerangi golongan kafir demi menegakkan syiar Islam. Kita juga boleh mencontohi kebijaksanaan panglima islam mengatur strategi melawan tentera kafir. Semoga aku mendapat sesuatu dari buku2 ini. Sapa2 yang nak pinjam, bagitau la eh
`
`
`
Rajieen | راجعين
11 months ago
No comments:
Post a Comment