Buku ni aku beli da lama b4 aku pindah bilik. Ingat lagi time 2 opis wat rombakan. Ada yang kena tukar meja and opis..aku pun x terkecuali. Masa diorang tengah sibuk2 kemas barang, aku masa 2 actually amik cuti 1/2 hari...so jenjalan g midvalley cari buku...then jupa buku n decided 2 beli...then dapat call suh balik opis...kasi kemas brg aku...cis baru nak berseronok bercutey 1/2 hari...
Buku seswai untuk semua golongan especially muslim n muslimat tentang segala persoalan berkaitan ilmu fiqah...this book also bagi gambaran apakah bentuk jawapan yg patut kita beri jika ditanya oleh non muslim. Banyak persoalan dikupas disini...antaranya soal anjing n babi, perkahwinan, pengharaman arak, fiqah muamalah, aurat, perubatan, siasah, iman dan agama, etc...sangat2 bagus dibaca
Penerangan dari buku ini cukup simple n lengkap. Ada gak anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman. Setiap chapter juga diserikan dengan kisah2 tauladan contohnya kisah khalifah Harun al-Rasyid, kisah Abdullah Ibn Mubarak, kisah Sultan Salahuddin al-Ayubi etc.
Kita tak akan pandai jika hanya membaca buku. Dengan hanya membaca sahaja juga tidak bermaksud seseorang itu sudah mahir selok belok sesuatu perkara...Pembacaan buku hanyalah menyediakan suatu ruang asas pengetahuan untuk bertapak...Ia sangat2 berguna untuk memberi gambaran sebab musabab sesuatu perkara...jika mahu mendalami lebih lanjut...digalakkan berguru kepada mereka yang arif lagi bijaksana. Lagi bagus jika mengamalkan ilmu itu dan tidak lokek untuk berkongsi...Semuanya terletak pada kesungguhan individu itu sendiri...Semoga Allah mengampuni dosaku.
p/s: kepada sesiapa yang nak pinjam, sangat2 digalakkan bagitau aku. InsyaAllah aku bg pinjam..daripada dok cantik kat almari baik share sama2..
`
`
`
`
Rajieen | راجعين
11 months ago
No comments:
Post a Comment