Penghargaan buat para suami yang membahagiakan isterinya, Penghormatan buat isteri yang memuliakan suaminya.
Alhamdulillah aku da hampir habis baca. Tinggal sikit lagi. Bukan xleh abis cepat sbb nipis je buku ni...tapi buku ni menerima saingan sengit dari buku2 lain untuk aku habiskan dalam bulan pose ni....
Buku ni adalah panduan kepada sesiapa yang mahu berumah tangga, yang sudah berumah tangga dan juga sesuai untuk muslimin dan muslimat. Aku sangat2 menggalakkan sapa2 yang belum baca buku ni, try baca. InsyaAllah banyak manfaat dari buku ni.
Buku ini diwangikan dengan rangkaian dan bingkisan nasihat kepada pasangan pengantin, diceriakan dengan hadis2 Rasulullah, diserikan dengan ayat-ayat Al-Quran dan dimeriahkan dengan doa-doa yang InsyaAllah berguna. Jalan buku ini berkisar perjalanan pasangan Qani'ah dan suaminya, Dr Muslih yang mana boleh dijadikan contoh kepada pasangan muslim & muslimah.
Setelah baca buku, secara jujur aku katakan buku ini sedikit sebanyak menggetarkan hati aku sebagai seorang lelaki...malu dengan hidup aku sekarang ni...boleh diumpamakan antara dr muslih n aku, kalo main bola, konpem aku kene titik 10-0, main badminton pulak conpem kena smash 15-0, takpun berlumba lari, konpem aku tertinggal 100 meter ke belakang.
Ya Allah, moga-moga hidup aku ini sedikit sebanyak berubah kepada yang lebih baik. Amin
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa"
(surah al-Furqan 25:74)
`
`
`
`
`
Rajieen | راجعين
11 months ago
No comments:
Post a Comment